Jiwa saya rasa terusik dengan posting ini. Semoga ia menjadi sebahagian dari dakwah untuk mengetuk pintu hidayah. Dari catatan, datin seri fatimah. Saya menemani suami (datuk seri ir muhammad nizar jamaluddin) ke Pasir Panjang pada Hari Raya Kedua untuk menyempurnakan majlis penyembelihan qurban di dua tempat yang berbeza. Pertamanya di Masjid Kampung Sitiawan MB sendiri telah menyembelih 2 ekor lembu korban dan menyampaikan ucapan sempena Aidiladha di masjid tersebut.
Tempat kedua ialah di Surau Kampung Lekir Batu 15, Kayan di mana MB turut menyembelih seekor lembu sebagai korban dan di sini Y.B Datuk Ngeh Koo Ham selaku ADUN Sitiawan turut bersama di dalam majlis. Beliau turut bersama mendengar tazkirah di dalam surau dan melihat kali pertama dalam hidupnya lembu disembelih dan ia dilakukan oleh MB sendiri.
.
No comments:
Post a Comment