Friday, January 30, 2009

Israel melakukan pembunuhan besar-besaran dalam sejarah.

Khamis, 29/01/2009 - Ahli Parlimen Palestin Mohammed Faraj Al-Ghoul daripada kumpulan Hamas mengatakan keganasan Israel terhdapa Gaza baru-baru ini merupakan pembunuhan terbesar dalam sejarah dan beliau menegaskan kerajaan Hamas akan mengajar mereka yang terlibat dan membawa ke muka pengadilan. Beliau berkata demikian semasa menerima lawatan delegasi ahli parlimen Maghribi.

Beliau memuji sikap yang ditunjukkan oleh rakyat Maghribi dalam menunjukkan simpati dan atas bantuan yang diberikan. Para delegasi Maghribi memuji rakan seperjuangan mereka dalam parlimen dan mengatakan akan mengambil beberapa tindakan terhadap Israel kelak.

Sementara itu, Ehud Barak dilaporkan berlepas ke Amerika untuk bertemu dengan para pegawai Amerika untuk membincang mengenai pembelian senjata baru mereka. Akhbar Haaretz melaporkan senjata tersebut termasuklah bom udara yang dilepaskan akan terurai menjadi bom-bom yang lebih kecil untuk memusnahkan periuk api.

Dalam perkembangan yang lain, akhbar Perancis, L’umonde melaporkan perang Israel telah memberi kekuatan dan nama baik kepada kumpulan Hamas. Kerajaan Perancis sedang berusaha menekan Kesatuan Eropah untuk menerima Hamas sebagai parti dipilih oleh rakyat dan melibatkan mereka dalam sebarang perbincangan dan bantuan yang akan membantu mencapai keamanan di Asia Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]