Thursday, December 11, 2008

Aidil adha dan ibadah korban



Tanggal 10 Dzulhijjah 1429H, kami sekeluarga menyambut Aidul Adha di sg besar sabak bernam Selangor (kg zaujah). Kami tak balik kampong (sungai tengar) sebab emak waded di hospital sabak bernam. Jadi duduk di rumah mentua untuk memudahkan berulang alik kehospital. Kami dan semua keluarga zaujah berkumpul kerana ada korban keluarga dan aktiviti kekeluargaan.

Kesihatan yang yang baik dan syukur atas nikmat Allah menjadikan aidil adha kali ini ceria pada kami. Kami tetap melayan tetamu dan saudara mara yang berkunjung ke rumah seadanya. Berbeza dengan sambutan Aidil Fitri, Aidil Adha, kujungan sanak saudara tidak 'selebat' hari raya. Kemeriahannya kurang serinya, baik di luar mahu pun di media-media massa. Bagaimanapun aidil adha tetap ada keistimewaannya lebih-lebih lagi bila ibadah korban dan takbir hariraya disunatkan sehingga hari tasyrik. Yang kurang sedikit ialah sekarang ini rata-rata sedang sibuk dengan musim tengkujuh. Sana sini dilaporkan hujan dan banjir. Serba sedikit menjadi kekangan untuk keceriaan dan beraktiviti di luar rumah.

Alhamdulillah ana diminta menjadi imam dan menyampaikan khutbah Aidil Adha tahun ini. Khutbah disampaikan dengan suasana yang cukup bertenaga dan informatif. Di tambah dengan cuaca mendamai selepas simbahan hujan subuh. Sahutan laungan takbir bergema dengan nyaringnya. Selepas solat program penyembelihan korban tetap dilaksanakan sebagaimana telah dirancang. Di tempat kami dua ekor lembu dikorbankan dan tidak di tunda walaupun hujan. Darah sembelihan tetap mengalir bersama rahmat-Nya. Itulah pengorbanan yang diperintahkan dan dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran yang besar.

Sebelah tengahari kami masak sup tulang dan kaki lembu. Tengahari dan petang kami sibuk memasak dan menyediakan sup yang istimewa. Enam batang semuanya habis kami sekeluarga bedal. Huhhhhhh....... power. Sebelum itu ada sukaneka (hari ahad). Semua keluarga dan ahlinya terlibat (12 adik beradik, 9 menantu serta 31 cucu). Alhamdulillah ketika posting coretan ini bonda kami telah dibenarkan keluar dari hospital. Aidil adha tahun ini cukup bermakna bagi kami.......


No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]