Sunday, April 11, 2010

Projek Pengubahsuaian Ubah Hidup Penduduk di Bandar Kashi Xinjiang (2).

Projek tersebut mencipta kemajuan yang memuaskan pada tahun 2009, iaitu tahun pertama pelaksanaan projek.


Ketika wartawan membuat liputan ke Kawasan Perumahan Bahagia yang baru siap dibina di Kashi, terdapat banyak penduduk tempatan sedang sibuk memindahkan barang-barang ke dalam rumah baru mereka. Guli, seorang wanita dari etnik Uygur memberitahu wartawan bahawa beliau sedang membantu datuk dan neneknya berpindah rumah ke kawasan perumahan tersebut. Beliau berkata:

"Datuk dan nenek saya asalnya tinggal di bangunan yang terletak di bukit tanah kuning yang tinggi. Luasnya rumah itu hanya 27 meter persegi. Kemudahannya serba kekurangan. Sekarang rumah mereka yang baru luasnya 48 meter persegi. Mereka mendapat rumah ini secara percuma melalui projek pengubahsuaian perumahan di Kashi. Mereka juga lebih selesa pada musim sejuk kerana rumah ini siap dipasang dengan alat pemanas."



Wartawan masuk ke rumah baru di Kawasan Perumahan Bahagia, rumah milik Syabinuofu Tulake, lelaki etnik Uygur yang sudah berusia 89 tahun setelah mendapat izinnya. Rumah seluas 106 meter persegi ini terdiri daripada lima rumah yang berasingan. Struktur rumah ini direka mengikut kebiasaan kehidupan penduduk etnik Uygur. Bilik duduk yang luas dan terang dibentang dengan permaidani diperbuat daripada bulu kambing yang cantik. Beberapa keping foto beliau memakai uniform tentera waktu muda digantung pada dinding. Beliau dengan gembira berkata:

"Rumah ini dilengkapi dengan kemudahan air, elektrik dan gas. Saya amat puas hati terhadap rumah yang baru ini."

Berderet-deret bangunan perumahan yang baru dibina di kawasan lama Kashi. Di bahagian bawahnya ialah kedai runcit manakala tingkat atasnya ialah rumah kediaman. Bangunan-bangunan tersebut dibina menurut rupa asalnya dan pemilik rumah boleh menghias rumah masing-masing dengan gaya sendiri. Bumbung, pintu dan tingkap bangunan semuanya diperbuat daripada kayu yang bermutu. Seni bina bangunan yang cukup istimewa reka bentuknya ini menggunakan reka bentuk tradisional etnik telah menarik ramai pelancong dari luar wilayah. Seorang pelancong dari provinsi Sichuan ketika diwawancara menyatakan:

"Rumah penduduk tempatan amat istimewa. Kebetulan hari ini saya melihat beberapa penduduk sedang berpindah rumah. Saya rasa kerajaan tempatan memang memberikan perhatian kepada kehidupan rakyat. Walaupun Kashi terletak di kawasan berhampiran sempadan, tetapi pembinaannya tidak jauh ketinggalan dengan bandar raya yang lain di negara ini."

Rashid Ahmed, dari Pakistan yang sekarang bekerja di China juga datang khusus ke Kashi untuk menghayati suasana kehidupan etnik di Xinjiang. Beliau berkata:

"Saya berminat terhadap kebudayaan Xinjiang kerana tempat ini mempunyai hubungan yang rapat dengan dunia Islam dari segi sejarah. Saya boleh merasai kebudayaan yang mempunyai sejarah beberapa ribu tahun semasa saya bersiar-siar di kawasan ini. "

Menurut pandangan para pelancong, "tidak tahu China begitu luas sekiranya tidak pergi ke Xinjiang, dan mereka tidak dapat merasai daya tarikan Xinjiang sekiranya tidak pergi ke Kashi." CRI/-

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]