Thursday, January 15, 2009

Briged Al-Qassam: Kami berjaya menghalang kemaraan musuh.

Rabu ,14/01/2009 - Batalion Izzeddin El-Qassam(sayap tentera kanan Hamas) mendedahkan mujahidin telah berjaya menghalang kemaraan musuh yang ketika itu sedang menuju timur bukit Kasyif yang terletak di selatan semenanjung Gaza dan mereka telah memusnahkan beberapa mekanisma musuh.

Ketika ditemui oleh Pusat Maklumat Palestin mereka berkata: ” Allah Ta’ala dengan segala kelebihannya dan taufiqnya terhadap mujahidin, pada tepat pukul 7 malam hari Selasa(13/1/2009) Skuad Al-Qassam telah berjaya menghalang kemaraan musuh di lembah bukit Kasyif di selatan Gaza, selepas merosakkan sepuluh mekanisma ketenteraan musuh yang sedang menuju Gaza. Para mujahidin telah menyerang dan memanjangkan serangan sehingga berjaya memusnahkan kenderaan mereka”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Ibn Nashr

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]