Monday, December 01, 2008

Fiqh Ijtihad al-Qaradawi 1) Fiqh al-Maqasid

Dr Yusof al-Qaradawi membahagikan fiqh ijtihad kepada lima bahagian iaitu fiqh al-maqasid, fiqh awlawiyyat, fiqh al-kauniyyat, fiqh al-muwazanat dan fiqh ikhtilaf

1) Fiqh al-Maqasid.
Perkataan Maqasid al-Syariah membawa maksud “objektif syariah”. Objektif Syariah membawa maksud, pemahaman terhadap objektif di sebalik pensyariatan hukum-hakam Syariah. Secara ringkasnya, Syariah Islam diutuskan kepada manusia untuk menjaga kepentingan (maslahah) manusia di dunia dan di akhirat. Kepentingan atau maslahah ini dibahagikan kepada tiga peringkat, Daruriyaat (keperluan asasi), Haajiyaat (keperluan kehendak) dan Tahsiniyaat (keperluan pelengkap).
Daruriyaat (keperluan asasi) asasi merupakan keperluan yang paling utama dan yang paling ketara dipelihara oleh Syariat. Daruriyaat telah dibahagikan kepada enam kategori utama, iaitu penjagaan agama, penjagaan nyawa, penjagaan akal, penjagaan harta dan juga penjagaan keturunan serta maruah. Kelima-lima unsur agama, nyawa, akal, harta dan keturunan merupakan unsur yang paling asasi di dalam kehidupan manusia. Jika kelima-lima perkara itu tidak terpelihara, maka kehidupan manusia akan kucar-kacir ataupun akan ditimpa kemudaratan samada di dunia mahupun di akhirat. Maka, Syariat Islam yang diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW adalah untuk memelihara kelima-lima unsur tadi.
Berteraskan konsep penjagaan terhadap lima keperluan asasi (Daruriyat) ini dan juga susunan keutamaannya, maka fiqh al-Maqasid diilhamkan. Maka sebarang fatwa yang ingin dihasilkan, ataupun sebarang ijtihad di zaman moden ini hendaklah mengambil kira konsep penjagaan kelima-lima daruriyaat tersebut. Sebarang aktiviti dakwah dan harakah juga hendaklah selari dengan ruh maqasid ini. Pendekatan inilah yang dinamakan sebagai fiqh al-Maqasid oleh al-Qaradawi............ disambung dalam post akan datang

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]