Friday, October 09, 2009

16 produk plum, prun diharamkan


ANTARA produk buah plum dan prun yang diimport dari China yang terdapat di pasaran ketika ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengharamkan 16 jenama produk buah kering yang diimport dari China, Taiwan dan beberapa negara Asia kerana mengandungi logam plumbum melebihi paras yang dibenarkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, produk buah kering antaranya plum dan prun itu mengandungi paras plumbum yang agak tinggi iaitu antara 0.11 dan 30.3 bahagian sejuta (ppm) atau miligram (mg)/kilogram (kg).

Beliau berkata, paras plumbum yang ditetapkan di negara ini ialah dua bahagian sejuta ppm atau mg/kg di bawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan jika kandungan logam melebihi paras tersebut, tindakan undang-undang akan dikenakan.

"Mana-mana pihak yang terlibat, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan 2009 di sini.

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]