Monday, January 19, 2009

Kami beri tempoh seminggu untuk kamu berundur !

Isnin ,19/01/2009 - Walaupun Israel mengisytiharkan gencatan senjata Sabtu lalu tanpa ada tempoh tertentu untuk pengunduran pasukan tentera daripada Semenanjung Gaza, para pejuang Palestin telah memberi tempoh seminggu untuk tentera Israel berundur sepenuhnya dari sempadan Semenanjung Gaza.

Kenyataan bersama kumpulan pejuang Palestin di Gaza mengisytiharkan “Kami kumpulan penentang Palestin mengumumkan gencatan senjata bagi pihak kami di Semenanjung Gaza. Kami memberi jaminan tentang pendirian ini dan kami mahu pasukan Israel keluar dari Gaza dalam seminggu, disamping Israel perlu membuka sempadan dan lintasan untuk konvoi bantuan kemanusiaan.”

Kumpulan penentang itu menyatakan kesediaan mereka bagi memastikan Israel bersetuju dengan pelan yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin Arab Mesir, Turki, Syria dan Qatar agar Israel menggantung kepungan 18 bulan di Semenanjung Gaza, dan membuka semula sempadan Gaza untuk perdagangan. Pegawai-pegawai Israel pula menggambarkan yang mereka tidak bersedia untuk menerima rancangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]