Thursday, January 22, 2009

Gaza: Puluhan ribu menyertai perarakan gergasi.

Rabu, 21/01/2009 - Berpuluh ribu rakyat Palestin di Gaza telah keluar waktu tengahari Selasa(20/1/2009) ke perarakan besar yang di anjurkan HAMAS untuk merayakan kemenangan.

Perarakan itu bermula selepas solat Zohor, apabila berpuluh ribu penduduk Palestin mula keluar dari semua daerah di Gaza untuk menyertai perarakan gergasi itu, semata-mata bertujuan menyampaikan pesan dan ucapan sesama mereka selepas perang yang berlaku di Gaza selama 3 minggu.

Perarakan itu berjalan dari sekolah El-Fakhurah di Mukhayyam Jabaliya, di barat Gaza, tempat mulanya penyembelihan berlaku, mengorbankan 45 orang dan 150 yang lain cedera, perarakan besar itu kemudiannya menuju ke rumah pimpinan HAMAS yang syahid Dr. Nizar Rayyan yang dibedil bersama-sama dengan keluarganya

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : ibnu_nashr

Wednesday, January 21, 2009

Gaza kerugian 1.9 billion dollar akibat serangan rejim Zionis.

Selasa, 20/01/2009 - Dr. Loai Shabana, Ketua Jabatan Statistik menjelaskan bahawa kerugian yang dialami semasa pencerobohan Israel di Gaza adalah dianggarkan 1.9 billion dollar.

Dalam satu laporan, beliau mendapati sebanyak 14% daripada bangunan dan kemudahan awam musnah akibat keganasan Israel ini. Manakala jumlah pampasan yang dianggarkan bagi membantu mereka yang terkesan dengan perang ini adalah dianggarkan 31.5 juta dollar setahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Dewan Legislatif menghidupkan optimistik rakyat Palestin berikutan peperangan Gaza.

Selasa, 20/01/2009 - Dewan Legislatif Palestin optimis dan sentiasa bersedia dalam peperangan kejam yang dimulakan oleh tentera rejim Zionis pada waktu ini ke atas Gaza. Peperangan ini telah memberikan satu contoh cabaran baru yang menjadi jalan mereka untuk merealisasikan tujuan-tujuan nasional serta melumpuhkan kesemua perancangan jahat yang dijalankan oleh penjajah rejim Zionis.

Dewan Legislatif menjelaskan pada hari Isnin(19/1/2008), peperangan Al-Furqan(baca:haq dan kezaliman) yang dialami oleh rakyat Palestin adalah bukti yang menunjukkan kemahuan rakyat Palestin untuk bersemuka dengan musuh yang zalim, membenarkan misi nasional Palestin untuk membebaskan Palestin dari penjajahan yang dilakukan oleh Zionis

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : ibnu_nashr

Al-Qassam: Kami berjaya membunuh 80 tentera dan telah melancarkan 980 roket dan menawan beberapa orang tentera.

Selasa, 20/01/2009 - Briged Al-Qassam(sayap kanan ketenteraan HAMAS) telah membuat kenyataan bahawa mereka dapat bertahan di dalam peperangan yang berlanjutan selama 22 hari dan menentang Zionis habis-habisan, ditambah kejayaan membunuh 80 tentera Zionis.

Abu Ubaidah, jurucakap Briged itu dalam kenyataan akhbarnya semalam Gaza(19/1/2009) ” Sepanjang peperangan ini operasi-operasi yang kami jalankan berjaya membunuh 49 tentera Zionis dengan dan mencederakan beratus-ratus lagi, itu adalah jumlah yang tidak termasuk serangan dari mortar dan sniper yang dijalankan oleh Al-Qassam. Jumlah kejayaan dari operasi-operasi itu telah menumbangkan tidak kurang dari 80 orang tentera di medan perang..” beliau juga di dalam kenyataannya semalam mencabar Zionis untuk menyatakan kerugian yang dialami mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : ibnu_nashr

Tuesday, January 20, 2009

‘Gencatan Senjata’ Israel agenda tersembunyi Amerika.

Isnin ,19/01/2009 - Sejurus sebelum pengumuman ‘gencatan senjata’ Israel pada hari Sabtu, Menteri Luar Israel Tzipi Livni menerima jaminan bertulis daripada Setiausaha Amerika Condoleezza Rice mengatakan pihak Amerika akan meningkatkan kerjasama ketenteraan dan maklumat risikan untuk membantu Israel dalam operasi ketenteraan terhadap Palestin.

Sebelum ini Amerika hanya terlibat dalam konflik dengan bantuan peralatan tentera dan kewangan setiap tahun namun pada kali ini pihak Amerika menawarkan apa sahaja bantuan demi merealisasikan hasrat Israel untuk menghadapi pejuang Palestin terutamanya Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

67 buah sekolah telah dibedil sepanjang 23 hari serangan rejim Zionis.

Isnin ,19/01/2009 - Pusat hak asasi manusia Al Mizan melaporkan bahawa sepanjang 3 minggu kempen penyerangan Gaza, tentera yahudi telah membedil lebih dari 67 buah sekolah termasuklah 36 sekolah dibawah kelolaan UNRWA. Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, Al Mizan melaporkan bahawa tentera yahudi telah mengebom sekolah kelolaan UNRWA walaupun lokasi tersebut menjadi tempat perlindungan rakyat Gaza yang melarikan diri dari serangan bom tentera yahudi.

Selain itu, van-van kepunyaan UNRWA juga turut menjadi mangsa pengeboman. Kenyataan tersebut turut menggariskan bahawa serangan-serangan tersebut adalah sengaja dilakukan dan tidak ketinggalan markas UN di Gaza serta stor penyimpanan makanan juga turut menjadi sasaran pengeboman.

Kenyataan tersebut turut menggariskan bahawa serangan-serangan tersebut adalah sengaja dilakukan dan tidak ketinggalan markas UN di Gaza serta stor penyimpanan makanan juga turut menjadi sasaran pengeboman.
Al Mizan juga melaporkan bahawa pada hari ke 10 serangan, tentera yahudi telah mengebom sekolah UNRWA di Beit Lahiya yang menjadi lokasi perlindungan 1800 penduduk awam dengan bom kimia fosforus putih yang mengakibatkan kematian 2 kanak-kanak dan mencederakan ibu kanak-kanak tersebut yang kehilangan sebelah tangan dan sebelah kakinya.

Al Mizan merayu kepada UNRWA dan UN agar menghukum pemimpin-pemimpin Israel yang bertanggungjawab dalam melakukan jenayah perang ini selari dengan undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : dakwatuna

Monday, January 19, 2009

Menteri Kehakiman: Abbas bukan lagi Presiden Palestin yang sah !

Isnin ,19/01/2009 - Menteri Kehakiman Palestin, Mohamed Al-Ghoul menyatakan kesemua keputusan ataupun syarat-syarat yang dibuat oleh Ketua Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 9/1/2009 adalah tidak sah dan tidak perlu diikuti oleh rakyat Palestin. Beliau menambah, artikel 36 berkenaan tempoh kuasa presiden selama 4 tahun telah membuatkan Abbas bukan lagi Presiden bagi rakyat Palestin dan tiada kuasa yang sah untuk menandatangi apa-apa perjanjian bagi pihak Palestin.

Pihak kementerian itu menyatakan bahawa kerajaan yang sah dan berdaulat pada ketika ini adalah kerajaan yang diketuai oleh Ismail Haneyya yang menjadi wakil kepada negara dan rakyat Palestin. Tiada siapa yang mempunyai kuasa yang sah ketika ini kecuali kerajaan yang beliau ketuai. Ghoul meminta agar masyarakat antarabangsa khususnya negara Islam dan Arab termasuk pihak yang rasmi ataupun tidak rasmi untuk hanya berhubung dengan kerajaan Ismail Haneyya ini.

Ghoul juga menekankan bahawa usaha untuk menahan dan menyiasat Abbas di Mahkamah Palestin harus segerakan di atas ratusan kesalahan yang “jenayah dan pengkhianatan berat” yang dilakukan oleh beliau termasuk konspirasi menentang rakyatnya sendiri dengan bersetongkol bersama puak Yahudi Laknatullah dan membelakangkan kepentingan negara dan rakyat.

Beliau menegaskan bahawa hak-hak rakyat Palestin terhadap isu hubungan Palestin-Israel tidak akan berganjak walau sedikitpun dan rakyat tidak akan termakan dan tertipu dengan usaha-usaha Abbas ketika ini yang sedang berusaha melaung-laungkan kempen bersatu dan menghormati undang-undang Palestin bagi menaikkan semangat kebangsaan Palestin yang sudah semestinya menguntungkan beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Nasih

Kami beri tempoh seminggu untuk kamu berundur !

Isnin ,19/01/2009 - Walaupun Israel mengisytiharkan gencatan senjata Sabtu lalu tanpa ada tempoh tertentu untuk pengunduran pasukan tentera daripada Semenanjung Gaza, para pejuang Palestin telah memberi tempoh seminggu untuk tentera Israel berundur sepenuhnya dari sempadan Semenanjung Gaza.

Kenyataan bersama kumpulan pejuang Palestin di Gaza mengisytiharkan “Kami kumpulan penentang Palestin mengumumkan gencatan senjata bagi pihak kami di Semenanjung Gaza. Kami memberi jaminan tentang pendirian ini dan kami mahu pasukan Israel keluar dari Gaza dalam seminggu, disamping Israel perlu membuka sempadan dan lintasan untuk konvoi bantuan kemanusiaan.”

Kumpulan penentang itu menyatakan kesediaan mereka bagi memastikan Israel bersetuju dengan pelan yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin Arab Mesir, Turki, Syria dan Qatar agar Israel menggantung kepungan 18 bulan di Semenanjung Gaza, dan membuka semula sempadan Gaza untuk perdagangan. Pegawai-pegawai Israel pula menggambarkan yang mereka tidak bersedia untuk menerima rancangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Konvoi bantuan dan bantahan Physicians for Human Rights disekat.

Isnin ,19/01/2009 - Beratus-ratus penduduk Israel, Palestin dan penyokong antarabangsa organisasi Physicians for Human Rights cuba untuk mengambil bahagian dalam protes dan tindakan solidarity pagi Sabtu lepas (17/1/09) .

Lebih 300 penyokong dan ahli Physicians for Human Rights berarak untuk mengiringi penghantaran bantuan kecemasan ke Semenanjung Gaza pada pagi Sabtu lepas sebagai protes serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Kumpulan tersebut merancang untuk mengadakan kawalan berdekatan Yad Mordechai, berhampiran lintasan Karem Shalom. 3 bas berlepas dari Tel Aviv dan yang lain-lainnya dari Jerusalem, Taybeh dan Beersheba. Kebanyakan bas diarahkan untuk berpatah balik oleh pihak berkuasa Israel yang mengadakan sekatan jalanraya sebelum lintasan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : kumprinx

Yisrael Katz : Tentera rejim Zionis ternyata gagal operasi di Gaza.

Isnin ,19/01/2009 - Penggubal undang2 parti Likud , Yisrael Katz mengakui kegagalan tenteran rejim Zionis dalam melakukan pencerobohan pada Semenanjung Gaza, beliau menegaskan Israel tidak berjaya mencapai matlamat-matlamatnya dalam peperangan yang telah mengakibatkan ribuan nyawa terbunuh.

Katz berkata bahawa operasi ketenteraan di Gaza tidak berjaya selepas Perdana Menteri Israel , Ehud Olmert mengumumkan gencatan senjata sepihak , yang menunjukkan Israel tidak berjaya menghapuskan kekuatan pejuang2 Palestin, menghentikan penyaluran bekalan-bekalan senjata ke Gaza atau mendapat kembali tentera Israel bernama Gilad Shalit mereka kembali.

Menurut akhbar The Observer dari UK, menyatakan bahawa Israel menyatakan bahawa ia mampu dalam menghadkan keupayaan pejuang2 Palestin dalam melepaskan roket2 Qassam ke arah Israel , namun apa yang pasti , sasaran Israel hanyalah kepada penduduk awam yang terdiri daripada wanita , orang2 tua dan kanak2.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

AL-SYAHID SYED SIYAM

Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang (15/1/2009). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut.


sumber-http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=7231922739544107844&postID=2244835309882897556

Sunday, January 18, 2009

al-syuhada'

AL-SYAHID DR NIZAR RAYYAN & KELUARGANYA PADA I JAN 2009 (Jumaat)

SYUHADA' -DR NIZAR RAYYAN WA USRATUHU

sumber-http://www.palestine-info.info/ar/

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]