Friday, January 16, 2009

Ahmadinejad tegur dunia Arab membisu


GAZA terus dibedil semalam dengan sasaran pada hari ke-20 semalam termasuk bangunan tinggi.

Negara Teluk gagal henti serangan Israel

TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menegur pemimpin dunia Arab kerana mengambil sikap berdiam diri dalam isu Gaza termasuk mereka yang memberi sokongan kepada Israel.

Iran juga menuduh sesetengah negara Arab tidak melakukan secukupnya bagi menghentikan serangan Israel.

Pandangannya mengenai isu di Gaza itu terkandung dalam surat yang dikirim kepada Raja Abdullah dari Arab Saudi.

Iran dengan secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Hamas di Gaza sementara sesetengah negara Barat dan Arab cuba menyisihkan pergerakan berkenaan.

"Malangnya, sesetengah negara serantau, Islam dan Arab memberi sokongan atau sanggup bertoleransi dengan pembunuhan beramai-ramai ini dengan secara senyap," tulis Ahmadinejad.

Suratnya disiarkan dalam laman web Presiden (www.president.ir) sehari selepas Raja Arab Saudi itu memanggil sidang tergempar pemimpin negara Arab Teluk.

Mahmoud Ahmadinejad

Iran tidak mengiktiraf hak kewujudan Israel dan presidennya berkata negara Yahudi itu sudah ditakdirkan hilang, pendirian yang diulanginya dalam surat kepada Raja Arab Saudi.

Dalam satu mesej lain, Ahmadinejad mengambil langkah luar biasa dengan menyeru askar Israel supaya tidak mematuhi arahan komander mereka. Beliau juga menggesa 'penduduk di kawasan pendudukan di Palestin', merujuk kepada rakyat Israel dan Palestin, supaya membantah dengan secara terbuka.

Israel menuduh Iran membekalkan senjata kepada Hamas. Teheran pula berkeras bahawa ia hanya memberi bantuan kewangan, kemanusiaan dan sokongan moral.

"Anda askar rejim Zionis...Kenapa anda membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah? Masa sudah tiba bagi anda membantah komander anda dan melanggar arahan mereka," katanya dalam mesej keduanya, yang juga disiarkan dalam laman webnya. � Reuters

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]