Saturday, December 27, 2008

5. Berpengetahuan luas (musaqqaful fikri)

Berpengetahuan luas (Mutsaqqaful Fikri)
Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Pendetailan Ciri:
1. Mampu membaca dan menulis dgn baik
2. Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
3. Memelihara hukum-hukum tilawah
4. Menghafaz setengah dari hadith 40
5. Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
6. Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
7. Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
8. Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
9.Mengetahui hukum-hukum solat
10.Mengetahui hukum-hukum puasa
11.Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
12.Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
13.Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
14.Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
15.Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
16.Mendengar dengan baik
17.Mampu memberikan pandangan
18.Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
19.Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]