Monday, July 12, 2010

Hukum Tawasul dgn Nabi

Oleh : Akhisalman

Allah telah menyebut perkataan Wasilah dua kali dlm al-Quran; iaitu ayat 35 surah al-Maidah dan ayat ayat 57 surah Al-Isra. Tawassul dengan Nabi s.a.w ialah berdoa kepada tuhan dengan kemuliaan Nabi s.a.w. Sperti kita berkata: Ya Allah aku meminta dengan kemulian Nabi supaya engkau .....(sebutkan hajat).

Ulama telah bersepakat berkenaan dgn pengharusan bertawasul dgn Nabi; bahkan ianya disunatkan; tanpa ada membezakan tawasul pd Nabi ketika baginda hidup atau pun setelah baginda wafat. Hukum ini telah disepakati ulama terdahulu melainkan Ibnu Taimiah yg hanya membenarkan tawasul pd Nabi ketika baginda hidup sahaja.

Dalil2 pengharusan ialah seperti berikut:

1. Firman Allah:Maksudnya:

((ياأيها الذين أمنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة))

Wahai org2 yg beriman hendaklah kamu bertakwa kpd Allah dan carilah perkara2 yg mendekat kamu kpdnya. (Al-Maidah: 35)

Diantara perkara yg mendekatkan dr pd Nabi ialah bertawassul pd Nabi.

2. Firman Allah:

((ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاءوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما))

Maksudnya: Dan sekiranya mereka datang berjumpa dgn mu(Nabi) setelah mana mereka menzalimi diri mereka; lantas mereka meminta ampun pd Allah dan Rasul turut meminta ampun terhadap dosa2 mereka; nescaya mereka akan dapati Allah maha penerima taubat dan maha mengasihani. (An-Nisa: 64)


Dlm ayat ini menunjukkan kpd bertawasul dgn Rasul ketika memnta ampun pd Allah. Perkara ini berterusan walaupun setelah kewafatan Nabi.


3. Hadis Nabi:Sesungguhnya seorng lelaki yg buta telah berjumpa dgn Nabi dan berkata: "Berdoalah supaya Allah menyembuhkan penyakit ku ini" Nabi bersabda: Jika kamu nak aku doakan; aku doakan dan jika kamu nak bersabar; sabar itu lebih baik buat mu." Dia berkata: "Doalah hai Nabi" Maka Nabi menyuruhnya supaya mengambil wuduk dgn sempurna dan berdoa: "

اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة ، يا محمد إني توجهت بك إلى ربي في حاجتي هذه لتقضى لي، الاهم فشفه في

Hadis Sahih yg diriwayatkan oleh Hakim dan Tirmizi.

Hadis ini dgn jelas menunjukkan kpd meminta pd Allah dgn bertawassul dgn Nabi. Di catat oleh drs Idham lim

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]