
Friday, December 12, 2008
Posting yang mengusik jiwa-semoga mengetuk pintu hidayah

Thursday, December 11, 2008
Aidil adha dan ibadah korban


Tanggal 10 Dzulhijjah 1429H, kami sekeluarga menyambut Aidul Adha di sg besar sabak bernam Selangor (kg zaujah). Kami tak balik kampong (sungai tengar) sebab emak waded di hospital sabak bernam. Jadi duduk di rumah mentua untuk memudahkan berulang alik kehospital. Kami dan semua keluarga zaujah berkumpul kerana ada korban keluarga dan aktiviti kekeluargaan.Kesihatan yang yang baik dan syukur atas nikmat Allah menjadikan aidil adha kali ini ceria pada kami. Kami tetap melayan tetamu dan saudara mara yang berkunjung ke rumah seadanya. Berbeza dengan sambutan Aidil Fitri, Aidil Adha, kujungan sanak saudara tidak 'selebat' hari raya. Kemeriahannya kurang serinya, baik di luar mahu pun di media-media massa. Bagaimanapun aidil adha tetap ada keistimewaannya lebih-lebih lagi bila ibadah korban dan takbir hariraya disunatkan sehingga hari tasyrik. Yang kurang sedikit ialah sekarang ini rata-rata sedang sibuk dengan musim tengkujuh. Sana sini dilaporkan hujan dan banjir. Serba sedikit menjadi kekangan untuk keceriaan dan beraktiviti di luar rumah.
Alhamdulillah ana diminta menjadi imam dan menyampaikan khutbah Aidil Adha tahun ini. Khutbah disampaikan dengan suasana yang cukup bertenaga dan informatif. Di tambah dengan cuaca mendamai selepas simbahan hujan subuh. Sahutan laungan takbir bergema dengan nyaringnya. Selepas solat program penyembelihan korban tetap dilaksanakan sebagaimana telah dirancang. Di tempat kami dua ekor lembu dikorbankan dan tidak di tunda walaupun hujan. Darah sembelihan tetap mengalir bersama rahmat-Nya. Itulah pengorbanan yang diperintahkan dan dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran yang besar.
Sebelah tengahari kami masak sup tulang dan kaki lembu. Tengahari dan petang kami sibuk memasak dan menyediakan sup yang istimewa. Enam batang semuanya habis kami sekeluarga bedal. Huhhhhhh....... power. Sebelum itu ada sukaneka (hari ahad). Semua keluarga dan ahlinya terlibat (12 adik beradik, 9 menantu serta 31 cucu). Alhamdulillah ketika posting coretan ini bonda kami telah dibenarkan keluar dari hospital. Aidil adha tahun ini cukup bermakna bagi kami.......
Indikator haji mabrur

Wednesday, December 10, 2008
Hukum daging korban diberi kepada orang bukan Islam
Pendapat umum dan amalan orang Islam di Malaysia mengatakan daging korban tidak boleh diberi makan kepada bukan Islam. Namun, kita boleh merujuk kepada pendapat dikemukakan ulama mazhab lain dalam isu ini. Kita dapat mengesan pelbagai pendapat dengan hujah masing-masing. Melalui pendapat itu umat Islam mungkin dapat menemui jalan keluar daripada isu ini.Tuesday, December 09, 2008
Ibadah korban dalam Islam
4: Apakah hikmah korban?
Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27.Maksud Ayat: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: Aku pasti membunuhmu? Habil berkata: “Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa”.
Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.
Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.
Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.
Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno. Wallahuaklam
Monday, December 08, 2008
The meaning of Aidiladha

Every year, millions of Muslims make the journey to Mecca in Saudi Arabia to perform the haj, one of the five basic tenets of Islam.
Aidiladha also commemorates the sacrifices made by the Prophet Ibrahim (hence the word 'korban,' which means sacrifice in Arabic), who demonstrated immense faith when he was put to the test by God.
Prophet Ibrahim was commanded to offer his son Ismail up for sacrifice, and though it grieved him greatly, he made ready to perform the task. However, as he was about to strike his son, God stopped him and revealed that it was a trial. Ismail's life was spared, and a ram was sacrificed in his place.
As such, during Aidiladha, the sacrifice of four-legged animals such as lambs, goats, cows, bulls and camels is performed.
The slaughter of the animal is done after the congregational prayer in the morning of Aidiladha.
The animals are killed in accordance with the proper religious rites and the meat is then distributed.
One third of the meat is given to the individual who made the sacrifice, while the rest is given to the poor and deserving people in the community.
Making the sacrifice (korban) is not a compulsory religious duty, but an obligations for those who are able to afford it. The rest of the day is celebrated by visiting relatives and friends
Saturday, December 06, 2008
Ibadah haji dan Arafah
Hari ini (6 hb Dis 2008) dijangka lebih lima juta umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Padang Arafah bagi melaksanakan wukuf. Jemaah haji Malaysia dijangka bergerak kesana selepas zohor. Bagaimanapun sebahagian para jemaah telah bertolak ke Mina untuk bermalam disana sebelum berangkat ke Arafah. Berhimpun di Padang Arafah menjadi kemuncak ibadat haji, sambil memuji-muji keagungan Allah Maha Pencipta dan memohon keampunan daripada-Nya.Padang seluas kira-kira 42 kilometer persegi yang terletak 22 kilometer dari Mekah itu akan bergema dengan talbiah, tahmid, doa dan zikir daripada hamba-hamba-Nya yang datang dari ceruk rantau yang jauh, semata-mata mencari keredhaan-Nya dan membersihkan diri dari segala dosa.Di sana, semua manusia adalah sama. Tidak ada pangkat, darjat, status dan sebagainya yang sebelum ini menjadi sempadan palsu memisahkan kehidupan manusia.
Semua manusia, tidak kira kaum, bangsa atau warna kulit berpakaian putih yang melambangkan kesamarataan. Bagi lelaki, hanya dua helai kain menutup tubuh. Disini para jemaah haji mengambil kesempatan daripada anugerah Allah itu untuk meningkatkan amal ibadat dan memohon keampunan daripada-Nya.
Doa pada hari wukuf adalah amat mustajab. Dikatakan Allah akan turun ke langit dunia (melalui rahmatnya) menghapuskan dosa-dosa orang yang sedang berwukuf. Perhimpunan terbesar umat Islam di Padang Arafah sebenarnya menggambarkan kesatuan, perpaduan dan keutuhan Islam yang dibina di atas asas yang kukuh iaitu tauhid kepada Allah.
Ia mempunyai falsafah penyatuan akidah umat Islam sejagat. Setiap orang menjelma dalam bentuk baru menjadi insan yang berpadu sebagai ummah dan bergabung menjadi satu. ‘‘Di Arafah, semua manusia tidak ada beza, sama ada miskin atau kaya. Yang membezakan mereka ialah tahap ketakwaan kepada Allah,”
Para ulamak juga mengungkapkan haji adalah gambaran kematian. Semua manusia berpakaian putih (ihram) yang boleh diibaratkan kain kapan. Sebelum itu mereka mandi sunat ihram yang melambangkan mandi jenazah sebelum ke Padang Arafah (Padang Mahsyar) untuk dibicarakan dan kemudian melalui Muzdalifah (Siratulmustakim).
Pada perhimpunan di Padang Arafah itu, semua jemaah menyatakan ikrar yang tidak berbelah bagi kepada Allah, rasul, agama dan persaudaraan Islam sejagat. Kepentingan wukuf di Padang Arafah yang menjadi rukun haji ini turut dijelaskan oleh hadis nabi yang bermaksud: ‘‘Haji itu adalah Arafah.”
Wukuf itu bermaksud ‘mesti berada di bumi Arafah dalam keadaan sedar walaupun sekejap’. Ia mempunyai signifikan kepada perpaduan dan kekuatan umat Islam.Ia mempunyai hikmat yang tersurat dan tersirat yang menggambarkan bahawa dengan perpaduan dan kekuatan ummah sahaja, akan menentukan kejayaan umat Islam hari ini dan masa depan.
Kekuatan yang ditunjukkan itu tentunya akan memberikan kekuatan kepada ummat Islam selaras dengan firman Allah yang antara lain meminta umat Islam menyiapkan diri dengan kekuatan. Ibadat haji merupakan kemuncak pengorbanan hamba kepada pencipta-Nya. Berbeza dengan ibadat lain seperti sembahyang dan puasa, haji memerlukan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan pelbagai kesukaran yang terpaksa dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ (٢٧)
‘‘Dan serulah manusia mengerjakan haji, nescaya mereka datang kepadamu (Baitullah) dengan berjalan kaki atau mengenderai unta kurus dari ceruk rantau yang jauh.” (al-Haj: 27)
Ibadat haji menuntut erti kesabaran menghadapi ujian Allah dan menanam sifat bergantung kepada-Nya. Ia juga memberi peluang umat Islam beribadat di Masjidilharam yang pahalanya menyamai 100,000 sembahyang di tempat lain. Disamping itu para jemaah haji juga berpeluang melawat makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid Nabawi, di Madinah, selain tempat-tempat yang pernah melakar sejarah Islam seperti Bukit Uhud, Gua Hira’ dan perkuburan syuhada serta kesan-kesan keagungan Islam.
Selain mendapat pengalaman baru, semua ini tentunya akan menambahkan lagi ketakwaan dan keimanan seseorang. Sebagai tetamu Allah, banyak ganjaran menanti jemaah haji dengan balasan pahala dan dimakbulkan doa mereka yang benar-benar ikhlas.
Hikmah ibadat haji kepada umat Islam dijelaskan oleh Allah melalui firmannya dalam surah Al-Haj, ayat 28 bermaksud:
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ
‘‘...supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatang faedah kepada mereka.”
Tegasnya, nilai dan kemuncak sebenar ibadat haji bukan sekadar RM10,000 atau lebih kos untuk menunaikannya, namun lebih dari itu ia adalah harga bagi sifat keimanan dan ketakwaan yang menjadi hikmah dan rahsia di sisi Allah.
Friday, December 05, 2008
5) Fiqh al-Ikhtilaf
Fiqh al-Ikhtilaf membawa maksud seni di dalam menguruskan perbezaan di antara umat Islam. Melalui ide fiqh al-Ikhtilaf, al-Qaradawi telah cuba untuk membawa umat Islam menguruskan perbezaan mereka agar umat Islam tidak dilekakan dengan perpecahan dan percakaran sesama sendiri yang tidak menguntungkan. Belia menekakan bahawa Islam amat mementingkan kesatuan, dan perbezaan adalah sesuatu yang fitrah dan tidak dapat dielakkan. Menyaragamkan umat Islam di dalam semua perkara adalah mustahil dan bertentangan dengan fitrah manusia itu sendiri. Maka, yang sepatutnya diusahakan ialah bagaimana menyatukan umat Islam di dalam kepelbagian mereka. Al-Qaradawi menyeru kepada bebepara perkara di dalam isi kandungan fiqh al-Ikhtilaf, antaranya:
c) Umat Islam hendaklah mengutamakan perkara yang dipersetujui berbanding perkara yang dipertelingkahkan. d) Umat Islam diseru agar menghormati perkara-perkara yang diijtihadkan, dan tidak taksub dengan pendapat ataupun ijtihad sendiri sahaja.
e) Umat Islam diseru untuk melihat pendapat-pendapat ulama secara adil dan menyeluruh. Sikap hanya mementingkan pendapat sendiri dan tidak melihat pandangan orang lain adalah dicel dan bertentangan dengan ruh kesatuan.
f) Umat Islam hendaklah bersatu di dalam menghadapi masalah bersama mereka yang lebih besarseperti isu Palestin, isu penjajahan, isu Kristianisasi dan lain-lain.
g) Umat Islam diseru agar bekerjasama di dalam perkara-perkara yang disepakati dan bermaafan di dalam perkara-perkara yang diperselisihkan.
h) Umat Islam juga diseru agar tidak mengkafirkan sesama Muslim. Fiqh al-Ikhtilaf yang dilontarkan oleh al-Qaradwi ini bertitik tolak dari kesedaran beliau agar umat Islam dapat memahami satu sama lain. Beliau amat terkesan dengan perpecahan yang berlaku di antara par apejuang Islam dan gerakan-gerakan Islam. Maka fiqh al-Ikhtilaf menjadi solusi kepada persoalan tersebut.
Kelima-lima fiqh ini merupakan asas untuk menguasai fiqh al-waqi’ yang diperjuangkan oleh al-Qaradawi. fiqh al-waqi' adalah ilmu yang membincangkan bagaimana para ulama, para pendakwah dan gerakan Islam dapat memahami keadaan semasa, faktor-faktor yang mengesani serta kuasa-kuasa yang sedang mendominasi perjalanan masyarakat. Ilmu ini melibatkan satu proses untuk mengenalpasti, menganalisis dan mentafsir isu, trend, anjakan paradigma, sentimen dan fenomena yang wujud dalam masyarakat.
Dr. Yusuf Al-Qardawi menyatakan bahawa tuntutan kontemporari fiqh asy-syariah hanya dapat dipenuhi dengan kefahaman yang baik terhadap fiqh al-waqi'.
Kepentingan fiqh al-waqi’ kepada para ulama dan juga para pendakwah tidak dapat dinafikan. Tanpa kefahaman mengenai realiti terdahap perubahan suasana dan tempat, seseorang ulama akan mengeluarkan ijtihad di luar konteks, para pendakwah pula akan hilang arah di dalam menyikapi golongan sasaran, dan gerakan Islam mungkin akan terpinggir dari arus perdana dan kehilangan peluang untuk melakukan sesuatu perubahan. Setelah membincangkan tentang sikap al-Qaradawi, al-Rashid di akhir makalahnya mengatakan bahawa jelaslah bahawa pemikiran dan pendekatan al-Qaradawi adalah serasi dan seiring dengan pemikiran beliau.
Thursday, December 04, 2008
4) Fiqh al-Muwazanaat
Fiqh al-Muwazanaat (ilmu di dalam membuat pertimbangan) yang dimaksudkan oleh al-Qaradawi adalah seni membuat pertimbangan yang rasional sebelum membuat sesuatu keputusan. Di dalam bidang ijtihad, fatwa, hukum dan dakwah pula ia bermaksud seni mempertimbangkan perkara-perkara berkaitan dan keadaan yang wujud sebelum mengeluarkan sesuatu ijtihad, fatwa, hukum dan keputusan berkaitan dakwah serta harakahTiga dimensi utama di dalam fiqh al-Muwazanaat adalah:
Wednesday, December 03, 2008
3) Fiqh al-Sunan al-Kawniyyah
Ini berpandukan firman Allah:
Monday, December 01, 2008
2) Fiqh al-Awlawiyaat
Fiqh al-Awlawiyaat seakan sinonim dengan al-Qaradawi. Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliaulah pengasas fiqh al-awlawiyaat. Fiqh al-awlawiyaat bermaksud, seni di dalam mendahulukan mana yang lebih utama berbanding dengan sesuatu yang kurang utama dan tidak utama. Ianya juga membawa maksud mendahulukan sesuatu perkara yang penting berbanding perkara-perkara yang kurang penting dan tidak penting langsung. Ketiadaan seni seumpama ini akan menjadikan seseorang Muslim dan pendakwah akan menghabiskan masa dengan sesuatu yang kurang penting ataupun tidak penting dan meninggalkan perkara yang lebih penting. Ia juga akan membawa kepada penghabisan tenaga dan usaha dengan melakukan sesuatu yang tidak berfaedah ataupun kurang faedah dan meninggalkan perkara yang lebih berfaedah. Lebih dahsyat lagi, ketiadaan fiqh al-awlawiyaat akan membawa kepada pembaziran waktu dengan perkara-perkara yang mempunyai impak yang kecil ataupun tiada impak serta meninggalkan perkara yang boleh memberikan impak yang lebih kepada Islam ataupun masyarakat.
Contoh bagi fiqh al-awlawiyaat ini boleh didapati di dalam sirah Rasulullah SAW, sebagai contohnya: Rasulullah SAW memulakan pengukuhan aqidah dahulu di Mekah dan tidak memulakan dakwah dengan menghancurkan patung-patung berhala.
Mendahulukan hukum-hakam berkaitan aqidah dan pembentukan jiwa di Mekah sebelum memberikan pertanggung jawaban dari segi hukum-hakam amali.
Fiqh al-awlawiyyat juga menekankan konsep mendahulukan yang usul berbanding perkara-perkara furuk. Mendahulukan amalan yang wajib berbanding dengan amalan-amalan yang sunat. Mendahulukan nas-nas yang qat’i berbanding nas-nas yang zanni. Mendahulukan amalan-amalan yang berbentuk jama’iyy (berjemaah) berbanding dengan amalan-amalan berbentuk fardi. Mendahulukan pengajian terhadap Usul Islam seperti aqidah, ibadat yang fardhu, pemahamahan al-Quran dan hadis sebelum menimba ilmu-ilmu cabang dan furuk. Di dalam membicarakan persoalan ibadat pula,al-Qaradwi telah mencedok ide-ide al-Ghazali berkaitan keperluan mengetahui tingkatan-tingkatan keutamaan amal ibadat. Beliau juga Mencedok perbincangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah mengenai kepentingan dan keutamaan sesuatu amalan berdasarkan situasi, keadaan dan tempat. Contohnya, jihad menjadi amalan paling utama ketika sesebuah negara Muslim diserang oleh tentera kafir. Menuntut ilmu menjadi amalan paling utama di kala para ulama semakin berkurangan, dan lain-lain lagi. Antara keutamaan (awlawiyaat) yang telah dikemukana oleh al-Qaradawi ialah:
a) Keutamaan kualiti berbanding kuantiti. (Samada di dalam beramal ataupun berdakwah) b) Keutamaan ilmu ke atas amal. (Beramal tanpa ilmu akan membawa kepada amalan yang tersilap) c) Keutamaan menghayati Maqasid (objektif) sesuatu perkara yang hendak dilakukan berbanding zahir.
d) Keutamaan berijtihad berbanding bertaklid semata-mata.
e) Keutamaan menumpukan kepada perkara-perkara yang dipersetujui berbanding perkara-perkara yang diperselisihkan.
f) Keutamaan memudahkan dan meringankan berbanding menyusahkan dan membebankan (di dalam fatwa, ijtihad dan dakwah).
g) Keutamaan mengislah diri individu sebelum mengislahkan kerajaan dan sistem.
h) Keutamaan tarbiyah sebelum berjihad.
i) Keutamaan mendepani musuh-musuh Islam berbanding perselisihan sesama umat Islam sendiri. j) Keutamaan memerangi mungkar yang besar dan utama berbanding perkara-perkara furuk dan remeh.
Al-Qaradawi melihat bahawa kehilangan fiqh al-awlawiyaat di persada gerakan Islam akan membawa kepada kepincangan did alam gerakerja dakwah dan islah. Fiqh al-awlawiyat menurut al-Qaradawi juga menuntut agar para pendakwah bersatu, mencari persamaan berbanding perbezaan, berlapang dada dengan perbezaan, dan mengenali musuh mereka. Perbezaan pendapat di kalangan pejuang Islam bukanlah alasan untuk mereka bersatu.
Al-Qaradawi juga menegur sikap sesetengah umat Islam yang terlalu mementingkan perkara-perkara sunat tetapi meninggalkan perkara-perkara yang wajib. Beliau mengambil contoh betapa ada di antara umat Islam yang menghabiskan wang mereka untuk menunaikan haji dan umrah sunat dan tidak menginfaqkan harta mereka untuk tujuan dakwah, propaganda Islam, penubuhan sekolah-sekolah Islam dan lain-lain tujuan yang lebih besar manfaatnya buat umat. Beliau juga menegur sikap sesetengah golongan yang amat menitik beratkan persoalan sunat dan adab tetapi di dalam waktu yang sama meninggalkan persoalan yang lebih besar seperti membina kekuatan umat, cemerlang di dalam pelajaran, perniagaan dan kerjaya demi memartabatkan umat Islam.......bersambung dalam posting akan datang
Fiqh Ijtihad al-Qaradawi 1) Fiqh al-Maqasid
1) Fiqh al-Maqasid.
Perkataan Maqasid al-Syariah membawa maksud “objektif syariah”. Objektif Syariah membawa maksud, pemahaman terhadap objektif di sebalik pensyariatan hukum-hakam Syariah. Secara ringkasnya, Syariah Islam diutuskan kepada manusia untuk menjaga kepentingan (maslahah) manusia di dunia dan di akhirat. Kepentingan atau maslahah ini dibahagikan kepada tiga peringkat, Daruriyaat (keperluan asasi), Haajiyaat (keperluan kehendak) dan Tahsiniyaat (keperluan pelengkap).
Daruriyaat (keperluan asasi) asasi merupakan keperluan yang paling utama dan yang paling ketara dipelihara oleh Syariat. Daruriyaat telah dibahagikan kepada enam kategori utama, iaitu penjagaan agama, penjagaan nyawa, penjagaan akal, penjagaan harta dan juga penjagaan keturunan serta maruah. Kelima-lima unsur agama, nyawa, akal, harta dan keturunan merupakan unsur yang paling asasi di dalam kehidupan manusia. Jika kelima-lima perkara itu tidak terpelihara, maka kehidupan manusia akan kucar-kacir ataupun akan ditimpa kemudaratan samada di dunia mahupun di akhirat. Maka, Syariat Islam yang diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW adalah untuk memelihara kelima-lima unsur tadi.
Berteraskan konsep penjagaan terhadap lima keperluan asasi (Daruriyat) ini dan juga susunan keutamaannya, maka fiqh al-Maqasid diilhamkan. Maka sebarang fatwa yang ingin dihasilkan, ataupun sebarang ijtihad di zaman moden ini hendaklah mengambil kira konsep penjagaan kelima-lima daruriyaat tersebut. Sebarang aktiviti dakwah dan harakah juga hendaklah selari dengan ruh maqasid ini. Pendekatan inilah yang dinamakan sebagai fiqh al-Maqasid oleh al-Qaradawi............ disambung dalam post akan datang



