Monday, January 05, 2009

Penduduk Gaza elak jadi mangsa kekejaman askar Israel

Penduduk Palestin membawa seorang lelaki yang cedera ke Hospital Shifa, Gaza.

BANDAR RAYA GAZA: Semakin ramai keluarga Palestin lari meninggalkan kediaman bagi mengelak daripada kemaraan askar Israel dengan unit infantri musuh menguasai jalan menuju ke kawasan penduduk utama ketika wilayah itu terus dihujani bedilan demi bedilan tentera Yahudi menyebabkan bangunan terbakar dan ketegangan meningkat. Kereta dan trak yang dipenuhi kanak-kanak, wanita dan barangan peribadi mereka menuju ke kawasan selatan dari bekas kawasan penempatan Yahudi di Netzarim, kira-kira tiga kilometer dari bandar raya Gaza.

Unit infantri yang diiringi kereta kebal Israel menguasai Jalan Salaheddine di utara dan selatan bandar raya Gaza kawasan utama wilayah berkenaan. Kejadian letupan menggegarkan kawasan itu dengan askar Israel berbalas tembakan dengan pejuang Hamas. Askar Israel juga kelihatan menahan penduduk, kata saksi. Pertempuran hebat dilaporkan berlaku di sekitar Jabaliya dan Beit Lahiya di utara. Warga Gaza mula lari dari kediaman sejak Israel melancarkan serangan udara lebih seminggu lalu memandangkan tiada tempat lagi untuk bersembunyi.

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]