Friday, May 22, 2009

Abu Marzuq: Mesir terlibat dua kali tangani pembentukan semula PLO, harap terlibat juga untuk kali ketiga.

Khamis, 21/05/2009 - Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzuq menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh menafikan peranan Mesir yang mendokong isu Palestin. Beliau berharap Mesir dapat menangani isu Pergerakan Pembebasan Palestin (PLO) agar dapat merealisasikan kepentingan rakyat Palestin serta menjaga hak dan kelestarian mereka.

Beliau berkata dalam satu kenyataan khas yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada hari Rabu (20/5): “Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa Mesir sejak dahulu hingga sekarang antara negara terpenting yang mengambil berat tentang isu Palestin. Mesir mempunyai pengalaman terawal tentang isu PLO pada tahun 1964. Mesir lah yang menangani isu Palestin pada tahun 1969 dengan membuat pembentukan baru terhadap PLO. Dan kita juga berharap Mesur juga akan berperanan untuk membentuk PLO sekali lagi.”

Mengenai kenyataan Pengarah Perisikan Mesir, Umar Sulaiman yang mahu memaksakan beberapa bentuk penyelesaian bagi menjayakan dialog nasional Palestin, Abu Marzuq menjelaskan tidaklah pelik jika Mesir mempunyai beberapa sudut pandangan tertentu berkenaan isu Palestin dan ia berusaha untuk merealisasikannya. Tetapi beliau menegaskan bahawa pemaksaan bentuk penyelesaian tertentu terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam dialog adalah suatu yang tidak boleh dilakukan.

Kerana penyelesaian dengan cara ini tidak lahir daripada persetujuan dan kerelaan sepenuhnya serta penerimaan hujah-hujah yang dikemukakan. Ia juga tidak akan merealisasikan kepentingan rakyat Palestin dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam dialog yang memperjuangkan kepentingan tanah air.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Radwan: Serangan terbaru bertujuan ugut Hamas.

Khamis, 21/05/2009 - Hamas memberi amaran kepada pihak Zionis bahawa mereka berhak bertindak balas terhadap serangan dan perbuatan jenayah Zionis ke atas rakyat Palestin. Israel telah melancarkan serangan dari udara ke atas beberapa lokasi di Gaza dan memusnahkan sebuah bengkel besi.

Dr. Ismail Radwan, seorang pemimpin Hamas di Gaza berkata serangan tersebut merupakan satu usaha Zionis untuk mewujudkan suasana tidak tenteram dan merupakan ugutan kepada Hamas agar menerima perjanjian yang berat sebelah yang tidak membuka sempadan, membatalkan sekatan dan menghentikan serangan.

Serangan ini juga usaha untuk mendapatkan persetujuan dari Washington bila ia dilakukan pada masa Netanyahu melawat US.

Abu Ahmed, jurucakap Briged Quds, memberitahu para kumpulan pejuang di Palestin akan bertindak pada serangan tersebut pada masa yang sesuai dan menyeru agar semua kumpulan pejuang bersatu.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous

Ada pengintip yang bekerja dengan Israel.


Khamis, 21/05/2009 - Menteri Dalam Negeri Palestin, Fathi Hammad telah mendedahkan plan Rabu yang “dicanai” oleh kerajaan Palestin di Ramallah dengan tujuan untuk mengganggu kestabilan di Semenanjung Gaza.

Dalam satu temubual dengan Al-Jazeera.net pada Rabu lalu, Hammad menyatakan bahawa kementeriannya telah membongkar beberapa pengintip di Gaza yang bekerja untuk musuh Zionis dan pihak berkuasa Ramallah, sambil menambah kementeriannya telah melakukan yang terbaik bagi menggagalkan rancangan itu dan mengekalkan undang-undang dan kedaulatan di wilayah ini.

“Rancangan itu telah disediakan dan diletakkan dalam laci pihak berkuasa Ramallah bagi menunggu masa sesuai untuk membawa mereka keluar dari Semenanjung Gaza”, tegas Hammad sambil menambah penduduk Palestin sedang menghadapi satu “trend curang” dalam kumpulan Fatah yang bekerja untuk “Israel”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Petani Palestin diserang rejim Zionis semalam.

Rabu, 20/05/2009 - Para peneroka bersenjata Israel telah menyerang petani-petani Palestin yang sedang mengusahakan tanah di kawasan mereka yang terletak antara bandar Nablus, utara tebing barat dan Qalqilia pada Selasa lalu.

Para petani itu berkata peneroka-peneroka itu menyerang mereka dengan baton dan senapang dan sebahagian daripada mereka mengalami kecederaan. Menurut petani itu, serangan itu dilakukan di kawasan terletak pertanian yang berhampiran dengan jalan bagi lalluan para peneroka yang menghubungkan peneroka-peneroka Israel lain di sekitar bandar Nablus dan Qalqilia. Para petani itu menambah peneroka-peneroka itu mengancam akan kembali lagi dan memusnahkan tanah mereka jika petani tersebut datang mengusahakannya

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz79

“Perubahan dan Reformasi”: Kerajaan Fayyad melanggar undang-undang.

Rabu, 20/05/2009 - Blok “Perubahan dan Reformasi” yang mewakili HAMAS dalam Majlis Perundangan Palestin menegaskan kerajaan Fayyad yang dibentuk oleh pihak berkuasa di Ramallah, Mahmoud Abbas dengan dipimpin oleh Salam Fayyad adalah tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan, kerana ia tidak mendapat kepercayaan daripada Majlis Perundangan.

Blok tersebut berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada hari Selasa (19/5): “Angkat sumpah yang dilakukan di hadapan presiden yang sudah tamat tempoh jawatannya adalah tidak bernilai selagi mana ia tidak dibentangkan di hadapan Majlis Perundangan dan ia adalah tertolak dari sudut undang-undang parlimen.” Perlanggaran undang-undang yang dilakukan oleh Abbas merupakan perbuatan memberikan oleh orang yang tidak memiliki apa-apa kepada orang yang tidak berhak menerimanya.

Blok tersebut juga menyifatkan kerajaan tersebut sebagai merampas kuasa pihak berkuasa Palestin. Ia mesti dihadapkan ke mahkamah Palestin sebaik sahaja dibentuk kerana ia melanggar undang-undang Palestin. Blok itu juga menegaskan penerusan kerajaan tersebut menjalankan pemerintahan dianggap sebagai kedegilan dan penerusan dalam perlanggaran undang-undang perlembagaan Palestin, serta penerusan dalam melakukan jenayah perampasan kuasa. Mana-mana keputusan yang diambil olehnya dianggap tidak sah dari sudut undang-undang. Setiap yang membuat keputusan tersebut bertanggungjawab penuh dan boleh dipersoalkan di hadapan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Penduduk haram Israel serang penduduk Palestin di Bandar Lama Hebron.

Rabu, 20/05/2009 - Sekumpulan penduduk Haram Israel menyerang penduduk Palestin di salah satu bahagian di bandar lama Hebron dalam usaha meningkatkan tekanan ke atas rakyat Palestin agar menjadi pelarian dan rumah dan tanah mereka diambil oleh penduduk haram Israel.

Mereka melempar batu dan botol ke arah penduduk Palestin di situ tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous

Monday, May 18, 2009

Koleksi kejam

Oleh Nurul Adlina Kamaludin
adlina@bharian.com.my


GAMBAR (kiri) Alat diletakkan dalam mulut mangsa bagi menyukarkan percakapan. (kanan) Salah satu daripada 252 alatan seksaan yang akan dilelong.

Besi pengunci lidah, kerusi paku jadi bukti azab seksaan lampau

BAYANGKAN keadaan ini - lidah 'dikunci', kulit tubuh disiat dan ditarik, manakala tangan melecur ditekap sarung tangan besi panas yang diletakkan di atas bara api.

Ngeri bukan? Jika kita yang mendengarnya boleh memberi reaksi sedemikian, bayangkan penderitaan serta trauma mangsanya yang melalui proses kejam diseksa atas alasan hukuman serta bagi mendapatkan maklumat yang amat diperlukan.

Inilah azab dialami kalangan suspek dan penjenayah pada abad ke-16 hingga ke-19 yang diseksa menggunakan pelbagai peralatan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada besi, demi memaksa mereka memberi kerjasama.

Kini, penderitaan mereka itu bakal diselami menerusi lelongan peralatan antik itu oleh sebuah syarikat juru lelong Amerika Syarikat, Guernsey’s Auction.

Bukan satu atau dua, malah sejumlah 252 artifak alat seksaan, buku dan dokumen mengenainya yang berusia ratusan tahun itu dan bernilai sekurang-kurangnya RM10.5 juta, dapat dilihat menerusi acara lelongan koleksi yang belum ditetapkan tarikhnya. Apa yang menarik, bahan artifak itu disifatkan sebagai koleksi peralatan seksaan terbanyak di dunia, setakat ini.

Presiden Guernsey's Auction, Arlan Ettinger bersama koleksi alatan seksaan berusia ratusan tahun yang bakal dilelong.

Antara peralatan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada besi padu dan masih kukuh sehingga ke hari ini ialah alat pengunci lidah, rantai lengan ditusuk besi tajam, kerusi paku, pedang pancung, sarung tangan besi yang digunakan bagi membakar tangan serta topeng besi berat yang menyukarkan mangsa mengangkat kepala.

Peralatan yang dibuat bertujuan menyebabkan kesakitan bukan sementara, sebaliknya kekal. Kesakitannya pula boleh dirasai hampir ke seluruh badan serta anggota penting - dari kepala, mulut, tangan, kaki dan tubuh.

Koleksi itu sebelum ini dikatakan hilang pada awal abad ke-19. Ia kemudian ditemui selepas Perang Dunia Kedua apabila seorang lelaki Norway yang dihukum tentera Jerman, memperoleh koleksi berkenaan dan membawanya ke Amerika.

Lelaki yang identitinya dirahsiakan pihak Guernsey mati pada 1970-an dan koleksi itu terus diwarisi anggota keluarganya selama beberapa generasi.


Apa yang menarik, biarpun tarikh lelongan masih belum diputuskan, berita mengenai acara itu mendapat perhatian ramai selepas publisiti meluas mengenainya dilaporkan media antarabangsa, baru-baru ini.

Malah, acara itu mendapat perhatian kerana muncul di tengah-tengah kesedaran ramai berhubung taktik seksaan kejam yang mencabuli hak asasi manusia, khususnya kontroversi taktik digunakan Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), seperti kaedah melemaskan suspek atau ‘waterboarding’.

Acara lelongan itu juga hanya mengetengahkan hakikat yang sudah pun diketahui ramai - penggunaan taktik kejam, perit dan menyeksakan itu yang sudah wujud sejak sekian lamanya.

Pameran koleksi alat seksaan itu pula bukan kali pertama diadakan kerana pernah mendapat perhatian ramai menerusi pameran bergerak di sekitar Eropah selain dipamerkan di New York pada 1893.

Selaras peredaran masa serta nilai sejarah dan ciri kejamnya menyebabkan ia dengan mudah bernilai jutaan ringgit. Malah, keunikan koleksi itu turut diakui Presiden Guernsey Auction, Arlan Ettinger yang dipetik sebagai berkata:

“Peralatan ini sememangnya dihasilkan untuk mendatangkan kesakitan. Ia memang kejam. Kita mungkin tertarik dengan fungsinya, tetapi bayangkan trauma serta kesakitan dialami mangsa. Ringkasnya, ia menarik, tetapi kejam.”

Malah siapa sangka, imej peralatan besi yang kelihatan sudah berkarat itu pernah merakam jeritan dan kesakitan mangsa yang biarpun meronta, tetapi tetap diseksa.

Kesannya pula bukan sedikit tetapi ciri-ciri pada alatan besi itu menunjukkan matlamat utamanya ialah mencetuskan kesakitan yang amat sangat pada hampir ke seluruh badan dan anggota penting - dari kepala, mulut, tangan serta kaki.

Selain peralatan besi itu, sebagai bukti sejarah peranannya sebagai alat seksaan lampau, koleksi itu turut didatangkan dengan buku yang merakam senario penyeksaan dilakukan.

Tidak ketinggalan, maklumat pendaftaran pengunjung pada pameran sama di England dan Jerman yang diadakan pada abad ke-18.

Keunikan lain koleksi itu ialah tujuan acara lelongan itu bukannya bagi meraih keuntungan semata-mata, tetapi lebih penting menyemarak dan meningkatkan kesedaran mengenai kesan dan kesengsaraan hasil penggunaan taktik dan peralatan kejam sedemikian.

Pada masa sama, ia juga bertujuan mengutip sumbangan dengan sebahagian hasil lelongan itu didermakan kepada pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International serta badan bukan kerajaan yang menentang kekejaman taktik ganas sedemikian.

Mungkin pelik bagaimana peralatan yang bukan setakat menyeksa, malah turut meragut nyawa mangsa dipancung, boleh menyumbang kepada soal kesedaran mengenai taktik kejam ini.

Tetapi inilah bukti selagi ada usaha, sudah pasti nilai murni kemanusiaan sejagat dapat diterapkan biarpun menerusi acara lelongan yang menyelami kekejaman lampau.

'Pengintip, pengkhianat dan pencuri paling banyak dihukum'

TAKRIFAN seksaan ini merujuk kepada kesakitan fizikal atau mental yang dilakukan ke atas individu bagi tujuan menghukum atau mendapatkan maklumat. Selain dimaki hamun, pelbagai peralatan turut dicipta bagi memberikan kesakitan melampau ke atas individu berkenaan.

Pada Zaman Pertengahan yang diketahui sebagai era tidak bertamadun, kaedah seksaan paling kerap dilakukan ke atas mereka yang didakwa sebagai pengintip, pengkhianat serta pencuri.

Dokumen sejarah menyatakan, jika kesalahannya serius, mereka boleh dihukum bunuh dan hukuman seperti gantung, lazimnya dibuat di kawasan terbuka bagi menjadi peringatan kepada penduduk.

Antara kaedah popular bagi memaksa mangsa mendedahkan maklumat ialah menggunakan kerusi khas yang ditusuk dengan senjata tajam serta roda gergasi bagi menggantung mangsa.

Beberapa kaedah yang digunakan bagi melakukan seksaan ke atas mangsa pada Zaman Pertengahan ini. Ia termasuk:

  • Mencabut gigi/kuku
  • Memukul/belasah
  • Membutakan mata
  • Merendam kaki atau tangan dalam air panas
  • Mencekik
  • Mencacatkan badan
  • Melemaskan tahanan atau mangsa
  • Disebat/dirotan
  • Mengerat alat sulit
  • Membiarkan tahanan kelaparan
Antara lokasi seksaan, selain kawasan terbuka atau tempat tumpuan awam ialah di bahagian bangunan yang lebih tersembunyi. Ini seperti di bahagian bawah tanah istana atau bangunan penjara.

Qaradawi Akan Bela Iran Jika Diserang AS

Ulama kelahiran Mesir yang cukup diperhitungkan di dunai internasional, Syaikh Yusuf Qaradawi menyatakan akan memberi dukungan pada Iran untuk mempertahankan program nuklirnya dan akan berpihak pada Iran jika AS dan sekutunya Israel, menyerang negara republik Islam itu.

"Semua negara, termasuk Iran, punya hak membangun program nuklirnya untuk keperluan damai. Jika Washington mengobarkan perang dengan Teheran, kita selayaknya membela Iran," kata Syaikh Qardawi seperti dilansir surat kabar al-Watan.

Qaradawi yang juga mengetuai Asosiasi Cendikiawan Muslim Internasional ini juga mengatakan bahwa Sunni secara keseluruhan mengakui Iran yang mayoritas penduduknya Muslim Syiah, sebagai negara Islam. Meski demikian, ia tetap mengkritik Teheran yang dianggapnya sedang berupaya menyebarkan doktrin Syiah ke Timur Tengah. Tudingan yang dibantah Iran.

Syaikh Qaradawi satu suara dengan Iran yang menuntut agar para pejabat AS dan Israel harus diadili karena telah melakukan kejahatan perang di sejumlah negara Muslim. Secara khusus, Qaradawi mengecam Mahkamah Kriminal Internasional yang bersikap diam melihat kejahatan perang AS di Irak dan kejahatan perang Israel di Gaza, Palestina.

Qaradawi menegaskan bahwa mantan presiden AS, George W. Bush harus diseret ke pengadilan atas invasinya ke Irak yang telah menewaskan ratusan ribu rakyat sipil di Irak. Hal serupa juga harus dilakukan terhadap mantan PM Israel, Ehud Olmert yang telah melakukan kejahatan perang di Gaza. (ln/prtv) http://www.eramuslim.com/berita/dunia/qaradawi-akan-bela-iran-jika-diserang-as.htm

Sekuleris Turki Tuntut Erdogan Mundur

Ankara, Ahad (17/5) kemarin, ribuan warga Turki kubu sekuleris yang berseberangan dengan pemerintah turun ke jalan-jalan dalam serangkaian aksi unjuk rasa yang terbilang besar, guna menuntut Perdana Menteri Recep Tayep Erdogan turun dari jabatannya.

Mereka menuntut Erdogan turun dari jabatannya sebagai PM negeri itu karen dipandang pemerintahannya bertentangan dan berseberangan dengan prinsip sekulerisme negara Turki modern.

Situs Mafkarah Islam mengabarkan, lebih dari 20 ribu pendukung kubu sekuleris turun ke jalan-jalan sambil membawa bendera Turki dan membawa poster, beberapa di antaranya adalah "Turki sekuler dan selamanya akan tetap sekuler."

Unjuk rasa tersebut kemudian berpusat di bundaran Tandocan yang terdapat di tengah kota, dekat dengan lokasi mausoleum Mustafa Kemal Ataturk, bapak sekulerisme sekaligus pendiri Republik Turki modern.

Para pendukung sekuleris memiliki kecurigaan yang besar terhadap Erogan dan pemerintahnnya dari AK Parti (Partai Keadilan dan Pembangunan) yang berhaluan Islami tengah menjalankan upaya islamisasi Turki secara perlahan-lahan. (mi/L2)

Moussa: Tidak ada alternatif selain perlawanan.

Isnin, 18/05/2009 - Setiuasaha Agung Liga Arab, Amr Moussa mengatakan bahawa bahaya besar sebenarnya di kawasan Timur Tengah adalah program nukleur Israel. Beliau menekankan bahawa tahun ini merupakan kesempatan terakhir bagi perdamaian dan Arab akan terus menjaga inisiatif di atas meja perundingan.

Moussa mengatakan dalam sebuah forum tentang “Masa depan perdamaian di Timur Tengah” ala-ala World Economic Forum yang dijalankan diJordan, Ahad (17/5) bahawa tahun ini merupakan kesempatan terakhir bagi perdamaian dan Arab akan terus menjaga inisiatif di atas meja perundingan.

Menjawab pertanyaan berkenaan alternatif yang harus diambil oleh Arab apabila perdamaian tidak dicapai, Moussa mengatakan: “Tidak ada alternatif untuk perdamaian kecuali perlawanan.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Adwan: Rakyat Palestin tidak setuju pemberian warganegara Asing.

Isnin, 18/05/2009 - Dr. Atef Adwan Deputi, pemimpin Hamas menegaskan bahawa rakyat Palestin akan menggagalkan semua cadangan memberi warganegara asing yang dicadangkan oleh Mahmoud Abbas. Adwan menyatakan bahawa rakyat Palestin telah lama hidup dalam “nakbah” kepahitan sejak pengusiran tahun 1948.

Beliau turut menyebutkan rakyat Palestin sedang menunggu hasil dialog yang mempertahankan hak-hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah/halaman mereka. Adwan turut mengingatkan bahawa hak pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka adalah hak yang sah dan tidak mungkin tunduk dengan sebarang perjanjian yang tidak bermanfaat.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Friday, May 15, 2009

Tentera rejim Zionis mengaku merampas rumah.

Jumaat, 15/05/2009 - Sumber Israel melaporkan Rabu lalu bahawa seorang askar mengaku telah merampas sebuah rumah di bahagian utara Semenanjung Gaza sewaktu serangan terbaru Israel Selasa lalu.

Askar itu ditangkap bersama dengan seorang lagi askar minggu lepas, dan satu jurucakap tentera menyatakan tindakan askar itu “tidak sejajar dengan dasar tentera Israel”. Askar lain telah dibebaskan selepas pengakuan pertama itu. Unit penyiasatan tentera Israel berkata ia menerima aduan akhir bulan lalu dan mula menyiasat mengenai isu itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]