Wednesday, December 03, 2008

3) Fiqh al-Sunan al-Kawniyyah

Keperluan untuk memahami peraturan alam yang telah diciptakan oleh Allah SWT amat penting kepada para ulama dan para pendakwah. Kegagalan memahami peraturan alam ciptaan Allah SWT akan membawa kepada usaha yang melawan arus dan berakhir dengan kegagalan. Yang dimaksudkan dengan Fiqh As-Sunan adalah kefahaman terhadap undang-undang dan peraturan-peraturan (Al-kawn) ciptaan Allah di alam maya ini, yang tetap dan tidak berubah dari masa ke semasa. Iaitu memahami realiti dan natijah sesuatu kejadian khususnya dalam peraturan politik dan kemasyarakatan.
Ini berpandukan firman Allah:
فَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلا وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَحْوِيلا

“Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah”. (Surah Fathir ayat 43) Peraturan ini merupakan hukum alam atau sunnatullah yang berlaku dan berulang-ulang berlaku pada setiap zaman dan setiap waktu. Terdapat satu undang-undang yang tetap dan unsur sebab-musabab dalam hukum-hukum alam. Oleh itu ia wajib dikaji dan difahami seperti sunnah perubahan, sunnah kemenangan golongan terdahulu, sunnah kegagalan mereka, sunnah kekalahan pada sejarah silam dan seumpamanya.

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]