Friday, January 16, 2009

Barat silap perangi keganasan: Milliband

LONDON: Britain mengambil pendirian bahawa kempen memerangi keganasan adalah satu kesilapan ketika bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyifatkan pergerakan al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden, masih ancaman nombor satu terhadap negaranya.

“Kita hanya diperangkap pihak yang mahu menyatukan kumpulan berbeza matlamat jika terus menganggap semua kumpulan pengganas adalah sama dan memisahkan mereka kepada golongan sederhana atau jahat.

‘Keganasan adalah satu taktik bukan institusi atau ideologi,” kata Setiausaha Luar Britain, David Miliband yang menyifatkan slogan Barat seperti ‘kempen memerangi keganasan’ itu kemungkinan memberi lebih banyak masalah.

Pegawai Britain tidak lagi menggunakan panggilan kempen memerangi keganasan sejak 2006.

“Ahli sejarah akan memutuskan sama ada ia memberi lebih banyak masalah daripada kebaikan,” katanya lagi.

Ulasan Miliband dibuat selepas Obama menyifatkan al-Qaeda dan Osama bin Laden masih ancaman nombor satu’ kepada keselamatan negara itu, berikutan laporan mengenai rakaman suara terbaru pemimpin itu baru-baru ini.

“Dari segi keselamatan Amerika, Osama dan al-Qaeda adalah ancaman nombor satu,” kata Obama kepada pemberita selepas memberi amaran kepada bakal presiden itu mengenai cabaran barunya dalam perang jihad terhadap negara Barat.

Obama mengulangi pendiriannya bahawa hanya ada satu presiden pada setiap masa, bila ditanya mengenai rakaman berkenaan, selepas pertemuannya dengan bakal Naib Presiden, Joseph Biden dan Senator Republikan, Lindsey Graham. - AFP

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]