Saturday, November 29, 2008

Haji Mabrur : Ganjarannya Syurga



وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ اِلاَّ الْجَنَّةُ
“Haji mabrur itu tidak ada balasannya kecuali surga.” (riwayat: al-Bukhari)

Haji mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah S.W.T. seiring dengan peningkatan amal ibadat seseorang setelah menunaikan ibadat haji ters Ibn Kholawaih mentakrifkan al-Mabrur sebagai al-Maqbul iaitu diterima atau sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Pendapat ini kemudiannya ditarjih oleh Imam Nawawi dengan pendapat itu (tidak bercampur dosa). Imam Nawawi mengatakan bahawa orang yang mendapat haji mabrur ialah orang yang tidak mencampur adukkan amalan dan tindakan dalam kehidupan seharian serta ibadahnya dengan sesuatu perkara yang berdosa selepasa melaksanakan ibadah haji.
Haji mabrur berada dalam kedudukan yang paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa sahaja yang menunaikan ibadah tersebut. Lebih-lebih lagi, ibadat haji menjanjikan ganjaran yang sangat besar daripada Allah S.W.T di akhirat kelak. Rasulullah saw menyebut:
عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه اَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ الْعُمْرَةُ اِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ اِلاَّ الْجَنَّةُ ‏‏ (رواه: البخارى)
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a, Bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Satu umrah dengan umrah yang lain adalah penghapus dosa, dan haji mabrur (diterima) amalannya, tidak dibalas baginya melainkan dengan Syurga". (riwayat: al-Bukhari)
Oleh itu, ganjaran besar ibadat haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapainya dengan begitu mudah. Sebaliknya mereka perlu mengharungi berbagai-bagai kesukaran dan cabaran di samping memerlukan kekuatan iman dan taqwa. Bagaimana untuk mencapai haji mabrur tersebut? Pada prinsipnya, haji mabrur boleh dicapai dengan melaksanakan beberapa amalan. Diantaranya ialah;
Pertama: Ibadat haji yang dilaksanakan itu hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T dan tidak riak atau menunjuk-nunjuk serta berbangga-bangga kepada orang lain.
Kedua: Semua perbelanjaan haji adalah daripada sumber yang halal.
Ketiga: Melakukan rukun dan fardhu haji dengan memenuhi syarat dan sempurna.
Keempat: Melakukan ibadat haji dengan taat, jujur dan ikhlas.
Kelima: Beristiqamah dengan terus menerus mengamalkan perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam kehidupan seharian.
Perkara yang sering menjadi isu dalam masyarakat ialah terdapat di kalangan jemaah haji yang tingkah laku mereka tidak berubah, masih mengekalkan tabiat akhlak yang bercanggah dengan ajaran Islam. Di antara punca utama mereka tidak mendapat haji mabrur ini ialah kerana masih melakukan maksiat, mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, tidak amanah, tidak mempunyai integriti dan sebagainya. Hakikatnya, kejayaan mencapai haji mabrur berkait rapat dengan keimanan seseorang kepada Allah S.W.T. Berdasarkan pemerhatian, terdapat pertalian yang kuat bahawa mereka yang taat melaksanakan amal ibadah seperti sembahyang, puasa dan zakat mendorong mereka akan mendapat haji mabrur. Demikianlah bahawa kualiti iman seseorang akan menentukan tahap amal ibadah seseorang.
Haji mabrur mempunyai tanda-tandanya yang banyak. Di antaranya adalah hendaknya nafkah (pembiyayaan) haji tersebut dari hasil usaha yang halal karena nafkah menjadi perkara penting dalam kehidupan manusia, lebih-lebih lagi dalam urusan haji. Bahkan disebutkan bahwa jika seseorang naik haji dengan sumber dari hartanya yang halal, maka akan ada penyeru yang berseru, “Bekalmu halal dan kendaraanmu halal, maka hajimu pun mabrur.” Adapun jika dia berangkat haji dari harta yang haram, maka penyeru tadi akan berseru, “La labbaika wala sa’daika. Bekalmu haram dan nafkahmu haram, maka hajimu tertolak tidak mendapat ganjaran.” atau dengan seruan yang semakna dengannya. Jadi, di antara tanda-tanda haji mabrur adalah jika dikerjakan dengan perbelanjaan dari nafkah dan usaha yang halal.

Di antara tanda-tandanya yang lain ialah para jemaah haji mengerjakan manasiknya sesuai dengan tata cara yang disyari’atkan tanpa mengurangi sedikitpun, dan menjauhi segala larangan Allah selama mengerjakan haji.

Selanjutnya apabila mereka pulang dari mengerjakan haji, pengamalan agamanya lebih baik daripada sebelum berangkat, iaitu dia kembali dalam keadaan bertaubat kepada Allah subhanahu wa ta’ala, istiqamah (konsisten) dalam menjalankan ketaatan-ketaatan kepada-Nya, dan terus-menerus dalam situasi seperti itu. Dengan begitu, hajinya menjadi titik tolak baginya kepada kearah kebaikan dan selalu menjadi peringatan baginya untuk memeperbaiki jalan hidupnya.

Menyebut untuk mendapatkan “haji Mabrur” memanglah mudah, tetapi untuk mencapainya bukanlah semudah yang disangka. Mungkin kerana sukar meraihnya, balasan atau pahalanya sangat istimewa, iaitu syurga. Sabda Rasulullah SAW; “Alhajju mabrur laisa lahu jazaa ilal jannah”. (Orang yang memperoleh haji Mabrur, tiada balasan baginya, kecuali syurga”). Lantas timbul pertanyaan, apakah ada jemaah haji yang tidak mendapat “haji mabrur”?. Jawabnya kemungkinan ada adalah tinggi. Sebab ciri orang yang mendapat “haji mabrur” menurut Rasulullah SAW paling tidak ada empat perkara.
Pertama, tutur katanya selalu baik, dan menyenangkan orang lain. Memiliki sifat terpuji seperti sabar,rendah hati (tawaddhu’) dan, pemaaf. Orang yang sudah menunaikan ibadah haji tidak akan mau bertutur kata yang tidak baik, atau menyakitkan hati orang. Ia selalu bersikap rendah hati, tidak sombong, kerana di Tanah Suci disisi Allah SWT semua manusia sama, walaupun mereka seorang penjawat awam, penguasa atau orang kaya.
Kedua, seorang yang bersembahyang setelah mendapat gelaran haji akan lebih ta’at beribadah, dibanding sebelum menunaikan haji. Di Tanah Suci ia telah dilatih untuk ta’at beribadah, termasuk salat berjamaah.
Ketiga, seorang haji akan selalu menghindarkan diri dari berbohong dan selalu berlaku jujur dalam kesehariannya.

Keempat, sifat sosialnya meningkat, suka berinfak, dan suka menolong sesama insan.

Apabila keempat sifat dan sikap itu sudah bersebati dalam keperibadian seorang “haji” maka bererti ia telah mendapat “Haji Mabrur”. Tetapi kalau jauh dari sifat dan sikap demikian besar kemungkinan ia tidak mendapat “Haji Mabrur”, tetapi mendapat “haji mardud”, yakni haji yang tidak diterima oleh Allah WTS. Jika diperhatikan individu yang telah menunaikan ibadah haji, secara jujur harus diakui, bahwa mereka belum sepenuhnya mengaplikasikan nilai-nilai ibadah haji yang mereka lakukan di Tanah Suci. Masih ada “haji” yang suka menyakiti hati orang, masih ada haji yang sombong, yang bangga dengan predikat hajinya. Juga terdapat sebahagian “para haji” yang malas untuk pergi ke masjid untuk solat berjamaah. Padahal selama di Mekkah dan Madinah mereka rajin ke Masjidil Haram, atau ke Masjid Nabawi. Antara indikator individu yang berjaya mendapat haji mabrur ialah:
i. Patuh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT, patuh melaksanakan sholat, konsekuen membayar zakat, sungguh-sungguh membangun keluarga sakinah mawaddah dan wa rahmah, selalu rukun dengan sesama umat manusia, sayang kepada sesama makhluk Allah SWT.
ii. Konsisten meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT, terutama dosa-dosa besar, seperti syirik, riba, judi, zina, khamr, korupsi, membunuh orang, bunuh diri, bertengkar, menyakiti orang lain, khurafat, bid'ah dan sebagainya.
iii. Gemar melakukan ibadah wajib, sunat dan amal shalih lainnya serta berusaha meninggalkan perbuatan yang makruh dan tidak bermanfaat.
iv. Aktif dan berkorban memperjuangkan Islam, berda'wah kepada Islam dan istiqamah serta sungguh-sungguh dalam melaksanakan amar ma'ruf dengan cara yang ma'ruf, disamping melaksanakan nahi munkar tidak dengan cara yang munkar.
v. Memiliki sifat dan sikap terpuji seperti sabar, syukur, tawakkal, tasamuh, pemaaf, tawadhu dan lain-lain.
vi. Malu kepada Allah SWT untuk melakukan perbuatan yang dilarang-Nya.
vii. Semangat dan sungguh-sungguh dalam menambah dan mengembangkan ilmu pengetahuan terutama ilmu-ilmu Islam.
viii. Bekerja keras dan tekun untuk memenuhi keperluan hidup dirinya, keluarganya dan dalam rangka membantu orang lain serta berusaha tidak membebani dan menyulitkan orang lain.
ix. Cepat melakukan taubat apabila terlanjur dalam melakukan kesalahan dan dosa, tidak membiasakan diri serta proaktif dengan perbuatan dosa, tidak mempertontonkan dosa dan tidak selesa dalam setiap aktiviti insan yang berdosa.
x. Bersungguh-sungguh memanfaatkan segala potensi yang ada pada dirinya untuk menolong orang lain dan menegakkan "Izzul Islam wal Muslimin".

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]