Monday, January 05, 2009

Hamas : Rejim Zionis akan membayar harga yang mahal atas darah kami !


Isnin ,05/01/2009 -Pemimpin Hamas , Ismail Radwan pada petang Sabtu menyatakan bahawa pejuang dan kepimpinan Palestin di Semenanjung Gaza tidak akan meninggalkan medan perang dan akan kekal berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dan memberi amaran kepada rejim Zionis , mereka akan membayar harga yang sangat mahal atas pertumpahan darah ini.Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan di kaca TV , Radwan menegaskan bahawa orang Israel menceroboh bertujuan untuk menjalankan projek perkauman yang ektrim dengan melanyak sesuka hati hak2 rakyat Palestin."Gaza akan menjadi satu kawasan perkuburan untuk anda (baca : rejim Zionis ) dan pencerobohan ini tidak akan menjadi satu perkara bersenang lenang. Anda tiada pilihan hanya untuk menghentikan pencerobohan dan menghapuskan pengepungan tanpa syarat. Anda tidak akan berseronok kecuali penduduk Palestin menikmati ia terlebih dahulu ," tegas pemimpin Hamas tersebut.
Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : gunx

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]