Friday, December 05, 2008

5) Fiqh al-Ikhtilaf

dr abd karim zaidan dan al-qaradawi

Fiqh al-Ikhtilaf membawa maksud seni di dalam menguruskan perbezaan di antara umat Islam. Melalui ide fiqh al-Ikhtilaf, al-Qaradawi telah cuba untuk membawa umat Islam menguruskan perbezaan mereka agar umat Islam tidak dilekakan dengan perpecahan dan percakaran sesama sendiri yang tidak menguntungkan. Belia menekakan bahawa Islam amat mementingkan kesatuan, dan perbezaan adalah sesuatu yang fitrah dan tidak dapat dielakkan. Menyaragamkan umat Islam di dalam semua perkara adalah mustahil dan bertentangan dengan fitrah manusia itu sendiri. Maka, yang sepatutnya diusahakan ialah bagaimana menyatukan umat Islam di dalam kepelbagian mereka. Al-Qaradawi menyeru kepada bebepara perkara di dalam isi kandungan fiqh al-Ikhtilaf, antaranya:

a) Umat Islam hendaklah berlapang di dalam perbezaan perkara yang furuk dan ranting.
b) Umat Islam hendaklah mengambil jalan moderat dan pertengahan di dalam beragama. Jalan ekstrim dan berlebihan akan membawa kepada kehancuran.
c) Umat Islam hendaklah mengutamakan perkara yang dipersetujui berbanding perkara yang dipertelingkahkan. d) Umat Islam diseru agar menghormati perkara-perkara yang diijtihadkan, dan tidak taksub dengan pendapat ataupun ijtihad sendiri sahaja.
e) Umat Islam diseru untuk melihat pendapat-pendapat ulama secara adil dan menyeluruh. Sikap hanya mementingkan pendapat sendiri dan tidak melihat pandangan orang lain adalah dicel dan bertentangan dengan ruh kesatuan.
f) Umat Islam hendaklah bersatu di dalam menghadapi masalah bersama mereka yang lebih besarseperti isu Palestin, isu penjajahan, isu Kristianisasi dan lain-lain.
g) Umat Islam diseru agar bekerjasama di dalam perkara-perkara yang disepakati dan bermaafan di dalam perkara-perkara yang diperselisihkan.
h) Umat Islam juga diseru agar tidak mengkafirkan sesama Muslim. Fiqh al-Ikhtilaf yang dilontarkan oleh al-Qaradwi ini bertitik tolak dari kesedaran beliau agar umat Islam dapat memahami satu sama lain. Beliau amat terkesan dengan perpecahan yang berlaku di antara par apejuang Islam dan gerakan-gerakan Islam. Maka fiqh al-Ikhtilaf menjadi solusi kepada persoalan tersebut.
Kelima-lima fiqh ini merupakan asas untuk menguasai fiqh al-waqi’ yang diperjuangkan oleh al-Qaradawi. fiqh al-waqi' adalah ilmu yang membincangkan bagaimana para ulama, para pendakwah dan gerakan Islam dapat memahami keadaan semasa, faktor-faktor yang mengesani serta kuasa-kuasa yang sedang mendominasi perjalanan masyarakat. Ilmu ini melibatkan satu proses untuk mengenalpasti, menganalisis dan mentafsir isu, trend, anjakan paradigma, sentimen dan fenomena yang wujud dalam masyarakat.
Dr. Yusuf Al-Qardawi menyatakan bahawa tuntutan kontemporari fiqh asy-syariah hanya dapat dipenuhi dengan kefahaman yang baik terhadap fiqh al-waqi'.
Kepentingan fiqh al-waqi’ kepada para ulama dan juga para pendakwah tidak dapat dinafikan. Tanpa kefahaman mengenai realiti terdahap perubahan suasana dan tempat, seseorang ulama akan mengeluarkan ijtihad di luar konteks, para pendakwah pula akan hilang arah di dalam menyikapi golongan sasaran, dan gerakan Islam mungkin akan terpinggir dari arus perdana dan kehilangan peluang untuk melakukan sesuatu perubahan. Setelah membincangkan tentang sikap al-Qaradawi, al-Rashid di akhir makalahnya mengatakan bahawa jelaslah bahawa pemikiran dan pendekatan al-Qaradawi adalah serasi dan seiring dengan pemikiran beliau.

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]