Oleh: Dr. Abdullah Farjullah Abdullah
Semasa raja bertemu dengan Imam Syafie, baginda telah dinasihati dengan katanya; “Aku lihat Allah telah campakkan cahaya kepadamu..oleh itu janganlah kegelapan maksiat mamadamkan cahaya itu..Takutilah kegelapan yang semakin kuat itu, kerana ia boleh memenuhi hati hingga meresap ke dalam anggota. Kemudian menutupi wajah seluruhnya yang bergantung kepada kuatnya maksiat atau bertambah banyak maksiat yang dilakukan. Apabila mati nanti semasa di alam barzah, kubur dipenuhi dengan kegelapan sebagaimana sabda nabi saw: “Sesungguhnya penghuni kubur ini dipenuhi dengan kegelapan tetapi Allah Azzawajallah meneranginya dengan solatku ke atas mereka”. (Ahmad)
Hassan al-Basri menyatakan: “Mereka ini sekalipun keldai membunyikan suaranya dan kuda pembawa bebanan berjalan dengan cepat , menyebabkan kehinaan maksiat tidak akan menceraikan hati-hati mereka kerana Allah membiarkan hati orang yang terus mengotorinya dengan maksiat”.
Ramai para salafussaleh berbicara tentang akibat maksiat dan kesannya kepada seorang hamba sebagai peringatan kepada orang-orang yang beriman dan penguat tentang tuntutan untuk menjauhi maksiat dan dosa. Di antara mereka ialah Imam Muhammad bin Abu Bakar az-Zar’i Ad-Dimasq di dalam bukunya “Al-Qayyim; Toriq al-Hijrataini” . Beliau menyatakan bahawa seseorang yang berpengetahuan tentang akibat perbuatan maksiat, keburukan kesannya serta kemudaratan yang timbul daripada dosa, akan mendorongnya untuk meninggalkan maksiat dan menghalangnya daripada terjerumus ke dalam pintunya. Beliau menyebutkan kesan utama perbuatan maksiat dan dosa ini. Di antaranya ialah:
Menghitamkan wajah, menggelapkan hati, menyempitkan, menutupkan, menyedihkan, menyakitkan, membataskan, menambahkan kegusaran dan kebimbangan, memecahkan keteguhannya, melemahkan penentangan terhadap musuhnya. menanggalkan hati dari perhiasannya, kehairanan tentang urusannya, penolong dan pelindung meninggalkannya, musuh menguasainya, menutupi ilmu yang bersedia untuknya, melupai kekuatan atau kelemahannya, dan penyakitnya terus dibawa hingga menemui kematian kerana dosa boleh mematikan hati.
Di antaranya ialah kehinaan selepas kemuliaan dan menjadi tawanan di tangan musuh-musuhnya selepas menjadi raja yang berkuasa yang menakutkan musuh-musuhnya..di antaranya juga menghilangkan pengaruhnya sehingga rakyat enggan melaksanakan titah perintahnya lagi apatah lagi bukan rakyatnya.
Di antaranya, lenyap perasaan keamanan dan ketenangan dan diganti dengan ketakutan dan kebimbangan kerana telah menjadi manusia yang paling takutkan kejahatan. Di antaranya, lenyap keramahan dan kini kebengisan mengambil tempatnya. Ketika kejahatan bertambah maka kebengisan juga bertambah. Di antaranya, lenyap kerelaan dan kini kemarahan menggantikannya.
Di antaranya, lenyap ketenangan dan ketenteraman kerana menghampirkan diri kepada Allah dan berserah kepadaNya, dan kini digantikan dengan keresahan kerana menjauhkan diri daripada Allah.
Di antaranya, dosa akan menjerumuskan ke dalam lembah kekecewaan dan keluhan.
Di antaranya, kefakiran selepas kekayaan. Padahal kekayaan yang sebenar ialah apabila mempunyai modal iman yang ia dagangkan dan memperolehi keuntungan yang berlipat ganda. Tetapi jikalau modalnya dirampas maka ia telah menjadi miskin papa kecuali kalau ia berusaha mendapatkan modal yang lain dengan bertaubat nasuha secara serius dan sedar. Jika tidak, keuntungan yang banyak itu akan lenyap kerana telah kehilangan modal yang sepatutnya.
Inilah beberapa akibat dari hati yang mati yang menghilangkan ketenangan, melenyapkan ketenteraman, keramahan dan kerelaan, dirinya dikuasai oleh sifat kekecewaan, kefakiran, kebengisan, kekesalan serta siri-siri akibat perbuatan dosa dan maksiat yang berpanjangan.
Akan bersambung dalam siri 2
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=14302&SecID=
No comments:
Post a Comment