Monday, December 29, 2008

Derita Palestin

Angka kematian terkini 303 akibat serangan gila rejim Zionis bermula Sabtu (27 Disember 2008)


Isnin,29/12/2008 -Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di emenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius.

Bumi Gaza dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat pejuang Israel dalam serangan tersebut. Jurucakap tentera Israel di Tel Aviv mengesahkan serangan tersebut.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, serangan kedua tentera Israel itu bertujuan mengekang tindakan Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel. “Serangan ini bagi mengembalikan ketenangan di selatan Israel, yang sering diancam serangan roket-roket pejuang Hamas.

1 comment:

丹尼斯 said...

pray for the victims...

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]