dr abd karim zaidan 'usul al-dakwah'-inilah wajah beliau yang duduk bersebelahan dengan dr yusof al-qaradawi. Sebelum ini kita hanya membaca bukunya tanpa mengenali wajahnya
Dr Abdul Karim Zaidan menjelaskan dalam bukunya Usul dakwah tentang rukun dakwah ada tiga iaitu daei (pendakwah, pengajak),mad’ u (sasaran, market) dan maudhu’ (kandungan dakwah). Rangkaian bertiga ini adalah modul asas dalam dakwah Ilallah,disamping sikap daei “Seek understand then to be understood”. Slogan ”Win-win situation” perlu dijadikan sandaran amalan berdakwah bagi seorang daei. Dakwah adalah mengajak kepada Islam yang syumul,caranya berhikmah dDalam dakwah kegagalan mengenali diri sendiri sebagai pendakwah dan sasaran (mad’u) akan menatijahkan mekanisme dan pendekatan yang kurang efektif. Kerana itu Dr Abdul karim Zaidan dalam buku Usuul adda’wah menekankan tiga arkanud dakwah ini di fahami dan diperkemasi oleh para daei. Kenali diri dan mad’u anda!
Dengan memahami warna diri dan mad’u anda akan mencari titik keserasian atau paling tidak membina titik homofili bersama mad’u. Bahkan ianya tidak terungkai dari tiga penekanan dalam institusi usrah iaitu TAARUF (kenal),TAFAHUM (faham) dan TAKAFUL (Bantu). Bagaimana nak faham kalau tidak kenal, dan bagaimana nak tolong kalau tidak memahami?. Natijah memahami sifat seseorang akan menyebabkan kita matang dalam melayani kerenah dan mampu mengawal sifat negatifnya dengan memberikan rangsangan optimistic dalam minda para mad’u tentang kesyumulan manhaj Islam.
1 comment:
Salam, Maaf, Ana masih baru dalam dunia Blog ni, Ana merupakan seorang pelajar dan sekarang Ana sedang membuat beberapa reseacrh tentang Fiqh dan Syariah. Ana cuba mencari maklumat tentang Alfadhil Dr. Abdul Karim Zaidan tapi hanya dapat sedikit. Harap Ikhwah sekalian dapat membantu Ana insya'Allah, ikhwah juga bleh terus email ana ke shaidulillah@yahoo.com atau shaidulillah@gmail.com. Alhamdulillah banyak sekali yang Ana dapat dari Blog Nta. Salam
Post a Comment