Monday, December 22, 2008

10 MUASOFAT (Salimul Aqidah-1-10)

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi. Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

Pendetailan Ciri:
1. Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma' thur
2. Tidak berhubung dengan Jin
3. Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
4. Tidak menenung nasib
5. Tidak mendekati tukang tilik
6. Tidak mengusap kubur
7. Tidak meminta bantuan dari simati
8. Tidak bersumpah dgn selain Allah
9. Tidak mempercayai adanya sial
10. Mengikhlaskan amal kerana Allah
11. Mengimani rukun-rukun Iman
12.Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
13.Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
14. Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2 comments:

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN said...

Salam. Sambunglah lagi muasafat yg ke 2 dan seterusnya.

Gema Shafa Marwa Semarang said...

subhanallah....
sangat bermanfaat taujihnya
syukron.

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]