Penunjuk perasaan menuntut Israel diboikot kerana menyerang Gaza dalam bantahan di Marseille, selatan Perancis, kelmarin. Mereka jugamembantah tindakan Israel mensasar pemimpin Hamas ketika protes di Ankara, Turki, kelmarin.
Masyarakat antarabangsa tuntut rejim Zionis segera henti serangan di Gaza
Islamabad: Seluruh dunia mengutuk kekejaman berterusan Israel terhadap wilayah Palestin dengan negara Arab meminta Majlis Keselamatan pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata serta-merta berikutan serangan tentera darat negara Yahudi itu terhadap Semenanjung Gaza, semalam. Libya mengedarkan satu kenyataan draf kepada ahli majlis menyatakan kebimbangan mengenai perkembangan buruk di Gaza dan meminta Israel serta Hamas segera menghentikan semua aktiviti ketenteraan.
Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi meminta rejim Zionis menamatkan segera serangan yang dilakukan sama ada melalui udara atau darat terhadap Semenanjung Gaza yang memasuki minggu kedua. "Perlu ada gencatan senjata segera di Gaza. Kita perlu hentikan lebih banyak kehilangan nyawa dan harta benda di sana. Apa yang berlaku tidak adil," kata Qureshi menerusi sidang media yang disiarkan televisyen. Suruhanjaya Eropah pula meminta Israel menghormati undang-undang antarabangsa dan membenarkan bantuan ke atas mereka yang menderita dan maut akibat serangan Israel terhadap Gaza.
No comments:
Post a Comment