Sunday, January 04, 2009

Bush benarkan Israel mengganas

Pejuang Hamas tidak berputus asa lancar roket balas serangan Israel di Gaza sejak beberapa hari lalu.

Jet Zionis bom masjid ketika jemaah bersolat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dalam ucapan yang disiarkan semalam tidak mengambil kira protes dunia terhadap kezaliman Israel di Gaza apabila menggesa semua pihak menekan Hamas supaya menghentikan serangan roket ke negara Yahudi itu dan ia kemudian disusuli tindakan unit artileri rejim Zionis melancarkan bedilan terhadap 40 sasaran di wilayah Palestin bersama jet tempur dan bot perangnya.

Sekurang-kurangnya 750 serangan udara dilancarkan Israel yang kini masuk minggu kedua dan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan krisis kemanusiaan Gaza, antaranya, 250,000 penduduk terputus bekalan elektrik; sistem saluran air hanya berfungsi sekali selepas lima atau enam hari; bahan bakar dan gas memasak tiada lagi; bekalan tepung, gula, beras dan produk tenusu terlalu kurang dan 80 peratus penduduk bergantung kepada bantuan kemanusiaan.

Dalam serangan terbarunya 13 penduduk Gaza maut selepas bedilan Yahudi mengenai sebuah masjid. Kira-kira 200 warga Palestin sedang mengerjakan solat ketika serangan itu.

Bush dan sekutunya di Israel mungkin kecewa selepas serangan berkenaan gagal menghalang serangan roket dari wilayah terbabit apabila pejuang melancarkan 500 roket dan mortar ke arah Israel sepanjang minggu lalu membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan menyebabkan berpuluh yang lain cedera.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090104085958/Article/indexworld_html

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]