Sunday, November 30, 2008

Ibadah Haji Membentuk Proses Pembinaan Insaniah Yang Solihah

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ (٢٧)لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ (٢٨)ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ (٢٩)ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَأُحِلَّتْ لَكُمُ الأنْعَامُ إِلا مَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الأوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ (٣٠)حُنَفَاءَ لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ (٣١)ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ (٣٢)
27. "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu Dengan berjalan kaki, dan Dengan menunggang berjenis-jenis unta Yang kurus Yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) Yang jauh.
28. "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara Yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka Dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); Dengan Yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang Yang susah, Yang fakir miskin.
29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) Yang tua sejarahnya itu".
30. Itulah Yang wajib dipatuhi; dan sesiapa Yang menghormati hukum-hukum Allah maka Yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. dan Dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali Yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik Yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan Yang dusta, -
31. (Amalkanlah perkara-perkara itu) Dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengannya; dan sesiapa Yang mempersekutukan sesuatu Yang lain Dengan Allah maka seolah-olah Dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat Yang jauh (yang membinasakan).
32. Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar ugama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.
Apabila ayat dia pastinya ada dikalangan kita yang berasa Ya Allah, sedihnya hati kami, kerana tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya masih belum mampu untuk menziarahi istana Mu Kaabah, yang terletak di Makkatul Mukarromah untuk menunaikan ibadah haji, rukun Islam yang kemuncak yang sangat menguntungkan itu. Belum layakkah kami untuk bersama Mu di istana suci. Tempat lahirnya para Anbiya Mursalin, sahabat Tabiin, Siddiqin, Syuhada, Muqarrobin dan Solihin itu? Agaknya kami masih jahat, lalu Dikau pun belum sudi memanggil sebagai tetamu Mu!. Namun percayalah wahai kekasih agung, hati-hati kami berazam keras untuk menebus kekurangan ini dengan melakukan apa jua yang patut untuk kami juga dapat keberuntungan dan pahala haji, sekalipun kami tidak pergi haji. Dalam sejarah memang ada ceritanya orang-orang yang tidak pergi menunaikan haji pada tahun itu, tapi berjaya dapatkan pahala haji. Moga-moga Ya Allah, kami mampu menempah sejarah itu juga dengan keizinan-Mu.
Untuk itu biarlah di musim haji ini kami mengenang-ngenangkan sesuatu berkait dengan ibadah haji dengan segala hikmah rahsia dan selok beloknya. Moga-moga harapan untuk dapat keuntungan haji mampu menjadi kenyataan.
Haji Kemuncak Ibadah
Rukun iman dan rukun islam adalah pelembagaan hidup lahir dan batin orang-orang yang cintakan Tuhan. Sepertilah rukun negara bagi orang yang cintakan negara. Gabungan kedua-dua rukun ugama ini, bila di amal, dihayati dan di perjuangkan sungguh-sungguh akan lahirkan patriot agama yang bertaraf muttaqim atau siddiqin, muqarrobin, paling tidak solihin yakni orang bertaqwa yang begitu dekat dengan Allah. Mereka adalah orang-orang Tuhan yang kekuatannya 1 orang Tuhan sama dengan 10 yang bukan.
Hal ini berlaku melalui satu proses pembinaan insaniah yang cukup profesional, sistematik dan intensif yang diprogramkan melalui rukun Islam yang 5.
Kalimah Syahadah
Bermula dengan mengucap dua kalimah syahadat. Bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Seseorang pun mulalah melihat Allah sebagai tujuan dan cita-cita hidupnya dengan berpandukan cara hidup Nabi Muhammad SAW. Cita-cita lain seperti hidup untuk kaya, hidup untuk berilmu, hidup untuk enjoy, hidup untuk berjawatan dan lain-lain lagi yang semuanya merupakan penyakit cinta dunia yang ditaja oleh nafsu dan syaitan, mula ditinggalkannya. Sebab dia faham bahawa prinsip hidup untuk Tuhan akan dengan sendirinya menundukan dunia untuk juga di seretkan kepada Tuhan. Status dunia hanya sebagai alat bukan matlamat. Syaitan dan nafsu tidak layak dijadikan Tuhan. Darjat mereka telah rendah bahkan bertaraf musuh Tuhan. Kalimah syahadah adalah pemisah antara golongan yang bertuhankan nafsu dengan golongan yang bertuhankan Allah . Bagi orang yang benar-benar faham dan menghayati. Hamba nafsu matlamatnya dunia. Hamba Allah matlamatnya akhirat. Maka dari sinilah orang-orang seseorang orang Tuhan untuk bertolak ke destinasinya.
Rukun Islam Yang Kedua Sembahyang.
Calon-calon patriot ugama, dipanggil Tuhan 5 kali sehari menghadapnya diupacara sembahyang. Panggilannya melalui azan dan iqamah cukup tegas dan jelas. Dengan maksud bahawa tiada dibesarkan dan tidak di taati melainkan Allah. Maka mengadaplah si hamba dengan ikrar dan perilaku yang membawa maksud lagi bahawa hidup mati hanya untuk Allah dengan tidak membesarkan dan tidak mentaati melainkan Allah. Hari demi hari jadi kian meneballah rasa bertuhan dan rasa kehambaan si calon. Makin tinggilah kemanusiannya, makin haluslah akhlaknya dan makin membaralah semangat juangnya untuk menjadi khalifah Allah, membela nasib seluruh hamba-hamba Allah di muka bumi ini.
Rukun Islam Yang Ketiga Dan Keempat Puasa Dan Zakat.
Bagaimana rukun ini berperanan?
Cinta mesti dibuktikan. Yakni mesti mampu menahan diri dari keinginan-keinginan nafsu yang lahir dan yang batin, demi sumpah hidup untuk Allah. Dan mesti mampu mengorbankan hak, atas nama cinta dan sumpah yang sering diikrarkan. Maka puasa dan zakat adalah buktinya. Kedua-duanya adalah proses pembersihan lahir dan batin untuk seorang wira tuhan yang bakal memasuki gelanggang perjuangan bersama Tuhan. Dengan puasa dan zakat seorang jadi cukup kebal bagi mempertahankan status hamba Allah bilamana diserang oleh Tuhan-tuhan palsu yakni nafsu dan syaitan. Firman Allah:Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata.
Ya, nafsu dan syaitan sangat berhajat untuk menjadikan seluruh manusia dan hamba-hamba mereka hamba nafsu dan syaitan. Namun Allah, melalui puasa dan zakat sangat menarik manusia agar menjadi hamba Allah. Rukun Islam Yang Kelima Ialah Kemuncak Ibadah Iaitu Haji.
Maka tibalah giliran upacara kemuncak bagi proses pembinaan rasa hamba dan rasa bertuhan dalam diri hamba Allah. Sekaligus terbakar hanguslah usaha-usaha nafsu dan syaitan membina mazmumah dalam diri-diri, bilamana manusia telah melalui proses kemuncak ini, haji adalah pengunci materi rohaniah manusia daripada dapat diganggu gugat lagi oleh nafsu dan syaitan. Ia pelengkap dan penyempurna proses pembangunan insaniah untuk manusia layak menjadi orang tuhan samada menjadi Muqarrobin, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Di mana untuk upacara kemuncak itu mereka-mereka yang layak dipanggil khusus ke Istana raja, untuk disematkan bintang-bintang kebesaran tadi. Haji selaku ibadah kemuncak, pelengkap rasa hamba dan rasa bertuhan, maka Allah, raja bagi segala raja-raja memanggil khusus orang-orangnya untuk ke Istana Agung. Tepat pada tarikh 10 Zulhijjah di sana orang-orang Tuhan ditabalkan rohaniah mereka ke martabat-martabat yang Allah sendiri tetapkan untuk mereka. Orang ini, bila pulang ke tanah air pasti akan berubah watak dan sikapnya. Jadi lebih baik dari sebelum. Hingga orang ramai perasan akan perubahannya.
Demikianlah rukun Islam dapat memalaikatkan manusia. Tiap-tiap satu dengan fungsinya masing-masing, membekalkan rasa hamba dan rasa bertuhan kepada roh manusia. Memang fungsi ibadah yang utama ialah untuk roh manusia merasa hamba kepada Allah sekaligus roh merasa dia ada Tuhan yang sentiasa bersamanya. Rasa kehambaan dan rasa bertuhan itu saling lazim-melazimi, tidak mungkin bercerai. Jika rasa bertuhan tajam , rasa kehambaan menebal, kalau rasa bertuhan tiada atau tipis, maka rasa hamba juga ikut tidak ada. Kedua-duanyalah yang dikatakan taqwa. Mungkin, syahadah dapat membekalkan 10 % rasa taqwa, sembahyang 50 %, puasa 20 %, zakat 10% dan haji 10 %.
Begitulah besarnya peranan rukun Islam sebagai rukun hidup seorang hamba Allah, satu sama lain kuat menguatkan. Sepatutnya orang Islam kalau mahu jadi bangsa yang kuat ambillah rukun Allah ini sebagai rukun hidup, rukun perjuangannya, rukun negaranya. Barulah bangsa kita boleh maju menandingi Amerika, Jepun, Eropah, Korea dan lain-lain dari segi tamadun lahiriah.
Saudara-saudara tetamu Allah sekalian,
Umat Islam yang kuat itu ialah kuat taqwanya, jitu perpaduannya dan selaras fikiran serta tindakannya. Tamadun lahir hanya sebagai tambahan dan sokongannya. Dan ini hanya dibuat bilamana dalam dada-dada mereka penuh tebal rasa hamba dan rasa bertuhan. (Takut dan cintakan Tuhan) hasil mengamalkan rukun iman dan Islam. Sebab hanya dengan rasa-rasa inilah akan tercabutnya rasa sombong, pemarah, riyak, ujub, bakhil, tamak, dengki, mementingkan diri, dendam, gila kuasa, salah guna wang dan lain-lain. Yang mana semua mazmumah inilah yang menjadi punca pecah belahnya orang Islam hari ini. Kalaulah sifat negatif ini sudah musnah oleh rasa hamba dan rasa bertuhan, yang dibangunkan oleh rukun Islam maka automatik manusia akan memiliki sifat-sifat positif atau mahmudah seperti sabar, redha, tawakkal, merendah diri, pemurah, timbang rasa, pemaaf, meminta maaf, bertolak ansur, kasih sayang, rasa bersama dan kerjasama, semua mahmudah ini amat penting, menjadi punca untuk manusia dapat bersatu padu dan selaras dalam bertindak dan berfikir. Dan dapat benar-benar berlaku jujur berkhidmat kepada seluruh manusia. Tanpa taqwa, mustahil manusia dapat disatukan secara hakiki dan praktikal. Perpaduan-perpaduan palsu yang dibuat-buat dan hidup berpura-pura telah terbukti gagal membina tamadun bangsa sampai ke hujung. Semuanya bubar di tengah jalan. Hanya taqwa yang boleh menjamin orang Islam untuk dibantu Allah, menjadi empayar yang mampu menaungi bangsa-bangsa lain di dunia. Jiwa yang sudah diseal atau dimateri dengan mahmudah, akan menarik dan mempengaruhi semua orang sekalipun orang bukan Islam untuk menerima kepimpinan mereka. Kebaikan akhlak mereka dalam mengendalikan urusan-urussan hidup cukup manawan hati hingga semua orang sanggup taat dan hormat dengan sistem hidup yang mereka bawa.

Ibadah Haji dan Fiqh Aulawiyyat

Ibadat haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan. Ia berbeza dengan ibadah-ibadah lain seperti solat dan puasa. Selain memerlukan kekuatan fizikal dan mental, ia juga memerlukan kepada pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, berpisah dengan keluarga tercinta, sanak saudara, sahabat handai, meninggalkan kampung halaman, menahan kemahuan nafsu dan sebagainya. Firman Allah S.W.T
فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (ال عمران: ٩٧)
Maksudnya: "Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliannya; di antaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah. Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk". (Ali Imran: 97)
Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jemaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadah tersebut, maka diharapkan ibadat haji yang dilaksanakan itu mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah S.W.T. dengan memperolehi haji yang mabrur.

Ibadat haji hanya diwajibkan sekali sahaja seumur hidup bagi seseiapa yang mampu. Walau bagaimanapun, rukun Islan inilah yang sering diabai dan dilupakan oleh segelintir umat Islam. Firman Allah S.W.T.
وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ( الحج: ٢٧ )
Maksudnya: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nascaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh". (al-Hajj: 27)
Ibadat haji harus dikerjakan berulang kali bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan cukup syarat-syaratnya. Walau bagaimanapun, menurut ulama ibadah haji itu wajib dikerjakan hanya sekali seumar hidup berdasarkan dari hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Ahmad.

"عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏"‏ أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ فَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ الْحَجَّ فَحُجُّوا. "فَقَالَ رَجُلٌ أَكُلَّ عَامٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَسَكَتَ حَتَّى قَالَهَا ثَلاَثًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم" لَوْ قُلْتُ نَعَمْ لَوَجَبَتْ وَلَمَا اسْتَطَعْتُمْ - ثُمَّ قَالَ - ذَرُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِكَثْرَةِ سُؤَالِهِمْ وَاخْتِلاَفِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَىْءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَىْءٍ فَدَعُوهُ."
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. telah bersabda di dalam khutbahnya: "Wahai sekalian manusia! Sesunggunya Allah telah mewajibkan kepada kamu haji. Oleh itu, kerjakanlah ibadat haji. Seorang lelaki bertanya: "Adakah (dikerjakan haji) pada setiap tahun?" Baginda diam tidak menjawab, sehingga lelaki itu mengulang-ulang pertanyaannya sebayak tiga kali, selepas itu barulah Baginda menjawab dan bersabda: "Jika aku katakan "ya", nascaya wajiblah ia (setiap tahun) dan kamu tidak akan berdaya melakukannya. Kemudian Baginda menjawab lagi: "Peliharalah apa yang telah aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya ia telah banyak membinasakan orang-orang sebelum kamu disebabkan pertanyaan mereka dan menyalahkan Nabi-Nabi mereka. Sekiranya aku memerintahkan sesuatu, maka kamu ambillah (sekiranya kamu mampu) dan apabila aku melarang daripada melakukanya, maka kamu tinggalkanlah". (riyawat: Imam Muslim dan Imam Ahmad)

Berdasarkan hadis di atas, ulama' telah sepakat mengatakan bahawa ibadat haji wajib dikerjakan hanya sekali seumur hidup. Jika dikerjakan berulang kali, maka haji yang kedua dan seterusnya itu dikira sunat.

Ulama' juga telah sepakat mengatakan bahawa ibadat haji tidak wajib dikerjakan dengan bersegera. Walau bagaimanapun, sunat tidak melambatkan ibadat tersebut bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan telah cukup syarat-syarat yang diwajibkan kepadanya. Bagi yang mempunyai kemampuan, janganlah ditangguhkan lagi. Janganlah ditunggu ke hari tua. Bersegera dalam membuat amal kebajikan itu adalah suatu perkara yang dituntut oleh Islam sebagaimana firman Allah S.W.T.
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ ( المائدة: ٤٨)

Maksudnya: "Oleh itu berlumba-lumbalah (bersegera) kamu membuat amal kebajikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu berselisihan padanya.” (al-Maidah: 48)

Persoalan besar timbul dalam masyarakat Islam ialah terdapat sebilangan umat Islam yang kaya dan berkemampuan berulang kali menunaikan fardhu haji dengan menghabiskan perbelanjaan yang besar. Ketika mengulas isu haj yang berulang-ulang khususnya dari segi keutamaan atau afdhaliyyat atau aulawiyyat, seorang ulama' terkenal iaitu Dr. Syeikh Yusof Qardawi mengatakan bahawa adalah lebih afdhal wang ringgit itu dibelanjakan di jalan Allah S.W.T, bersedekah, membantu untuk urusan dakwah atau membayar zakat dan menjelaskan hutang sesama manusia.

Beliau juga menjelaskan bahawa lebih baik mereka memberi peluang kepada orang lain menunaikan ibadat haji daripada terus menunaikannya berulang kali kerana menjaga kepentingan dan mengelakkan kesulitan serta kesesakan kepada jemaah haji di Tanah suci Mekah. Harus diingatlah bahawa menutup pintu kerosakan lebih baik daripada melakukan kebaikan.

Di samping itu juga, ibadat itu tidaklah terhad, malah ianya meliputi ibadah wajib dan sunat. Kenapa sebahagian ummat Islam hanya tertumpu menunaikan ibadah haji ini berulang kali? Sedangkan mereka membiarkan golongan fakir miskin, saudara mara atau jiran hidup di dalam kesusahan. Sebenarnya, bersedekah atau memberi sumbangan menjadi satu kewajipan kepada orang kaya membantu golongan-golongan tersebut yang dalam kesusahan.
Selain itu juga, adalah lebih baik mereka menginfaqkan wang ringgit untuk tujuan kebajikan seperti membina sekolah-sekolah agama, institusi-institusi pendidikan Islam, membantu negara-negara Islam yang susah dan sebagainya. Selanjutnya waspadalah janganlah sampai terperangkap membantu musuh-musuh Islam atau agen-agennya yang cuba merosakkan agama Islam dan umatnya. Kesediaan orang kaya dan yang berkemampuan membantu golongan-golongan yang susah adalah bukti kekuatan iman seseorang yang sanggup mengorbankan harta kesayangan demi kepentingan Islam dan umatnya di seluruh dunia.

Namun, kesemuanya itu bergantung kepada niat seseorang dan sesungguhnya melakukan amal kebaikan lain adalah lebih baik daripada menunaikan ibadat haji berulang kali kerana manfaatnya sentiasa berpanjangan dan untuk kebaikan orang ramai khususnya umat Islam, di samping mendapat pahala yang sangat besar daripada Allah S.W.T di akhirat kelak.

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ، الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ ( التوبة: ١٩- ٢٠ )

Maksudnya: "Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan ibadat haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum jemaah haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan merka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah at-Taubah ayat : 19)

Saturday, November 29, 2008

Haji Mabrur : Ganjarannya Syurga



وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ اِلاَّ الْجَنَّةُ
“Haji mabrur itu tidak ada balasannya kecuali surga.” (riwayat: al-Bukhari)

Haji mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah S.W.T. seiring dengan peningkatan amal ibadat seseorang setelah menunaikan ibadat haji ters Ibn Kholawaih mentakrifkan al-Mabrur sebagai al-Maqbul iaitu diterima atau sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Pendapat ini kemudiannya ditarjih oleh Imam Nawawi dengan pendapat itu (tidak bercampur dosa). Imam Nawawi mengatakan bahawa orang yang mendapat haji mabrur ialah orang yang tidak mencampur adukkan amalan dan tindakan dalam kehidupan seharian serta ibadahnya dengan sesuatu perkara yang berdosa selepasa melaksanakan ibadah haji.
Haji mabrur berada dalam kedudukan yang paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa sahaja yang menunaikan ibadah tersebut. Lebih-lebih lagi, ibadat haji menjanjikan ganjaran yang sangat besar daripada Allah S.W.T di akhirat kelak. Rasulullah saw menyebut:
عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه اَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ الْعُمْرَةُ اِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ اِلاَّ الْجَنَّةُ ‏‏ (رواه: البخارى)
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a, Bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Satu umrah dengan umrah yang lain adalah penghapus dosa, dan haji mabrur (diterima) amalannya, tidak dibalas baginya melainkan dengan Syurga". (riwayat: al-Bukhari)
Oleh itu, ganjaran besar ibadat haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapainya dengan begitu mudah. Sebaliknya mereka perlu mengharungi berbagai-bagai kesukaran dan cabaran di samping memerlukan kekuatan iman dan taqwa. Bagaimana untuk mencapai haji mabrur tersebut? Pada prinsipnya, haji mabrur boleh dicapai dengan melaksanakan beberapa amalan. Diantaranya ialah;
Pertama: Ibadat haji yang dilaksanakan itu hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T dan tidak riak atau menunjuk-nunjuk serta berbangga-bangga kepada orang lain.
Kedua: Semua perbelanjaan haji adalah daripada sumber yang halal.
Ketiga: Melakukan rukun dan fardhu haji dengan memenuhi syarat dan sempurna.
Keempat: Melakukan ibadat haji dengan taat, jujur dan ikhlas.
Kelima: Beristiqamah dengan terus menerus mengamalkan perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam kehidupan seharian.
Perkara yang sering menjadi isu dalam masyarakat ialah terdapat di kalangan jemaah haji yang tingkah laku mereka tidak berubah, masih mengekalkan tabiat akhlak yang bercanggah dengan ajaran Islam. Di antara punca utama mereka tidak mendapat haji mabrur ini ialah kerana masih melakukan maksiat, mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, tidak amanah, tidak mempunyai integriti dan sebagainya. Hakikatnya, kejayaan mencapai haji mabrur berkait rapat dengan keimanan seseorang kepada Allah S.W.T. Berdasarkan pemerhatian, terdapat pertalian yang kuat bahawa mereka yang taat melaksanakan amal ibadah seperti sembahyang, puasa dan zakat mendorong mereka akan mendapat haji mabrur. Demikianlah bahawa kualiti iman seseorang akan menentukan tahap amal ibadah seseorang.
Haji mabrur mempunyai tanda-tandanya yang banyak. Di antaranya adalah hendaknya nafkah (pembiyayaan) haji tersebut dari hasil usaha yang halal karena nafkah menjadi perkara penting dalam kehidupan manusia, lebih-lebih lagi dalam urusan haji. Bahkan disebutkan bahwa jika seseorang naik haji dengan sumber dari hartanya yang halal, maka akan ada penyeru yang berseru, “Bekalmu halal dan kendaraanmu halal, maka hajimu pun mabrur.” Adapun jika dia berangkat haji dari harta yang haram, maka penyeru tadi akan berseru, “La labbaika wala sa’daika. Bekalmu haram dan nafkahmu haram, maka hajimu tertolak tidak mendapat ganjaran.” atau dengan seruan yang semakna dengannya. Jadi, di antara tanda-tanda haji mabrur adalah jika dikerjakan dengan perbelanjaan dari nafkah dan usaha yang halal.

Di antara tanda-tandanya yang lain ialah para jemaah haji mengerjakan manasiknya sesuai dengan tata cara yang disyari’atkan tanpa mengurangi sedikitpun, dan menjauhi segala larangan Allah selama mengerjakan haji.

Selanjutnya apabila mereka pulang dari mengerjakan haji, pengamalan agamanya lebih baik daripada sebelum berangkat, iaitu dia kembali dalam keadaan bertaubat kepada Allah subhanahu wa ta’ala, istiqamah (konsisten) dalam menjalankan ketaatan-ketaatan kepada-Nya, dan terus-menerus dalam situasi seperti itu. Dengan begitu, hajinya menjadi titik tolak baginya kepada kearah kebaikan dan selalu menjadi peringatan baginya untuk memeperbaiki jalan hidupnya.

Menyebut untuk mendapatkan “haji Mabrur” memanglah mudah, tetapi untuk mencapainya bukanlah semudah yang disangka. Mungkin kerana sukar meraihnya, balasan atau pahalanya sangat istimewa, iaitu syurga. Sabda Rasulullah SAW; “Alhajju mabrur laisa lahu jazaa ilal jannah”. (Orang yang memperoleh haji Mabrur, tiada balasan baginya, kecuali syurga”). Lantas timbul pertanyaan, apakah ada jemaah haji yang tidak mendapat “haji mabrur”?. Jawabnya kemungkinan ada adalah tinggi. Sebab ciri orang yang mendapat “haji mabrur” menurut Rasulullah SAW paling tidak ada empat perkara.
Pertama, tutur katanya selalu baik, dan menyenangkan orang lain. Memiliki sifat terpuji seperti sabar,rendah hati (tawaddhu’) dan, pemaaf. Orang yang sudah menunaikan ibadah haji tidak akan mau bertutur kata yang tidak baik, atau menyakitkan hati orang. Ia selalu bersikap rendah hati, tidak sombong, kerana di Tanah Suci disisi Allah SWT semua manusia sama, walaupun mereka seorang penjawat awam, penguasa atau orang kaya.
Kedua, seorang yang bersembahyang setelah mendapat gelaran haji akan lebih ta’at beribadah, dibanding sebelum menunaikan haji. Di Tanah Suci ia telah dilatih untuk ta’at beribadah, termasuk salat berjamaah.
Ketiga, seorang haji akan selalu menghindarkan diri dari berbohong dan selalu berlaku jujur dalam kesehariannya.

Keempat, sifat sosialnya meningkat, suka berinfak, dan suka menolong sesama insan.

Apabila keempat sifat dan sikap itu sudah bersebati dalam keperibadian seorang “haji” maka bererti ia telah mendapat “Haji Mabrur”. Tetapi kalau jauh dari sifat dan sikap demikian besar kemungkinan ia tidak mendapat “Haji Mabrur”, tetapi mendapat “haji mardud”, yakni haji yang tidak diterima oleh Allah WTS. Jika diperhatikan individu yang telah menunaikan ibadah haji, secara jujur harus diakui, bahwa mereka belum sepenuhnya mengaplikasikan nilai-nilai ibadah haji yang mereka lakukan di Tanah Suci. Masih ada “haji” yang suka menyakiti hati orang, masih ada haji yang sombong, yang bangga dengan predikat hajinya. Juga terdapat sebahagian “para haji” yang malas untuk pergi ke masjid untuk solat berjamaah. Padahal selama di Mekkah dan Madinah mereka rajin ke Masjidil Haram, atau ke Masjid Nabawi. Antara indikator individu yang berjaya mendapat haji mabrur ialah:
i. Patuh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT, patuh melaksanakan sholat, konsekuen membayar zakat, sungguh-sungguh membangun keluarga sakinah mawaddah dan wa rahmah, selalu rukun dengan sesama umat manusia, sayang kepada sesama makhluk Allah SWT.
ii. Konsisten meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT, terutama dosa-dosa besar, seperti syirik, riba, judi, zina, khamr, korupsi, membunuh orang, bunuh diri, bertengkar, menyakiti orang lain, khurafat, bid'ah dan sebagainya.
iii. Gemar melakukan ibadah wajib, sunat dan amal shalih lainnya serta berusaha meninggalkan perbuatan yang makruh dan tidak bermanfaat.
iv. Aktif dan berkorban memperjuangkan Islam, berda'wah kepada Islam dan istiqamah serta sungguh-sungguh dalam melaksanakan amar ma'ruf dengan cara yang ma'ruf, disamping melaksanakan nahi munkar tidak dengan cara yang munkar.
v. Memiliki sifat dan sikap terpuji seperti sabar, syukur, tawakkal, tasamuh, pemaaf, tawadhu dan lain-lain.
vi. Malu kepada Allah SWT untuk melakukan perbuatan yang dilarang-Nya.
vii. Semangat dan sungguh-sungguh dalam menambah dan mengembangkan ilmu pengetahuan terutama ilmu-ilmu Islam.
viii. Bekerja keras dan tekun untuk memenuhi keperluan hidup dirinya, keluarganya dan dalam rangka membantu orang lain serta berusaha tidak membebani dan menyulitkan orang lain.
ix. Cepat melakukan taubat apabila terlanjur dalam melakukan kesalahan dan dosa, tidak membiasakan diri serta proaktif dengan perbuatan dosa, tidak mempertontonkan dosa dan tidak selesa dalam setiap aktiviti insan yang berdosa.
x. Bersungguh-sungguh memanfaatkan segala potensi yang ada pada dirinya untuk menolong orang lain dan menegakkan "Izzul Islam wal Muslimin".

Akhlak Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah

1. Pemurah dan suka menderma
Setiap hari baginda memastikan setiap dirham yang dimilikinya didermakan kepada fakir miskin. Malah baginda mencari rezeki sekadara keperluannya sahaja dan yang selebihnya diberikan kepada orang yang berhajat kerana Allah S.W.T.
2. Beradab ketika makan
Apabila makanan sudah tersedia, baginda membaca doa yang bermaksud:
Dengan nama Allah, wahai Tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu nikmat yang disyukuri sehingga kepada nikmat syurga.
Baginda juga tidak suka memakan makanan yang panas kerana sabdanya dalam suatu hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak memberi kita makanan daripada api. Sejukkanlah makanan itu terlebih dahulu.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sentiasa mengamalkan adab-adab ketika makan yang sepatutnya diamalkan oleh orang-orang Muslim.
Rasulullah juga menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan dan sentiasa memilih lauk yang terdekat dengannya terlebih dahulu. Makanan yang paling disukai oleh Rasulullah ialah daging dan buah qana dan minuman yang digemarinya ialah susu kambing. Baginda tidak suka memakan bahagian dalam kambing seperti buah pinggang, pundit air kencing dan daging keras yang tumbuh di bawah kulit kerana sakit. Baginda juga tidak mengambil bawang putih dan bawang besar kerana ia mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Walaupun begitu, baginda tidak pernah merasa jijik terhadap sesuatu makanan itu walaupun baginda tidak menyukainya.
3. Aspek berpakaian
Nabi Muhammad s.a.w. suka memilih pakaian yang berwarna putih. Pakaiannya yang dikenali sebagai jubah menutupi sehingga paras buku lalinya. Baginda mempunyai dua salinan baju khusus untuk solat Jumaat dan pakaian-pakaian lain untuk hari lain. Baginda suka memakai kopiah dibawah ikatan serbannya. Setiap kali memakai pakaian baginda memulakannya dari kanan dan membaca doa yang bermaksud:
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk menutup auratku dan untuk menghiaskan diri di hadapan orang ramai.
Ketika menanggalkan pakaian baginda memulakan dari sebelah kiri.
4. Tutur kata
Rasulullah s.a.w. seorang yang fasih dalam berkata-kata. Tutur katanya dihiasi dengan kata-kata yang manis dan bersopan. Ketika berbicara, baginda menggunakan ayat-ayat yang padat dan lengkap, ringkas dan mudah difahami oleh orang-orang yang mendengarnya. Baginda tidak bercakap jika dirasakan tidak perlu dan hanya meninggikan suara apabila menyatakan sesuatu yang hak dan benar sahaja. Persoalan-persoalan yang dikemukakan pula dijawab dengan jawapan-jawapan dan nasihat yang mudah diterima para hadirin.
5. Sifat berlapang dada dan pemaaf
Baginda Rasulullah s.a.w. juga memiliki sifat berlapang dada dan suka memaafkan orang lain walaupun diberi peluang untuk membalas dendam. Didalam suatu peperangan, seoreang tentera kaum musyrikin berjaya mengugut Rasulullah dan tentera kaum Muslimin dengan berkata: “Siapakah diantara kamu yang dapat menyelamatkan engkau daripada pedangku?” Lantas Rasulullah s.a.w. pun menjawab, “Allah”. Mendengar perkataan itu gentarlah tangan tentera musyrikin itu dan pedang tersebut jatuh daripada tangannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil pedang tersebut sambil berkata, “Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku?” Orang musyrikin itu dengan susah payah menjawab, “Ambillah nyawaku dengan cara yang baik.” Baginda pula berkata kepadanya, “Katakanlah aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku (Rasulullah) adalah pesuruhnya.
Inilah salah satu contoh sifat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa bersifat berlapang dada dan pemaaf.
6. Kasih- sayang
Apabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya atau tidak bertemu di mana-mana, nescaya ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda yang menziarahi kerumah sahabat tersebut tanpa rasa sombong. Malah baginda sembahyang, makan dan duduk bersama para sahabat.
Islam menggariskan hak-hak sesama seagama yang menunjukkan betapa tingginya nilai kasih sayang sesama mukmin sehingga Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehidupan orang-orang mukmin umpama jasad yang satu yang saling merasakan segala yang dirasai dan dideritai oleh saudara seislam.


7. Ibadah
Rasulullah menunjukkan contoh perlaksanaan ibadah sedemikian banyak untuk kita jejaki langkahnya kerana secara fitrahnya, Rasulullah menyukai pengabdian dan ibadah serta merasa senang melakukannya. Sebelum diangkat menjadi Rasul, pernah sehingga sebulan baginda memutuskan semua kesibukan untuk beribadat didalam sebuah gua di luar kota Mekah sehingga disebut para sahabat, baginda senang beribadat, mengabdi dan berkhalwat sejak dari kecil lagi. Begitulah orang-orang yang cerdik berkelakuan.
Baginda bersolat sunat dengan begitu banyak sekali sehingga adakalanya baginda tidak tidur semalaman sehingga bengkak kakinya. Baginda turut berpuasa selang sehari dan berzikir diwaktu jaga dan tidur. Malah baginda digelar sebagai “Al-Qur’an bergerak” kerana Al-Qur’an bukan sahaja dihafal malah dijadikan panduan seluruh kehidupannya.

welcome to my blog...

assalamualaikum
saya aminuddin ruksam al-dawamy
saya baru memulakan blog hari ini
salam ukhuwwah kepada para tetamu dan pembaca

blog ini dibangunkan oleh
putri kesayangan kami
adibah & anisah

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]