Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN-AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Saya Aminuddin Ruskam al-Dawamy ingin mengucap selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada keluarga saya, rakan-rakan, sahabat dan taulan serta seluruh kaum muslimin.

Bersempena dengan kemustajabnya doa pada bulan ini sudilah kiranya pihak pengunjung blog saya ini mendoakan saya dan keluarga agar Allah mengampunkan dosa kami, diberikan bimbingan taufiq, keikhlasan, dan sentiasa istiqamah pad jalan yang redhaiNya. Dijauhkan dari sifat-sifat yang dimurkaiNya dan jiwa yang leka dengan pelbagai ujian dunia. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.

Saya dengan penuh harapan memohon kepada Allah agar direzekikan sifat sabar, qanaah, khusyuk dan jiwa yang sentiasa tunduk kepada kebesaranNya.

Sudilah para pengunjung doakan saya sedemikian untuk ramadan kali ini, sebagai tanda terima kasih kepada web ini -jika ada- ataupun atas persahabatan, ataupun atas kasih sayang sesama muslim.

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI & MEMBERIKAN KEBAIKAN YANG SAMA KEPADA SEMUA PARA PEMBACA & SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN.

Aminuddin Ruskam al-Dawamy

Friday, July 29, 2011

Risalah Mursyid: Ramadan bulan perubahan

Perutusan dari Prof. Dr. Mohammad Badi’ – Mursyidul Am Ikhwan Muslimin

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah saw, dan selepas ..

Syaaban menyiapkan umat untuk Ramadan:

Sepatutnya umat Islam melalui hari-hari terakhir bulan Syaaban yang kini sudah membawa kita ke ambang Ramadan, ialah dengan melakukan seperti apa yang dilaporkan oleh Imam Ahmad dari Anas bin Malik yang menyatakan perbuatan Rasulullah saw pada bulan Syaaban, beliau berkata: "Bahawa nabi sangat menyukai berpuasa di bulan Syaaban," Sebabnya telah dinyatakan sendiri oleh baginda saw dalam sabdanya seperti yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:

"... ia adalah bulan di mana amalan-amalan diangkat kepada Tuhan sekalian alam, saya amat menyukai sekiranya ketika amalan ku diangkat, aku sedang berpuasa" ,

Justeru bulan Syaaban adalah musim penutup kepada lembaran anda dan tuaian amalan anda tahun ini. Rasulullah sangat mengagungkan bulan ini kerana ianya sebagai pengenalan kepada bulan Ramadan. Oleh itu Syaaban adalah medan untuk berlumba-lumba dalam amal-amal yang baik dan mengembeleng ketaatan sebelum tiba bulan ‘al-Furqan’. Allah telah memperlihatkan segala kebaikan di bulan Syaaban kepada anda sebelum ia berlalu. Menurut Abu Bakr al-Balkhi: "Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Syaaban adalah bulan mengairi tanaman, dan bulan Ramadan adalah bulan menuai tanaman."

Oleh itu, Rasulullah saw pernah bersabda (bermaksud):

"Inilah bulan yang sering diabaikan orang"

Ini kerana bulan Syaaban adalah seperti pintu pagar yang membawa kita ke bulan Ramadan. Juga kerana Ramadhan adalah bulan di mana pintu-pintu Syurga dibuka, seperti yang diberitakan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya (bermaksud):

"Apabila tiba bulan Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan dibelenggu." (Bukhari),

Oleh itu, bulan Syaaban adalah bulan latihan dan pemantapan tarbiyah dan rabbani; supaya seorang individu itu layak untuk melakukan ketaatan pada bulan Ramadan, kerana di bulan ini terkandung program pemantapan tarbawi yang dapat dilakukan oleh orang Islam pada bulan Syaaban sebagai persediaan untuk bulan Ramadan yang penuh berkat:



"Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadan"

Ini adalah sebahagian dari doa Nabi saw:

" Ya Allah berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. "

Pada ambang Ramadan:

Inilah bulan Ramadan, yang semakin hampir ketibaannya dengan penuh sinar, harum, kebaikan dan kesucian, di mana Ramadan datang untuk mendidik manusia supaya memiliki kekuatan kemahuan dan kehebatan perubahan dalam menanggung kesukaran, dan kemenangan ke atas rintangan dan kesulitan hidup. Nabi Muhammad saw seringkali mengucapkan tahniah kepada para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadan dan menyampaikan khabar gembira dan berkata kepada mereka:

Sesungguhnya Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan”. " (Riwayat Ahmad).

Ramadhan dan Perubahan

Bersedia untuk mengubah jiwa individu, umat dan bangsa adalah isu penting masa kini, bahkan ianya salah satu ketetapan Allah (sunnatullah) dalam alam semesta. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11)

Oleh itu, perubahan sesuatu keadaan tidak mungkin berlaku dengan angan-angan dan cita-cita semata-mata, tetapi mestilah dengan kerja yang serius dan bersungguh-sungguh, niat yang ikhlas dan akhlak yang teguh. Bulan Ramadan yang mulia ini adalah peluang sebenar untuk perubahan, kerana terdapat program yang praktikal untuk membaiki jiwa dan hati, dan permulaan sebenar dalam pembinaan umat:

“Jangan anda katakan: Dari mana untuk saya mula kerana mentaati Allah mesti bermula
Jangan anda katakan: Esok baru saya nak mula kerana mungkin akan datang hari terakhir anda”

Justeru, Ramadan adalah bulan perubahan, kerana berlaku perpindahan spiritual dan fizikal yang membaiki keadaan kita dan mengubah dalam diri kita. Perubahan positif memerlukan kita semua kepada kemahuan yang bergelora, keazaman yang kuat dan mengejar perubahan. Firman Allah SWT (bermaksud):

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183).

Jika kita tidak merebut peluang di bulan perubahan ini, kita sebenarnya terlepas peluang untuk seumur hidup, kerana perubahan bererti berterusan di atas kebenaran dan suatu revolusi kepada kepalsuan, penipuan, ucapan sia-sia dan kedustaan. Menurut Rasulullah saw (bermaksud):

Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya. " (Bukhari),

dan Nabi saw bersabda (bermaksud):

"Tidaklah hanya berpuasa dari makan dan minum, tetapi berpuasa dari ucapan sia-sia dan lucah. Jika seseorang mengherdik kamu atau orang jahil mengeji kamu katakanlah: “Saya berpuasa, saya berpuasa" (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan disahihkan oleh Albani),

Namun semua ini hanya dari orang yang jujur ​​dengan Khaliq. Justeru Allah akan membenarkan apa yang beliau lakukan.

Di antara hasil perubahan terbesar pada bulan Ramadan: Penyerahan kepada hukum (undang-undang) Allah, dan pelaksanaan perintah dan syariat-Nya supaya seorang individu mencapai ketakwaan kepada Allah dalam semua keadaan, kerana bulan Ramadan dengan sifat semula jadinya mengubah kehidupan secara keseluruhan sebagai penjamin untuk membuat perubahan dalam kehidupan individu dan keluarga melalui program-programnya yang ‘rabbani dan istimewa.

Malah di antara bentuk perubahan pada bulan Ramadan: ketelitian, komitmen dan penyusunan masa. Anda lihat seluruh umat duduk di hadapan hidangan berbuka sementara menunggu makluman waktu berbuka melalui media, dan umat seluruhnya menegah dirinya daripada makan, minum dan hubungan seks mulai waktu Imsak, dan lihat seluruh umat berada dalam satu soff semasa solat, qiam dan Terawih; di mana jelas tergambar bagi setiap pemandangan dari atas atau dari jauh tentang pemandangan umat yang berada dalam suatu sistem, ketelitian dan susunan.

Salah satu waktu perubahan yang paling menarik dalam bulan Ramadhan: waktu berbuka tidak boleh dilengahkan dan tidak ditangguhkan walaupun satu minit. Rasulullah saw telah menjelaskan dalam sabdanya (bermaksud):

"Umatku akan terus dalam kebaikan selagi menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur."

, yang mengesahkan hubungan rapat antara Ramadan dan umat secara keseluruhannya.

Di antara peristiwa perubahan yang paling lengkap pada bulan Ramadan: kita memelihara nikmat Allah kepada kita dengan melakukan revolusi rakyat dan meraih hasilnya. Kepantasan perubahan yang telah berlaku dan sedang berlaku sebagai tanda kekuasaan Allah ialah pelaksanaan undang-undang alam pada kadar kemampuan manusia. Inilah peluang yang telah tiba pada bulan Ramadan; untuk melaksanakan revolusi rakyat Arab dan memperolehi kemerdekaan mereka. Perubahan secara aman yang diingini rakyat dan kesedarannya yang berterusan mengenai revolusi dan terus memeliharanya walaupun masih menghadapi cabaran. Ini semua adalah hasil perancangan Allah semata-mata, yang telah mengejutkan Barat dan Timur, sepertimana telah mengejutkan ahli politik dan ahli-ahli fikir Islam dan lain-lain.

Salah satu pendirian perubahan yang paling kuat dalam bulan Ramadan: Memecahkan halangan takut dan gerun, yang menekankan bahawa kuasa sebenar untuk meminta pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah. Dengan itu para diktator dan rejim zalim tidak boleh menghambakan rakyat kita sekali lagi dan tidak boleh mengenakan pelbagai jenis ketidak-adilan dan kezaliman, kerana mempraktikkan firman Allah SWT (bermaksud):

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. (Al-Qashash: 5-6)

Akhirnya, Ramadan adalah bulan perubahan dan pembaikan untuk umat:

Salah satu lambang terbesar yang menyumbang kepada penyatuan umat Arab dan Islam dengan semua negara, mazhab, bahasa dan adat; di mana semua bersetuju dengan semua umat Islam di seluruh dunia bahawa berpuasa pada bulan Ramadan adalah fardu yang wajib di dalam rukun Islam.

Di bulan Ramadan umat mengambil berat soal mengeluarkan zakat harta; di mana ianya dapat menyumbang dalam merawat masalah pengangguran dan jenayah dalam masa yang sama, juga menyumbang kepada berakhirnya kemiskinan sejagat. Statistik menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada satu bilion seratus juta (1,100,000,000) orang miskin dan sangat miskin di dunia.

Di bulan Ramadan umat Islam mengeluarkan Zakat al-Fitr kepada orang yang memerlukan dan tidak memerlukan, untuk mewujudkan’takaful’ yang sebenar. Ini merupakan sesuatu yang diperkukuhkan oleh lebih daripada 130 ayat-ayat dalam al-Quran, dan beratus-ratus hadith nabi dalam menggalakkan untuk menderma dan mengorbankan harta kepada orang yang memerlukan miskin sama ada Islam atau tidak.

Ramadan menekankan kemerdekaan umat yang memiliki ciri-ciri tertentu dalam menghadapi serangan globalisasi yang menyeru kepada kemusnahan nilai dan akhlak, kerana umat Islam mempunyai sifatnya yang tersendiri, Allah SWT telah berfirman (bermaksud):

“dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". (Al-Baqarah: 138).

Bulan Ramadan mengingatkan kita beberapa kemenangan umat dalam lipatan sejarahnya. Dua kemenangan yang paling besar pada zaman Nabi ialah Perang Badar dan penaklukan Makkah berlaku dalam bulan Ramadhan, pembukaan Al-Andalus yang diketuai oleh Tariq ibn Ziyad adalah pada 28 Ramadan 92 Hijrah, dan Pertempuran yang bernama Ain Jalut, di mana Mongol telah dikalahkan berlaku pada 15 Ramadan 658 Hijrah. Begitu juga Allah telah memberikan kemenangan pada 10 Ramadan pada tahun 1383H (6 Oktober 1973) ke atas Zionis perampas tanah dan tempat suci kita. Ini menepati janji Allah SWT yang telah berfirman (bermaksud):

“dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” (Ar-Rom: 47),

Justeru, marilah kita jadikan Ramadan sebagai bulan perubahan supaya kita lebih dekat dengan pertolongan Allah yang sentiasa dekat. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya?" Katakanlah: "Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!" (Al-Isra’: 51).

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya.
Dan Allah adalah Maha Besar dan segala pujian hanya bagi Tuhan.

Monday, July 25, 2011

Membuktikan Diri Muslim Di Hadapan Allah


Seorang muslim perlu selalu melakukan muhasabah (introspeksi). Terutama ia harus periksa adakah dirinya telah memenuhi kriteria seorang beriman sejati? Dan untuk itu ia mesti membuktikan bahwa dirinya merupakan seorang muslim di hadapan Allah سبحانه و تعالى . Bukan di hadapan manusia lainnya. Muslim-mukmin sejati pasti mengharapkan pengakuan dari Allah سبحانه و تعالى bukan dari sesama manusia, bahkan bukan pengakuan dari dirinya sendiri.

Di dalam bukunya, Anshari Ismail menulis sebagai berikut:

“Yang perlu kita lakukan hanyalah membuktikan diri bahwa kita ini seorang muslim. Muslim yang dikehendaki oleh Allah سبحانه و تعالى , bukan muslim yang kita kira sendiri. Karena kita adalah hamba Allah سبحانه و تعالى bukan hamba diri sendiri. Karena kita mengharap ridha Allah سبحانه و تعالى bukan ridha diri sendiri. Oleh karena itu, untuk membuktikan bahwa kita seorang muslim, maka kita harus ber-Islam dengan caranya Allah سبحانه و تعالى bukan dengan cara kita sendiri. Tetapi bagaimana ber-Islam dengan cara Allah سبحانه و تعالى ?” (“Jalan Islam-Transformasi Akidah dalam Kehidupan” – Anshari Ismail - AnNur Books Publishing 2008 – hlm 7)

Dewasa ini, tidak sedikit kaum muslimin yang ber-islam menurut kemauannya sendiri atau kemauan orang lain. Sehingga ia membuat kriteria sendiri siapa yang disebut muslim. Dan karena kriteria itu adalah buatannya sendiri, maka cenderung disesuaikan dengan keinginan pribadi. Misalnya, dia menganggap dirinya muslim bila sudah mengucapkan dua kalimat syahadat, tanpa memandang perlu memahami konsekuensinya. Dia kira hanya dengan sudah mengucapkan secara lisan dua kalimat syahadat berarti seseorang sudah pasti terpelihara dari api neraka dan masuk surga. Dia berlindung di balik hadits seperti:

مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Barangsiapa yang mengucapkan: “Tidak ada ilah (yang berhak disembah) selain Allah” (laa ilaaha illa Allah), niscaya dia masuk surga.” (Tirmidzi 2562) Shahih

Sedangkan Syaikh Abu Abdurrahman Al-Atsari menulis sebagai berikut:

“Ada pula beberapa hadits yang serupa. Banyak dari mereka menganggap bahwa mengucapkan dua kalimat syahadat sudah cukup menetapkan sifat Islam dan berhak masuk surga meskipun tidak mengerjakan sholat, melakukan perbuatan mungkar, menghina Allah سبحانه و تعالى RasulNya صلى الله عليه و سلم dan ayat-ayatNya, menyekutukan Allah سبحانه و تعالى dengan sesuatu yang tidak mempunyai kekuasaan, memberikan loyalitas kepada musuh-musuh Allah سبحانه و تعالى dari kalangan Yahudi dan Nasrani serta orang-orang komunis, menerapkan hukum-hukum kafir, UUD jahiliyah bagi manusia, melarang sebagian aturan-aturan Islam dan memeranginya, seperti jihad fii sabilillah, sebagaimana yang terjadi di negeri kaum muslimin hari ini. Jelas itu hanya terjadi pada orang bodoh atau orang pandir yang membela para thaghut, yang tumbuh sejak kecil hingga tua di atas aturan itu...” (“Al-Haqq wal-Yaqin fi ‘Adawat At-Tughat wal-Murtaddin” – Abu Abdurrahman Al-Atsari – media Islamika 2009 – hlm 17)

Mengucapkan dua kalimat syahadat memang merupakan bentuk resmi seseorang dikatakan memeluk agama Islam, namun sekadar mengucapkannya tidak serta-merta menjadikan seseorang menjadi mukmin sejati. Ia perlu membuktikan dirinya melalui berbagai pengalaman di dalam hidupnya agar jelas terlihat bahwa antara ucapan di lisan, pembenaran di dalam hati dan pembuktian dengan segenap anggota tubuh ada keselarasan dan hilanglah pertentangan antara satu bagian dengan bagian lainnya. Semua itu perlu didukung dengan ilmu dan amal. Oleh karenanya Allah سبحانه و تعالى berfirman bahwa setiap orang yang mengaku muslim perlu diuji agar jelas apakah pengakuannya jujur atau dusta.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا

الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (QS Al-Ankabut 2-3)

Seorang muslim pasti mengalami aneka ujian dari Allah سبحانه و تعالى . Terkadang ujian berupa kesulitan dan terkadang berupa kesenangan. Semua ujian tersebut dimaksudkan untuk menyingkap jenis muslim seperti apakah diri kita masing-masing. Apakah kita termasuk seorang muslim jujur, yang berarti masuk ke dalam kelompok mukmin sejati. Inilah di antaranya golongan yang digambarkan Allah سبحانه و تعالى di dalam surah Al-Kahfi:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ

جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلا خَالِدِينَ فِيهَا لا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلا

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.” (QS Al-Kahfi 107-108)

Ataukah termasuk jenis muslim pendusta. Dan jika termasuk pendusta, maka ia dapat masuk ke dalam kelompok munafiqun yang digambarkan Allah سبحانه و تعالى seperti berikut:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

“Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.” (QS Al-Baqarah 8-9)

Di samping itu, seorang muslim pendusta bisa masuk ke dalam golongan musyrikin yakni orang-orang yang mempersekutukan Allah سبحانه و تعالى .

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلا وَهُمْ مُشْرِكُونَ

“Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain).” (QS Yusuf 106)

Ada lagi kemungkin ketiga yaitu seorang muslim pendusta masuk ke dalam golongan kaum murtaddun (orang-orang yang murtad). Dia divonis keluar dari Islam karena telah melakukan pelanggaran yang termasuk kategori nawaqidh al-iman (pembatal keislaman).

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ

وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَلا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman.” (QS At-taubah 65-66)

Muslim pendusta yang masuk ke dalam golongan munafiqun, musyrikun maupun murtaddun merupakan golongan yang sungguh merugi. Sebab mereka pada hakikatnya tidak bisa disebut orang beriman. Mereka bakal kekal selamanya di dalam neraka.

Mengenai kaum munafiq Allah سبحانه و تعالى bakal menempatkan mereka di dalam neraka yang paling buruk siksaannya:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.” (QS An-Nisa 145)

Sedangkan kaum musyrikin Allah سبحانه و تعالى jelaskan keadaan mereka sebagai orang-orang yang tidak diterima segenap amal yang telah mereka kerjakan, betapapun banyaknya kebaikan, amal sholeh maupun amal ibadah yang telah dikerjakannya.

لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Sungguh, bila kamu berbuat syirik, niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” (QS Az Zumar 65)

Adapun kaum murtaddin, maka mereka menjadi sama kedudukannya dengan orang kafir. Sebab mereka rela meninggalkan iman dan malah memilih untuk menjadi kafir. Allah سبحانه و تعالى menggambarkan mereka sebagai berikut:

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ

أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

“Barang siapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (QS Al-Baqarah 217)

Oleh karenanya di dalam sejarah Islam terdapat banyak contoh dimana Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم dan para sahabat utama memperlakukan orang yang secara status muslim namun diperlakukan sebagai orang di luar Islam. Orang-orang itu mengucapkan dua kalimat syahadat. Namun mereka telah dinilai keluar dari agama Islam karena terlibat dalam pelanggaran yang dikategorikan sebagai nawaqidh al-iman (pembatal keislaman).

Salah satunya ialah yang dijelaskan oleh Ibnu Katsir di dalam kitab Tafsirnya ketika membahas surah An-Nisa ayat 65:

“Dua orang lelaki yang berselisih datang menemui Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم lalu beliau memutuskan tidak bersalah kepada fihak yang benar di atas fihak yang salah. Fihak yang diputuskan bersalah tidak mau menerima dan berkata kepadanya: “Saya tidak terima!” Kemudian yang satunya bertanya: “Lalu apa maumu?” Ia menjawab: “Kita pergi ke Abu Bakar Ash-Shiddiq!” Merekapun pergi. Orang yang diberi keputusan tidak bersalah berkata kepada Abu Bakar: “Kami telah mencari keadilan kepada Nabi صلى الله عليه و سلم lalu aku diberi keputusan tidak bersalah.” Abu Bakar lalu berkata kepadanya: “Kamu berdua harus menerima apa yang telah diputuskan oleh Rasulullah صلى الله عليه و سلم .” Akan tetapi yang satunya tidak mau menerima. Keduanya kemudian menemui Umar bin Khattab, lalu orang yang diberi keputusan tidak bersalah berkata: “Kami telah mencari keadilan kepada Nabi صلى الله عليه و سلم lalu aku diberi keputusan tidak bersalah tetapi yang satunya tidak mau menerima.” Mendengar permasalahan ini lalu Umar bertanya kepadanya dan dijawab benar adanya. Umar kemudian masuk dan pergi lagi membawa pedang terhunus di tangannya. Lalu orang yang tidak mau menerima keputusan Rasulullah صلى الله عليه و سلم tersebut ditebas lehernya..!” Maka turunlah ayat sebagai berikut:

فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ

ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (QS An-Nisa 65)

Subhanallah...! Sungguh luar biasa firasat Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu. Beliau dapat mendeteksi kekafiran di dalam diri orang yang tidak kunjung dapat menerima keputusan yang telah diambil oleh Rasulullah صلى الله عليه و سلم padahal telah dikonfirmasi kebenarannya pula oleh sahabat Abu Bakar Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu. Bayangkan, Allah سبحانه و تعالى memerlukan untuk bersumpah atas nama diri-Nya sebagai Rabb. Allah سبحانه و تعالى berfirman mengawali ayat di atas dengan firmanNya: “Maka demi Rabbmu”. Artinya, Allah سبحانه و تعالى sangat serius ingin menjelaskan raibnya iman pada diri seorang yang mengaku muslim namun ia (1) tetap enggan menjadikan Rasulullah صلى الله عليه و سلم sebagai hakim, lalu (2) tetap merasa keberatan dalam hatinya terhadap keputusan Rasulullah صلى الله عليه و سلم dan (3) tidak menerima dengan sepenuhnya keputusan Rasulullah صلى الله عليه و سلم tersebut.

Kejadian di atas merupakan satu saja dari sekian banyak contoh generasi awal ummat Islam yang tidak mudah terkecoh menilai seseorang sebagai muslim hanya dengan mengandalkan bahwa orang tersebut telah mengucapkan secara lisan dua kalimat syahadat.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Wahai (Allah) Dzat yang membolak balikkan hati teguhkanlah hatiku berada di atas agamamu.” (Tirmidzi - 2066) Shahih

Jalan Lapang Bagi Kehidupan

oleh Aid Abdullah al-Qarni

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ ﴿١٩﴾

"Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu." (QS. Muhammad [47] : 19)

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٦٥﴾ بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُن مِّنْ الشَّاكِرِينَ ﴿٦٦﴾

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi), niscaya akan hapus amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi. Oleh karena itu, hendaklah Allah saja, yang kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur." (QS. Az-Zumar [39] : 65-66)

Yaitu ajaran tauhid yang ditafsirkan oleh Nabi Shallahu alaihi wassallam dalam aktivitas kehidupannya. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Allah Ta'ala melalui firman-Nya yang menyitir kata-katanya:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿٨٠﴾

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." (QS. Asy-Syu'ara [26] : 80)

Dalam shahih Bukhari disebutkan bahwa Ibnu Abbas r.a mengatakan firman-Nya :

حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ﴿١٧٣﴾

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung." (QS. Ali-Imran [3] : 173)

Ibrahim alaihis sallam mengucapkannya saat dilemparkan ke dalam api, maka Allah menjadikan api itu sejuk dan kesalamatan baginya. Nabi Muhammad Shallahu alaihi wassalam telah mengucapkannya saat orang-orang munafik mengatakan kepadanya sebagaimana yang disitir oleh firman-Nya:

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ﴿١٧٣﴾

Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerangkamu, karena itu takutlah kepada mereka, maka perkataan itu justeru menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung". (QS. Ali Imran [3] : 173)

Ajaran tauhid bukan sekadar mengucapkan "laa ilaaha illalloh", kemudian amal perbutan disuatu sisi, sedangkan "laa ilaha illahoh" di sisi lain yang berseberangan.

Memang banyak orang mengucpkan "laa ilaaha illahoh", tetapi karena mengingkari pemahamannya, mereka tidak terpengaruh olehnya dan cahaya "laa ilaahaa illalloh" tidak mereka realisasikan dalam kehidupannya. Mereka mengucapkannya, kemudian menjauhi masjid. Mereka mengucapkan "laa ilaahaa illalloh", tetapi makan dari riba, berpakaian dari riba, minum dari riba, dan mengambil dengan cara riba, kemudian seseorang diantara mereka mengangkat kedua tangannya seusai shalat dan berdo'a; "Ya Tuhanku! Ya Tuhanku," sedang perutnya dipenuhi dengan riba.

Di manakah "laa ilaaha illalloh"?

Mereka mengucapkan "laa alaaha illalloh", kemudian mengingkari hijab, meninggalkan, dan menolaknya. Seorang wanita keluar rumahnya, dia mengugcapkan "laa ilaaha illalloh", sedang amalnya bertolak belakang dengan prinsip "laa ilahaa illlalloh". Dia keluar memamerkan perhiasan dan kecantikan serta menanggalkan kehormatan, iman, dan rasa malunya kepada laki-laki fasiq, suka melacur. Kita pun tidak dapat mengadu, selain hanya kepada Allah.

Sesungguhnya ajaran "laa ilaaha illalloh" dalam kehidupan para shahabat pada masa lalu mempunyai makna tersendiri, cahaya, dan cita rasa yang lain. Di kalangan para shahabatlah terdapat contoh-contoh yang benar dalam mengimplementasikan makna "laa ilaaha illallalloh", yaitu kamu korbankan jiwa dan ragamamu hanya kepada Yang Maha Tunggal lagi Maha Esa, Allah SWT.

إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١١١﴾

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) dari Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu." (QS. At-Taubah [9] : 111)

Makna "la ilaaha illalloh" menurut ulama salaf ialah janganlah Anda melewatkan satu shalat pun di dalam masjid selama Anda kuat lagi mampu.

Berikut ini adalah Sa'id ibnul Musayab, salah seorang tabi'in, dalam sekaratul mautnya dia bersumpah dengan nama Allah seraya mengatakan, "Tidaklah sekali-kali muadzdzin menyerukan adzannya sejak 40 tahun yang silam, melainkan aku telah berada dalam masjid".

Kami katakan, "Wahai Sai'id sesungguhnya telah didapati di kalangan kaum muslim orang-orang yang tidak mengenal masjid. Jika mereka datang ke masjid, maka dengan sikap riya', pamer, dan basa-basi."

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ﴿٥٩﴾

"Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan." (QS. Maryam [19] : 59)

Wahai Ibnul Musayyab, sesungguhnya al-Qur'an yang dahulu biasa dibaca di rumah-rumah kaum Muhajirin dan kaum Anshar, sekarang telah berubah karena telah diganti di kebanyakan rumah menjadi nyanyian asmara, suara dawai, musik, gitar, gendang, dan gitar. Kami pun hanya bisa mengadu keadaan kami kepada Allah Ta'ala.

Rasulullah Shallahu alaihi wassalam mengirimkan pasukan ke gelapan malam dan mereka mengangkat dua orang shahabat untuk piket, yaitu Ammar ibnu Yasir dan Abbas ibnu Bisyr. Keduanya diberi tugas untuk menjaga pasukan yang sedang berjuang di jalan Allah di kegelapan malam, sedang Rasulullah Shallahu alaihi wassalam telah bersabda, "Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka, yaitu mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang semalaman berjaga di jalan Allah." (HR. Tirmidzi)

"Dan mata yang menghindar dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah".

Akan tetapi, pada masa sekarang terdapat ribuan mata, saat hati mereka kosong dari "laa ilaaha illalloh", mengumbar penglihatannya melihat hal-hal yang diharamkan, lupa kepada Tuhan yang menguasai bumi dan langi, yang pandangan-Nya kepada hamba lebih cepat daripada pandangan hamba kepada kemaksiatan.

Peliharalah kedua matamu, jika memperlihatkan kepadamu aib suatu kaum. Katakanlah kepadanya, "Hai mata, orang lain mempunyai banyak mata!"

Abbas ibnu Bisyr dan Ammar Ibnu Yasir pun bangkit untuk piket jaga. Ammar berkata kepada Abbad, "Apakah engkau jaga di permulaan malam hari atau penghujungnya?". Abbad menjawab, "Aku piket di permulaan malam hari". Abbad pun bangkit untuk melakukan piket dan jaga.

Dalam tugas jganya Abbas senbaru melakukan shalat dan menangis. Ketika musuh mengirimkan anak panah kepadanya saat ia sedang shalat, ia mencabut anak panah yang mengenai dirinya dan melanjutkan shalatnya.

Mereka mengirimkannya lagi untuk kedua kalinya dan ia langsung mencabutnya, dan mereka mengirimkannya lagi untuk ketiga kalinya. Iapun mencabut sendiri. Ketika darahnya banyak yang keluar, ia mempersingkat shalatnya dan bersalam. Lalu ia memanggil Ammar seraya berkata, "Hai Ammar, sekarang giliranmu jagamu. Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak disembah selain Dia. Seandainya aku tidak kawatir terbunuh, karena musuh nanti akan masuk, tentulah aku tidak akan memutuskan shalatku, meskipun harus mati".

"Kami berasal dari kaum yang bila diseru untuk mengerjakan shalat, mereka tetap menghadapkan wajahnya ke arah Ka'bah, dan menyerukan takbirnya bersama dengan ar-Ruhul Amin, meskipun peperangan membasahi bumi dengan darah merah segar".

Akan tetapi, sesudah generasi ini datanglah satu kaum yang meninggalkan shalat shubuh, kecuali mereka yang dirahmati oleh Allah. Wallahlu'alam.

Sunday, July 03, 2011

Syariat Islam..memberi kebahagiaan dan bukan menyusahkan


Oleh: Dr. Muhammad Mahmud Mansur

Firman Allah:

“Wahai manusia, sesungguhnya pelajaran (al-Quran) telah datang kepada mu dari Tuhan mu, penyembuh bagi penyakit dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. Katakan (Muhammad), dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaknya dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan”. (Yunus: 57-58)

Abu Bakar Al-Jazairi menyatakan bahawa manusia diberi hidayah melalui cahayaNya, diberikan pertolongan dan disempurnakan akal, akhlak, ruh dan dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Firman Allah:
“Taha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepada mu (Muhammad) agar engkau menjadi susah”. (Taha: 1-2)

Al-Qurtubi menghuraikan bahwa Al-Quran ialah ‘tangga’ yang membawa kepada kejayaan dan factor kepada kebahagiaan seluruhnya, sedangkan menolak al-Quran ialah factor kepada kebinasaan seluruhnya.

Imam Ibn Qayyim di dalam Madarij Salikin mengungkapkan: Allah SWT menamakan perintah dan laranganNya sebagai wasiat, perjanjian, pengajaran dan rahmat. Allah tidak menyebutnya dengan nama taklif (bebanan) melainkan dari segi penafian seperti firman Allah:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya”. (Al-Baqarah: 286)

Dari manakah datangnya perkataan “bebanan” (taklif) dan “orang yang dibebankan” (mukallaf)? Ia sebenarkan perkataan ilmiah yang digunakan oleh para sarjana untuk membezakan antara orang yang telah baligh dan orang yang belum baligh dalam urusan duniawi dan ukhrawi. Namun bukan bermakna hukum syarak adalah penuh dengan ikatan dan hukuman!! Bagi kita maksud sebenar perkataan taklif ialah penghormatan, kemuliaan dan ketinggian pada pandangan Allah kepada makhluknya.

Setengah hadith nabi kadang-kadang difahami dari sudut yang kurang tepat seperti yang paling terkenal, sabda nabi:

“Jalan ke syurga dipenuhi dengan perkara yang dibenci (susah) dan jalan ke neraka dipenuhi perkara yang digemari”. (Muslim).

Setengah sarjana tersalah memahamkan maksud hadith bahwa sifat siddiq, amanah, setia, adil, syura, kebebasan, kekuatan, ilmu, amal, produktiviti, pekerjaan, keuntungan, berbuat baik dan sebagainya merupakan akhlak yang baik yang memberi kebahagiaan kepada orang yang melaksanakannya di dunia yang penuh dengan perkara yang dibenci. Namun pada pandangan saya, kita tidak perlu mengambil maksud tersebut kerana kemungkinan setengah sarjana menyatakan begitu sesuai dengan zaman mereka ketika umat Islam jauh daripada akhlak-akhlak ini yang menyebabkan mereka merasa sukar dan berat untuk menghayatinya.

Di antara maksud hadith ini ialah galakan dan kecintaan kepada kebaikan dan menolak keburukan, kerana darjat yang tertinggi di syurga ialah orang yang bergiat cergas bukan orang yang malas atau melakukan keburukan. Orang yang bergiat cergas mencintai perbuatan baik kerana bertepatan dengan fitrahnya. Orang yang mengisi hidupnya dengan kebaikan akan merasai kebahagiaan, mendapat keuntungan, diberi kerehatan dan menghilangkan perasaan susah semasa melaksanakannya sebagaimana yang difahami daripada kenyataan Imam Munawi di dalam Kitab Faidhul Qadir Syarah Jami’ Shaghir: “Menurut Ibn Hajar: “Hadith ini adalah di antara perkataan yang menyeluruh dan balaghahnya yang indah di dalam hal mencela syahwat sekalipun nafsu cenderung kepadanya dan galakan kepada ketaatan sekalipun dibenci nafsunya dan merasa sukar melaksanakannya. Di antara perkara yang dibenci ialah sabar di atas semua jenis musibah.

Syariat Islam mendatangkan kebahagiaan kepada manusia seluruhnya sama ada dalam bentuk syiar atau muamalat. Oleh itu syiar-syiar ialah yang menggerakkan hati dan perasaan seterusnya mendorong akal dan jasad untuk melakukannya hingga merasa bahagia dengan syariat. Hal ini diumpamakan seperti bateri kereta yang berfungsi menambahkan tenaga pergerakannya. Seperti juga solat, yang merupakan penghubung antara manusia dan Khaliq yang menolong manusia dan menguatkan diri dan akal manusia kepada kebaikan dan membersihkan keduanya daripada keburukan.
Firman Allah:

“Sesungguhnya solat dapat mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran”. (Al-Ankabut: 45)

Sabda nabi saw:

“Rehatkan kami dengan ibadah wahai Bilal”. (Abu Daud)

Melalui puasa dapat menguatkan tekad dan azam seperti Firman Allah:

" ..mudah-mudahan kamu bertakwa”. (Al-Baqarah: 183)

Melalui ibadah akan menguatkan kemahuan dan tekad kepada seorang muslim sehingga memperolehi banyak nikmat dan kebahagian… Begitu juga dalam bidang muamalah, sifat siddiq umpamanya mencambah kepercayaan dan ketenangan yang akan mengeratkan perhubungan dan memperolehi keuntungan dan kebahagian dari setiap perbuatannya.
Firman Allah:

“Jikalau mereka benar-benar beriman kepada Allah, pastilah itu yang lebih baik bagi mereka”. (Muhammad: 21)

Sifat adil akan memelihara hak masing-masing dan seterusnya pastilah memberi kebahagian kepada semua.

Oleh itu ajaran Islam adalah agama yang memberi kebahagiaan kepada manusia kerana menyusun dan mengatur semua urusan hidup daripada yang kecil hingga besar, termasuk ekonomi, politik, kemasyarakatan. kesihatan, keilmuan, kewartawanan, ketenteraan, kesukanan, kesenian dan sebagainya.

Firman Allah:

“Kami turunkan Kitab (al-Quran) kepada mu untuk menjelaskan segala seuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim)”. (An-Nahl: 89)

Justeru hidayah, rahmat dan berita gembira kepada para muslimin ialah kesempurnaan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ini kerana di dalam Islam diajarkan bagaimana cara makan, minum, tidur, bangun dari tidur, memakai pakaian, bermain, berkahwin, bekerja, menghasilkan produktiviti, merekacipta, belajar, mengajar, bergaul sesama mereka, saling berkasih sayang, bersahabat, bantu-membantu, nasihat-menasihati, berbincang, mengelakkan perselisihan dan berdamai bila berbeza pendapat dan bertambah kuat ikatan perhubungan...Di dalam Islam juga menerangkan mana yang betul dan mana yang salah, mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang berbahagia dan mana yang berdukacita sejak dari anda lahir hingga anda meninggal dunia supaya anda mengecapi sebaik-baik kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Islam adalah deen iaitu system atau peraturan yang menyediakan kaedah akhlak yang umum supaya anda tidak terkeluar dari ruang lingkupnya dan menikmati kebahagian sebenar. Islam juga menyediakan perincian kehidupan yang mengembangkan kecerdikan akal tentang kebaikan dari Allah dalam bentuk disiplin, peraturan, undang-undang dan sebagainya yang bersesuaian dengan suasana dan keadaan mereka.

Kita lihat seorang peniaga atau usahawan, tidak akan terkeluar daripada akhlak yang membahagiakan kerana dia tidak akan memudaratkan, menipu atau menindas sesiapa pun. Begitu juga dalam bidang politik, ekonomi, ketenteraan, keilmuan, kewartawanan, kesihatan, pekerjaan, kesukanan, keseniaan dan sebagainya.

Jelasnya keistimewaan dan ketinggian Islam ialah rahsia kesejahteraannya kepada semua zaman dan tempat hingga hari Kiamat, kerana prinsip dan dasarnya daripada pencipta alam semesta sedangkan perincian dan huraiannya daripada manusia untuk memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh sebab itu Islam adalah agama penutup kepada umat manusia selepas menempuh pelbagai fasa dengan tujuan untuk merealisasikan manfaat yang lengkap di muka bumi dan menyempurnakan kebahagiaan sebenar yang berterusan hingga hari Kiamat…

Imam Ibn Kathir menghuraikan di dalam tafsirnya tentang “kehidupan yang baik” di dalam ayat:
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah Al-Nahl: 97)

daripada Ibn Abas sebagai kebahagiaan.

Imam Sa’dy di dalam tafsir menyatakan maksud Firman Allah:
“Allah menghendaki kesenangan kepada mu dan tidak menghendaki kesusahan kepada mu”. (Al-Baqarah: 185)

bahawa semua perintah Allah kepada hambaNya dalam ruang lingkup yang mudah bukan susah.

Ayuh wahai para pendakwah yang mengamalkan syariat Islam yang terbukti memberi kebahagiaan dan bukan menyusahkan, supaya menjadikan syariat benar-benar membahagiakan anda, dan kemudian membahagiakan orang yang berada di sekeliling anda. Ayuhlah pendakwah luaskan kecintaan dan penerimaan manusia kepada Islam serta menambah kebahagiaan anda dengan ramainya orang yang berakhlak mulia yang akan memberikan kebaikan kepada anda di dunia dan seterusnya memperolehi pahala yang besar di akhirat.

Terjemahan daripada http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=56507&SecID=360

Pembinaan umat dan dunia seluruhnya mendapat kebahagiaan

Oleh: Dr. Mohamed Mansour

Pembinaan umat bererti suatu pembinaan yang dimulakan dengan pembinaan individu, keluarga, masyarakat, negara, kemudian ummah dan dunia. Pembinaan insan bererti membina emosi, intelek dan fizikal; untuk mendatangkan kebahagiaan kepada seluruh hidupnya dan bukan sebahagiannya. Iaitu kebahagiaan yang sebenar dan mendalam, bukan yang palsu dan cetek. Kemudian memperolehi kebahagiaan dan kegembiraan di hari akhirat dengan melengkapkannya melalui niat yang paling baik dalam semua perkataan dan perbuatan di dunia.

Pembinaan emosi atau jiwa hendaklah dengan cara terus-menerus dihubungkan dengan asal-usul kebaikan dan kehidupan, dengan Tuhan yang telah menjadikannya, Pencipta, Pendidik , Pemberi Rezeki, Penolong dan Pemberi Taufik. Kemudian terus-menerus berpegang teguh dengan akhlak yang mulia dalam semua perkataan dan tindakannya, untuk memperolehi kebahagiaan dan ketenangan di kedua-dua alam, seperti yang difahami daripada sabda nabi Muhammad saw di dalam sebuah hadith yang terkenal daripada Ibn Abbas r.a:

"Peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara engkau, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan engkau, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah..," (sebahagian daripada hadith yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi dan lain-lain).

Pembinaan intelek hendaklah dengan cara terus-menerus bekerja, menghasilkan, menghantar, merancang, mengembangkan, melakukan inovasi dan memperoleh keuntungan dalam perkara yang baik semata-mata, untuk terus menikmati dan menyempurnakan kebahagiaan. Sebaliknya tidak merosakkan daya intelek dengan apa jua kejahatan dan keburukan yang mungkin difikir atau dilakukan, seperti yang difahami dari sabda nabi saw:

"Rebutlah apa-apa yang akan memberi manfaat kepada anda dan mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan berasa lemah… " (sebahagian hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain).

Pembinaan fizikal hendaklah dengan cara mewujudkan keseimbangan dalam menikmati fizikal yang halal, kerana ianya berguna dan membahagiakan, bukan menikmati fizikal yang haram, kerana ianya memudaratkan dan menyusahkan, sebagaimana Allah berfirman:

“dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau.” (Al-A’raf: 3).

Pembinaan keluarga, iaitu pembentukan lelaki dan perempuan yang hanya lengkap tarbiyah dan pendidikannya jika bermula sejak kecil.. Sebuah keluarga terbina di atas dasar:

“perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Ar-Rom: 2),

iaitu atas dasar kecintaan, perbincangan, persefahaman, hubungan yang erat, bertoleransi, bertolak ansur, bekerjasama, berintegrasi,merancang dan memperolehi pendapatan dan semua perkara yang mendatangkan keselamatan dan kebahagiaan kepada generasi yang baru supaya dapat berkembang dengan mudah dan secara spontan dengan sifat-sifat yang baik dan membahagiakan ini, dan juga supaya dia boleh memindahkan dan melimpahkannya kepada masyarakat di sekeliling dengan lancar dan tanpa bersusah payah lagi.

Pembinaan masyarakat, seperti yang difahami dari ayat (bermaksud):

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Al-Baqarah: 128),

Iaitu yang menjadi asas pembentukan keluarga bahagia dan sudahpun dimulakan dengan mendidik anggotanya atas asas etika system Islam, iaitu satu-satunya etika yang melahirkan kebahagiaan yang menyeluruh dan sebenar, seperti yang ditegaskan Allah SWT (bermaksud):

“(maka dengan isi kandungan Al-Quran) itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) (Yunus: 58),

Sedangkan sistem yang lain, kebahagian yang dikecapi kebiasaannya hanya sedikit dan terbatas, malah kebanyakannya hanya merasai kesengsaraan akibat penindasan seperti realiti yang berlaku di hadapan kita.

Kemudian pembinaan institusi-institusi negara, pentadbiran dan kerajaannya, institusi politik, ekonomi, kehakiman, akademik, maklumat, sosial, kesenian, sukan, ketenteraan, polis dan lain-lain .. Pembinaan kepakaran atau pengkhususan tertentu, golongan pakar yang memiliki akhlak dari pelbagai agama dan budaya, kerana mempraktikkan firman Allah (bermaksud):

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” (Al-Qashash: 26),

dan sabda nabi saw (bermaksud):

"Jika anda serahkan urusan sesuatu urusan bukan kepada orang yangberkelayakan, tunggulah masa (kehancuran). " (sebahagian daripada hadith riwayat Bukhari)

Ini kerana orang yang memiliki kepakaran tanpa memperolehi tarbiyah, pada kebiasaannya akan merosakkan kepakarannya seperti realiti yang jelas, Sekiranya mendapat tarbiyah tanpa kepakaran tertentu juga akan merosakkan kerana kekurangan pengalaman atau ketiadaan pengetahuan tentangnya.

Pembinaannya mestilah merujuk atau bersumber kepada akhlak Islam; kerana akhlak Islam adalah satu-satunya rujukan yang lengkap dan menyeluruh yang merangkumi semua rujukan lain, yang tidak boleh diubah dengan apa-apa sebab, kerana akhlak Islam dari Allah yang tidak berubah .. Pembinaan itu merujuk kepada keadilan, kebebasan, perbincangan, perpaduan, kerjasama, penggabungan, identiti, ihsan, ketelitian dan semua akhlak yang menjadikan Negara lebih baik dan lebih sempurna dengan sendirinya dan membahagiakan untuk orang lain.

Allah telah menyatakan tentang rujukan atau sumber yang membahagiakan ini dalam firmanNya (bermaksud):

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisa’:59)

Menurut al-Qattan di dalam kitab tafsirnya: ".. apabila kita meletakkan sesuatu undang-undang atau mahu menghakimi dalam sesuatu kes, kita perlu merujuk kepada Al-Quran. Sekiranya kita tidak menemuinya di dalam al-Quran, maka kita merujuk kepada Sunnah Rasulullah. Jika kita tidak menemuinya di situ, kita hendaklah bertanya kepada pemerintah supaya mereka berijtihad menurut pandangan mereka. Pintu ijtihad sentiasa terbuka dan tidak pernah tertutup. Para ulama dan ilmuan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan yang membolehkan mereka layak untuk berijtihad.. "

Kemudian ditambah dengan firman Allah SWT (bermaksud):

“Padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka (An-Nisa’: 83)

Hal ini sangat jelas mengenai topic ijtihad .. Sebuah hadith Mu’az bin Jabal apabila Rasulullah melantiknya menjadi gabenor di Yaman sebagai bukti jelas. Rasulullah bertanya kepada Mu’az: “Apakah pedoman atau sumber yang akan digunakan apabila mengurus Yaman nanti?”. Mu’az menjawab: “Menjadikan al-Quran sebagai sumber.” Rasulullah bertanya lagi: “Kalau tidak terdapat di dalam al-Quran”, Mu’az menyatakan: “bahawa ia akan merujuk sunah Rasulullah:. Baginda bertanya lagi: “kalau tidak ada dalam sunahnya”. Mu’az menjawab: “Saya akan melakukan ijtihad”. Rasulullah bersetuju dengan pendirian Muaz itu.

Menurut Imam al-Sa'di dalam Tafsirnya: ".. kedua-duanya terdapat bab dalam semua isu yang menjadi perselisihan, sama ada secara terang atau umum, atau secara isyarat, penjelasan, konsep atau makna umum yang dikiaskan dengan apa yang menyerupainya .."
Abu Bakar al-Jazair menyatakan dalam satu "tafsiran yang lebih mudah" : ".. satu situasi yang baik dan membahagiakan ialah apabila umat Islam berbeza pendapat, maka hendaklah kembali Al-Quran dan Sunnah nabi saw."

Kemudian individu hendaklah bangkit selepas pembinaan Negara mereka dengan cara yang baik ini yang dilakukan secara beransur-ansur daripada individu, keluarga, masyarakat dan kepada Negara, mengembang dan menyebarkannya melalui dakwah dengan cara yang baik, lembut dan pujukan, dan dengan contoh praktikal dan amali kepada semua bangsa dan negara yang dekatkemudian yang jauh secara beransur-ansur.

Kemudian umat dan negara yang berkebajikan dan berakhlak Islam yang penuh dengan kebahagiaan beralih ke negeri disebelahnya, dan seterusnya negeri kedua, ketiga dan keempat, mereka bergabung antara satu sama lain pada satu peringkat dan apa jua yang boleh bersatu, untuk membentuk Kesatuan Islam - atau apa yang dahulunya dikenali sebagai khilafah Islam – yang mempunyai tenaga kerja, ekonomi, akademik, media, politik, tentera dan lain-lainnya yang boleh menyebarkan dengan penuh hikmah kebaikan, keselamatan, ketenangan dan kegembiraan melalui akhlak Islam, dan mengerah seluruh kemampuan kepada semua manusia, semua kehidupan dan segenap ceruk muka bumi dan seluruh dunia.. Oleh itu, membahagiakan semua manusia dengan kehidupan di dunia, kemudian di akhirat sudah tentu akan meraih kebahagian yang paling sempurna. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya’: 107)

Bagi orang yang turut terlibat dalam pembinaan ini akan memperolehi ganjaran yang sangat besar berdasarkan niatnya dan kadar sumbangan yang dicurahkannya. Firman Allah SWT (bermaksud) :

“Sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).” (Al-A’raf:170).

Inilah perjalanan sebuah pembinaan. Ianya akan menghilangkan secara beransur-ansur dan secara tak langsung mana-mana kerosakan yang wujud pada individu, masyarakat dan kerajaan seperti rasuah, penipuan, pengkhianatan, kemudaratan, kediktatoran, kezaliman, kedangkalan, kelalaian, kecuaian, kemalasan, kecurian, perkauman dan sebagainya. Kebaikan dan kebahagiaan akan menggantikann tempat kejahatan dan kesengsaraan.

Inilah perlaksanaan dan praktikal yang logic dari Nabi SAW dan para sahabatnya berdasarkan firman Allah SWT (bermaksud):

“(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya.”(Al-Ahzab: 4),

yang bermaksud setiap kali manusia, masyarakat dan kehidupan semuanya dipenuhi dengan kebaikan dan kebahagiaan, tentulah akan pupus dan hilang kejahatan dan penderitaan secara beransur-ansur dan secara tak langsung; kerana seperti undang-undang fizik membuktikan mustahil berlaku percantuman dua benda dalam satu tempat.

Oleh itu, ayuhlah wahai para pendakwah yang menyeru kepada Allah dan Islam supaya termasuk ke dalam pembina yang berakhlak, berdedikasi dan berkemahiran, yang mana diri mereka berbahagia dan membahagiakan orang lain, dan termasuk ke dalam golongan yang dikurniakan ganjaran yang paling sempurna, insya-Allah.

Janganlah anda tergolong pembina yang serba kekurangan, kerana menumpukan kepada tarbiyah sahaja atau hanya beberapa sudutnya sahaja tanpa memberi tumpuan kepada bidang kepakaran atau pengkhususan. Justeru, hal ini akan merosakkan urusan hidup lantaran sedikit ataupun ketiadaan pengalaman, atau orang-orang yang memberi tumpuan kepada bidang kepakaran atau pengkhususan tanpa mengambil berat bidang tarbiyah. Hal ini juga akan merosakkan kehidupannya akibat dari akhlak dan tingkah laku yang buruk .. Ayuhlah lengkapkan kebahagiaan anda dan orang di sekeliling anda serta semua muka bumi .. Dan sempurnakanlah ganjaran anda.

Pembangunan Pemukiman Yahudi di Palestina Meningkat 4 Kali Ganda Pada 2010

Sebuah penelitian resmi yang dilakukan oleh peneliti dari Biro Sensus Palestina mengungkapkan bahwa pembangunan pemukiman Israel di Palestina yang diduduki telah meningkat empat kali lipat pada tahun 2010 dibandingkan dengan jumlah pembangunan unit permukiman yang dibangun pada tahun 2009. Eskalasi ini terjadi dalam kegiatan permukiman walaupun Israel mengklaim melakukan pembekuan pembangunan pemukiman selama 10 bulan pada tahun 2010.

Biro Sensus Palestina mengeluarkan pernyataan pada malam dini hari tanggal 30 Maret, menyatakan bahwa pada tahun 2010, Israel membangun 6.764 unit rumah untuk pemukim Yahudi di permukiman yang dibangun di Tepi Barat yang diduduki, dan di Yerusalem Timur, lebih tinggi dibandingkan dengan 1.703 unit pemukiman yang dibangun pada tahun 2009.

Peningkatan signifikan dalam pembangunan pemukiman dan perluasan pemukiman terjadi meskipun ada pembekuan 10-bulan pembangunan yang dinyatakan oleh pemerintah pada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada tahun 2010 lalu.

Bulan lalu, Otorita Palestina meminta ke Dewan Keamanan PBB untuk mendapatkan keputusan yang mewajibkan Israel agar menghentikan aktivitas pembangunan pemukiman di wilayah yang diduduki.

Biro Sensus Palestina menyatakan bahwa data yang dikumpulkan di wilayah yang diduduki mengungkapkan bahwa jumlah pos-pos pemukiman dan pangkalan militer Israel meningkat menjadi 470 pada tahun 2010 bersamaan dengan tujuh pos-pos pemukiman baru dibangun, sementara 141 permukiman diperluas.

Pos-pos pemukiman adalah pos-pos yang diinstal oleh pemukim Yahudi tanpa persetujuan pemerintah Israel. Meskipun beberapa pos-pos telah dihapus oleh tentara Israel, pos-pos umumnya berkembang menjadi pemukiman yang "diakui" dan mulai menerima layanan penuh oleh Israel.

Biro juga menyatakan bahwa Aneksasi Dinding Pemisah Israel yang dibangun di Tepi Barat dan tidak di Jalur Hijau (yang memisahkan antara Israel dan Tepi Barat) menyebabkan aneksasi 733 kilometer persegi tanah di Tepi Barat.

Tahun lalu, Israel menghancurkan 31 rumah Palestina di Yerusalem Timur sebagaimana di tahun 2009 pihak dewan kota Yerusalem mengeluarkan puluhan perintah untuk menghancurkan rumah milik warga Palestina di Silwan, Shu'fat, Sheikh Jarrah dan lingkungan Arab lainnya yang ada di kota itu.

Persentase orang Yahudi di seluruh Palestina saat ini adalah 49,4% dan mereka hidup dengan menggunakan lebih dari 85% dari tanah Palestina. Di bawah Mandat Inggris dahulu, populasi Yahudi hanya 6,2%, dan tinggal di 1,682 kilometer persegi tanah Palestina.(fq/imemc)

Israel Setuju Untuk Bangun 1.500 Unit Pemukiman Ilegal Baru

Israel sekali lagi menantang hukum internasional dengan menyetujui pembangunan lebih dari 1.500 unit pemukiman Yahudi ilegal di wilayah pendudukan Palestina, laporan mengatakan.

Kementerian Dalam Negeri Israel dari Komite Perencanaan telah memberikan persetujuan akhir untuk pembangunan 620 unit permukiman di Pisgat Zeev di timur laut Al-Quds (Yerusalem) dan satu lagi di Har Homa sebanyak 900 unit di selatan kota.

Rencana tersebut telah disetujui pada Kamis kemarin (19/5) hanya beberapa jam sebelum Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berangkat ke Washington, di mana dia akan bertemu Presiden AS Barack Obama di Gedung Putih pada hari Jumat ini.

Israel menduduki dan mencaplok Timur Al-Quds (Yerusalem) dengan sisa Tepi Barat pada tahun 1967 dalam perang enam hari, tapi tindakan Israel itu tidak pernah diakui oleh masyarakat internasional.

PBB telah berulang kali menyatakan pembangunan pemukiman Israel di tanah Palestina sebagai tindakan ilegal berdasarkan hukum internasional.

Israel sendiri membangun pemukiman ilegal bertujuan untuk memperkuat keberadaan pemukim Yahudi di wilayah-wilayah Palestina yang diduduki dengan tujuan untuk membawa perubahan demografi di wilayah tersebut dalam upaya mendapatkan poin ketika mereka melanjutkan perundingan di masa depan.

Palestina, bagaimanapun, menginginkan Timur Al-Quds (Yerusalem) sebagai ibukota negara masa depan mereka, sebuah langkah yang sangat ditentang oleh Israel. (fq/prtv)

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]