Sunday, January 18, 2009

Lagi sekolah PBB dibom


DI SEBALIK banyak bantahan, rejim Zionis terus bertindak kejam apabila sebuah lagi sekolah yang dikendalikan PBB di Beit Lahia, Gaza dibom dalam serangan terbaru, kelmarin. – AFP

Sidang tergempar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam menggesa gencatan senjata berpanjangan dilaksanakan segera di Genting Gaza dan askar Israel berundur sepenuhnya dari wilayah Palestin itu.

Israel melancarkan sekurang-kurangnya 50 serangan hari ini, termasuk ke atas sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dua buah masjid di utara Gaza.

Qatar dan Mauritania mengambil keputusan menggantung hubungan diplomatik dengan Israel berikutan serangan tentera rejim Zionis itu ke atas Genting Gaza.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Saturday, January 17, 2009

Hospital Al-Quds dibedil


Pasukan perubatan bertungkus-lumus memindahkan pesakit yang dirawat di Hospital Al-Quds, Bandar Gaza selepas hospital itu terbakar dibedil kereta kebal Israel dengan bom fosforus, kelmarin. – AFP

Kereta kebal rejim Zionis membedil sebuah hospital di bandar Gaza menggunakan peluru meriam mengandungi fosforus putih, menyebabkan hospital itu terbakar.

Presiden Perhimpunan Agung, PBB, Miguel d’Escoto Brockmann membidas keganasan rejim Yahudi berkata, Gaza kini terbakar dan telah dijadikan neraka dunia.

Pergerakan Hamas mencadangkan gencatan senjata selama setahun dengan Israel jika tentera rejim Zionis itu berundur dari Genting Gaza.

Hamas: Kami akan terus menuntut untuk hentikan pencerobohan Israel.

Jumaat ,16/01/2009 - Gerakan Hamas menekankan yang mereka sekali-kali tidak akan berhenti dari menuntut agar Israel mengakhiri pencerobohan, menghentikan pengepungan dan membuka lintasan, dan menambah bahawa serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza adalah satu percubaan terdesak untuk menghapuskan penduduk Palestin.

Dr Moussa Abu Marzouk, timbalan ketua biro politik Hamas, memberitahu wartawan yang peperangan secara berterusan oleh Israel ke atas orang awam di Gaza mencerminkan Israel gagal mencapai objektifnya, juga memberitahu bahawa askar IOF gagal memasuki Gaza berikutan dari rintangan yang hebat yang dikenakan terhadap mereka.

Mengenai kemungkinan mesyuarat akan diadakan dengan Mahmoud Abbas bagi membincangkan kerjasama untuk menamatkan pencerobohan di Gaza, Dr Marzouk berkata yang Abbas tidak dapat membantu secara politiknya kerana beliau telah memencilkan dirinya daripada rakyatnya sendiri dan beliaulah yang memberi peluang kepada Israel laknatullah untuk membunuh sejumlah besar rakyat Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Nurul

As-Syahid Syaikh Said Shiam, 50 tahun berjuang melindungi rakyat Palestin

Jumaat ,16/01/2009 - Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut.

Setengah Abad Berjuang dan Berkorban

50 tahun beliau berjuang dalam ketaatan pada Allah. Hidupnya dipenuhi pengabdian dan pengorbanan, berjihad dan berjuang serta membela nasib rakyat Palestin.

Syaikh Shiam lahir pada 22/7/1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat kota Gaza. Silsilah keluarganya berasal dari marga Jaurah dekat Eskelon, wilayah Palestin jajahan 48. Beliau merupakan lulusan diploma matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan Islam dari Universiti Al-Quds(tahun 2000).

Seorang Guru yang Soleh

As-Syahid pernah bekerja sebagai pengajar di beberapa sekolah dan badan bantuan sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003. Kemudian beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatanya dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di masjid Yarmuk Kota Gaza. Beliau juga berperanan menjadi penasihat dan khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza.

Syaikh Shiam bergabung dengan Jawatankuasa Rekonsiliasi yang dibentuk Syaikh As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan “Intifadhah Masjid”. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam orang putera.

Jawatan yang Pernah Disandang As-Syahid

Sepanjang hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat Jenderal Universiti Isam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri dan urusan sivil.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Friday, January 16, 2009

Barat silap perangi keganasan: Milliband

LONDON: Britain mengambil pendirian bahawa kempen memerangi keganasan adalah satu kesilapan ketika bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyifatkan pergerakan al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden, masih ancaman nombor satu terhadap negaranya.

“Kita hanya diperangkap pihak yang mahu menyatukan kumpulan berbeza matlamat jika terus menganggap semua kumpulan pengganas adalah sama dan memisahkan mereka kepada golongan sederhana atau jahat.

‘Keganasan adalah satu taktik bukan institusi atau ideologi,” kata Setiausaha Luar Britain, David Miliband yang menyifatkan slogan Barat seperti ‘kempen memerangi keganasan’ itu kemungkinan memberi lebih banyak masalah.

Pegawai Britain tidak lagi menggunakan panggilan kempen memerangi keganasan sejak 2006.

“Ahli sejarah akan memutuskan sama ada ia memberi lebih banyak masalah daripada kebaikan,” katanya lagi.

Ulasan Miliband dibuat selepas Obama menyifatkan al-Qaeda dan Osama bin Laden masih ancaman nombor satu’ kepada keselamatan negara itu, berikutan laporan mengenai rakaman suara terbaru pemimpin itu baru-baru ini.

“Dari segi keselamatan Amerika, Osama dan al-Qaeda adalah ancaman nombor satu,” kata Obama kepada pemberita selepas memberi amaran kepada bakal presiden itu mengenai cabaran barunya dalam perang jihad terhadap negara Barat.

Obama mengulangi pendiriannya bahawa hanya ada satu presiden pada setiap masa, bila ditanya mengenai rakaman berkenaan, selepas pertemuannya dengan bakal Naib Presiden, Joseph Biden dan Senator Republikan, Lindsey Graham. - AFP

Israel bedil pejabat, gudang bekalan PBB


KAKITANGAN Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan anggota Bomba Palestin bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dan menyelamatkan bekalan makanan di gudang PBB.

Ehud Barak minta maaf kepada Ban Ki-moon

BAITULMAQDIS: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon menyatakan 'bantahan keras dan kemarahan' terhadap tindakan Israel membedil pejabat pelarian dan gudang badan dunia itu di Bandaraya Gaza, semalam.

Ban yang berada di Israel menuntut siasatan terhadap serangan itu. Beliau berkata, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, memberitahunya pengeboman itu adalah satu 'kesilapan besar.'

Bedilan Israel berkenaan merosakkan ibu pejabat PBB di Bandaraya Gaza, kata saksi dan pegawai badan dunia itu.

Jurucakap PBB, Chris Gunness berkata sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam serangan berkenaan.

Sementara itu di KAHERAH, Mesir dan Hamas dilaporkan hampir mencapai persetujuan bagi gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dan pergerakan itu di Gaza, yang mengakibatkan lebih 1,100 orang terkorban.

sumberp-http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20090115230223/Article/indexworld_html

Ahmadinejad tegur dunia Arab membisu


GAZA terus dibedil semalam dengan sasaran pada hari ke-20 semalam termasuk bangunan tinggi.

Negara Teluk gagal henti serangan Israel

TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menegur pemimpin dunia Arab kerana mengambil sikap berdiam diri dalam isu Gaza termasuk mereka yang memberi sokongan kepada Israel.

Iran juga menuduh sesetengah negara Arab tidak melakukan secukupnya bagi menghentikan serangan Israel.

Pandangannya mengenai isu di Gaza itu terkandung dalam surat yang dikirim kepada Raja Abdullah dari Arab Saudi.

Iran dengan secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Hamas di Gaza sementara sesetengah negara Barat dan Arab cuba menyisihkan pergerakan berkenaan.

"Malangnya, sesetengah negara serantau, Islam dan Arab memberi sokongan atau sanggup bertoleransi dengan pembunuhan beramai-ramai ini dengan secara senyap," tulis Ahmadinejad.

Suratnya disiarkan dalam laman web Presiden (www.president.ir) sehari selepas Raja Arab Saudi itu memanggil sidang tergempar pemimpin negara Arab Teluk.

Mahmoud Ahmadinejad

Iran tidak mengiktiraf hak kewujudan Israel dan presidennya berkata negara Yahudi itu sudah ditakdirkan hilang, pendirian yang diulanginya dalam surat kepada Raja Arab Saudi.

Dalam satu mesej lain, Ahmadinejad mengambil langkah luar biasa dengan menyeru askar Israel supaya tidak mematuhi arahan komander mereka. Beliau juga menggesa 'penduduk di kawasan pendudukan di Palestin', merujuk kepada rakyat Israel dan Palestin, supaya membantah dengan secara terbuka.

Israel menuduh Iran membekalkan senjata kepada Hamas. Teheran pula berkeras bahawa ia hanya memberi bantuan kewangan, kemanusiaan dan sokongan moral.

"Anda askar rejim Zionis...Kenapa anda membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah? Masa sudah tiba bagi anda membantah komander anda dan melanggar arahan mereka," katanya dalam mesej keduanya, yang juga disiarkan dalam laman webnya. � Reuters

Tembakan, asap hitam di kawasan penduduk

MANGSA kekejaman Israel bergelimpangan di sebuah bilik mayat di Bandaraya Gaza


DOKTOR bertungkus-lumus menyelamatkan budak tiga tahun yang cedera teruk akibat serangan Israel, sebelum disahkan meninggal beberapa minit kemudian.

BANDARAYA GAZA: Kereta kebal Israel mara ke kawasan jauh lebih dalam di bandar Gaza awal pagi semalam dan merempuh ke beberapa kawasan penempatan di ibu negara wilayah Palestin ini.

Dentuman tembakan membelah langit bagaikan guruh kuat dan asap hitam tebal terapung di udara di kawasan kependudukan Tal al-Hawa, Zeitun dan Shujaiyeh di bandaraya Gaza, kata saksi.

Pertempuran berlaku di bandar utara Jabaliya dan tentera darat yang dibantu berpuluh-puluh kereta kebal berarak masuk sekurang-kurangnya satu kilometer ke bandar selatan Khan Yunis.

Gaza ‘neraka dunia’


Mangsa serangan terbaru tentera Israel diletakkan di pekarangan Hospital Shifa, Gaza untuk dikenal pasti oleh keluarga masing-masing, semalam.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh beri tiga syarat ‘jelas dan mudah’ untuk gencatan senjata baru dengan Israel, termasuk menarik balik sekatan ekonomi yang kini menjadikan Genting Gaza seperti neraka dunia.

Sekurang-kurangnya 1,054 penduduk Palestin terkorban, termasuk 355 kanak-kanak dan 100 wanita manakala lebih 4,870 lagi cedera dalam operasi ketenteraan Israel yang masuk hari ke-20.

Pertubuhan hak asasi manusia Palestin desak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague lancar siasatan ke atas Israel atas tuduhan melakukan jenayah perang dan kemanusiaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Wanita mengandung tidak mendapat rawatan sewajarnya.

Khamis ,15/01/2009 - Dalam keadaan sebegini, wanita mengandung gagal mendapat rawatan kesihatan dan nutrisi yang mencukupi. Bilik bersalin kini digunakan untuk merawat mangsa perang dan kebanyakkannya bersalin di rumah.

Ketua UN Bahagian Populasi dan Kemanusiaan, Pamela Delargy, berkata wanita mengandung tidak dapat ke hospital atau klinik untuk bersalin disebabkan keganasan Israel yang berterusan dan ini boleh menyebabkan bahaya kepada ibu dan kandungannya.

Setiap hari Wanita di Gaza melahirkan 170 bayi dan ibu dan anak menghadapi risiko tinggi sekiranya mereka tidak mendapat rawatan asas dan nutrisi yang baik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Hamas sokong tindakan kerajaan Bolivia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Jumaat ,16/01/2009 - Hamas mengalu-alukan keputusan kerajaan Bolivia yang diterajui Presiden Evo Morales (gambar) memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel bagi membantah pencerobohan yang kini telah masuk minggu ke tiga di Semenanjung Gaza. Satu sumber dari Hamas menyatakan pada hari Rabu , Bolivia dan Venezuela telah mengambil tindakan yang tepat.

Beliau turut terkejut beberapa negara Arab yang masih mengadakan hubungan dengan Israel walaupun jenayah ganas yang sedang dan telah mereka lakukan kepada penduduk Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

Thursday, January 15, 2009

Israel mara ke utara Gaza


Kawasan perkuburan turut menjadi sasaran serangan tentera rejim Zionis. Penduduk Palestin melihat serpihan batu nisan di tanah perkuburan Sheik Radwan, di bandar Gaza yang musnah selepas dibedil peluru rejim Zionis, semalam.
- AP

GAZA CITY 14 Jan. - Tentera rejim Zionis terus meningkatkan serangan di bandar utama di Genting Gaza dengan menjadikan pejuang Hamas sebagai sasaran, awal hari ini.

Tentera Zionis itu turut meningkatkan serangan bom dan bedilan ke bahagian selatan Gaza dekat sempadan Mesir, meningkatkan jumlah korban penduduk Palestin mencecah 1,000 orang.

Saksi berkata, Israel melancarkan serangan bom dari udara sejak malam tadi dengan membedil bertalu-talu ke atas bandar Gaza serta kawasan di utara Gaza dan diberi tentangan hebat oleh pejuang Hamas.

Sumber pasukan perubatan Palestin berkata, lebih 70 orang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan semalam, menjadikan jumlah penduduk Palestin yang terkorban setakat ini meningkat kepada lebih 975 orang, manakala kira-kira 4,400 lagi cedera.

"Para pejuang memberi tentangan habis-habisan dengan melancarkan roket dan bom. Kedua-dua pihak masing-masing mengguna senjata berat dalam pertempuran hari ini,'' kata saksi.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, serangan tentera rejim Zionis yang semakin ganas sejak beberapa hari lalu hanya akan meningkatkan bilangan korban dan cedera di pihak penduduk Palestin.

"Israel benar-benar mahu menghapuskan rakyat Palestin di sana," katanya yang terus memantau perkembangan perang di Gaza dari Tebing Barat.

Rejim Zionis telah menggerakkan lebih banyak pasukan simpanan bagi meningkatkan serangan udara dan darat dan terus bergerak ke bahagian utara Gaza, kata saksi.

- AFP

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]